Saturday 30 January 2010

Poligami: Antara Hukum,Adat Dan Emosi

Polemik antara hukum agama, adat dan emosi manusia nyata memberi kekeliruan kepada sebahagian umat Islam, apatah lagi mereka yang baru berjinak-jinak dengan Islam.Apakah pantas hukum yang dibenarkan Allah boleh dicantas oleh mulut manusia hanya sekadar mahu membela atau menjaga hak asasi wanita?Apakah buruk sangat poligami sehingga wanita begitu 'jijik' dan meluat apabila ada golongan lelaki menyebut istilah itu?Keharusan poligami jelas terkandung dalam al-Quran tetapi segelintir umat Islam sukar menerimanya sehingga menganggap ia 'jerat kehidupan'.
Islam satu-satunya agama di bumi yang membenarkan poligami secara bersistem manakala agama dan fahaman lain tidak, malah masyarakat bukan Islam melihatnya sebagai menindas golongan wanita.Tetapi, hairanlah apabila membabitkan aktiviti persundalan, menyimpan wanita dan gejala sosial, ia seperti satu restu.
Poligami adalah perkataan Greek (http://en.wikipedia.org/wiki/Polygamy), merujuk kepada perkahwinan seorang lelaki dengan lebih seorang isteri dan dalam Islam, ia dibenarkan sehingga empat isteri dalam suatu masa.
"Maka berkahwinlah dengan sesiapa yang kamu berkenan dari perempuan dua, tiga atau empat. Kemudian jika kamu bimbang tidak dapat berlaku adil, maka (berkahwinlah dengan) seorang sahaja atau (kahwinilah) hamba-hamba perempuan yang kamu miliki. Yang demikian itu adalah lebih dekat supaya kamu tidak melakukan kezaliman." (Al-Quran, surah an-Nisa': Ayat 3)
Pada zaman Jahiliyah, poligami berlaku tanpa batasan dan ketika itu lelaki mempunyai ramai isteri, malah ada yang mempunyai ratusan isteri. "Apabila Ghailan ats-Tsaqafi memeluk Islam, dia mempunyai 10 isteri. Maka Nabi s.a.w berkata kepadanya: Pilihlah dari isteri-isterimu itu empat orang saja dan ceraikanlah yang selebihnya itu." Riwayat ini dikeluarkan oleh Imam Syafie, Imam Ahmad, Tarmidzi, Ibnu Majah, Ibnu Abu Syaibah, Daruqutni dan Baihaqi, seperti diterangkan dalam kitab Halal dan Haram Dalam Islam, karya Dr Yusuf al-Qardawi.
Pihak yang membantah poligami perlu faham, ia hukum agama. Justeru, apabila berbicara atau memberi pendapat, mereka perlu berhati-hati.
Walaupun Islam membenarkan poligami, bukanlah bermakna ia boleh diamalkan sesuka hati, sehingga mengakibatkan kezaliman di pihak wanita.Al-Qardawi dalam kitab terbabit menjelaskan, syarat yang ditetapkan Islam mengenai poligami ialah berlaku adil terhadap dua isterinya atau lebih dalam makan minum, pakaian, rumah, tempat tidur dan nafkahnya."Barangsiapa yang tidak yakin dirinya dapat menunaikan hak-hak itu, haramlah baginya berkahwin lebih dari seorang isteri," katanya.
Menurut seorang ulama Amerika Utara, Syeikh Muhammad Nur Abdullah, poligami dibenarkan Islam dan bukannya untuk disalah guna."Ia hanya dibenarkan kepada sesiapa yang mampu melayani semua isterinya dengan adil dan saksama," katanya melalui laman Islamonline.Nabi Muhammad s.a.w bersabda, maksudnya: "Barangsiapa yang mempunyai dua orang isteri, lalu dia condong kepada yang satu dari yang lain, nanti dia datang di hari kiamat dengan menyeret sebelah lambungannya dalam keadaan senget atau berat sebelah." (Riwayat Ashabussunan, Ibnu Hibban dan Hakim)Condong sebelah yang diancam dalam hadis itu ialah disebabkan keremehan terhadap hak isteri-isteri, bukannya kerana kecenderungan hati kepada mereka kerana kecenderungan hati tidak dikategorikan dalam keadilan.Al-Qardawi berkata, di antara lelaki ada yang kuat keinginannya untuk mendapatkan keturunan tetapi dia dikurniakan seorang isteri yang tidak dapat melahirkan anak kerana penyakit atau mandul (tidak dapat melahirkan anak).Justeru, lebih baik si suami berkahwin lagi kepada seorang wanita yang bakal memberikannya zuriat supaya keturunannya kekal tetapi harus mengekalkan akad isteri pertama dan menjamin haknya."Ada pula lelaki yang kuat keinginan gharizahnya, bergejolak nafsu seksnya, akan tetapi dia dikurniai seorang isteri yang lemah nafsunya atau menghidap penyakit atau datang haid untuk tempoh yang panjang."Bagaimanapun, suaminya tidak sanggup menanggung nafsu untuk bersama isterinya, apakah tidak wajar dia berkahwin dengan seorang wanita yang halal baginya daripada dia meraba wanita yang jalang dan haram buatnya," katanya.
Menurutnya, ada ketika bilangan wanita lebih ramai daripada lelaki, seperti selepas perang dan dari itu timbul maslahat masyarakat dan wanita sendiri agar mereka lebih baik dimadukan daripada hidup tanpa kasih sayang suami.
Penceramah bebas, Ahmad Shukri Yusof, berkata masyarakat Islam jangan menolak keharusan poligami menggunakan emosi kerana ia soal hukum."Soal hukum tidak perlu dibincangkan dan dipolemikkan apatah lagi membabitkan emosi."Kita harus membincangkan bagaimana untuk berlaku adil, bukannya hanya pandai mengatakan poligami itu tidak adil," katanya.Bagaimanapun, beliau berpendapat tidak perlu menubuhkan kelab untuk menggalakkan poligami.Amalan poligami adalah ubat bagi menangani masalah umat manusia. Oleh kerana kebaikan itu, Islam memutuskan ia suci."Dan siapa lagi yang hukumnya lebih baik daripada hukum Allah, bagi kaum yang menyakini." (Al-Quran, surah al-Maidah:50)Tetapi peraturan suci lagi baik inilah yang ditolak oleh Barat dan konconya, sehingga ia kelihatan janggal untuk bertapak di dalam masyarakat Islam sendiri, manakala norma yang bukan-bukan mendapat tempat pula.Poligami dilarang di sisi undang-undang di sesetengah negara Muslim yang tidak mengamalkan undang-undang Islam dalam peraturan perkahwinan, seperti Azerbaijan, Bosnia, Tunisia dan Turki (http://en.wikipedia.org/wiki/Polygamy).
Menurut sumber itu, dalam dunia moden Islam, amalan poligami lazimnya diamalkan di negara yang mengamalkan ajaran Islam sejati seperti Arab Saudi, Timur dan Barat Afrika seperti di Sudan yang diberikan galakan oleh presiden kerana tingginya populasi wanita."Di antara 22 negara ahli Liga Arab, Tunisia melarang poligami. Bagaimanapun, ia tidak dipersetujui kebanyakan negara Arab yang menerima pengaruh barat dan sekular seperti Syria, Mesir, Morocco dan Lubnan."Menurut Ahli Majlis Fiqah Amerika Utara, Sheikh Muhamad al-Hanooti, realitinya susah untuk mendapati seorang daripada 10,000 Muslim yang berkahwin lebih daripada seorang isteri."Dalam masyarakat bukan Islam, lebih daripada 65 peratus lelaki yang berkahwin mempunyai hubungan dengan lebih dua, tiga dan empat wanita, bahkan 45 peratus wanitanya mengadakan hubungan di luar perkahwinan. "Mereka menerima perzinaan, tetapi tidak menerima alternatif untuk mengangkat martabat manusia melalui poligami.
"Di Malaysia, menurut portal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, dalam undang-undang keluarga Islam, poligami dibenarkan dengan syarat suami hendaklah mendapat kebenaran bertulis daripada Mahkamah Syariah terlebih dahulu.

Hukum Lelaki Memakai Gelang

Eksklusif: Hukum Lelaki Memakai Gelang Untuk Perubatan
Wednesday, 30 April 2008
Persoalan tentang perkara ini pernah dibangkitkan dan menjadi pertikaian ramai pihak sebelum ini. Ini memandangkan trend memakai Gelang Magnet untuk perubatan semakin menjadi-jadi sekarang ini. Disamping untuk kesihat an terutamanya supaya perjalanan darah menjadi lancar, gelang tersebut juga dikatakan dapat menyembuhkan banyak penyakit. Terbaru, seorang pesara yang sudah berumur 76 tahun dari Kg.Jawa, Kuantan yang mengalami penyakit"parkinson" sejak 5 tahun yang lalu kini dikatakan boleh sembuh hampir 50% setelah mengamalkan pemakaian gelang magnet sejak dua bulan yang lalu. Beliau yang kini boleh aktif seperti biasa, jika dulu badannya menggeletar dan tidak boleh duduk diam kini dia semakin baik dan beransur-ansur pulih.
Persoalannya disini ada sesetengah pihak mengatakan hukumnya HARAM memakai gelang tersebut. Namun ada juga ulamak yang berpendapat hukumnya HARUS jika ia terbukti untuk melancarkan perjalanan darah dan untuk kesihatan.
Benarkah Islam melarang berubat dengan memakai gelang? Ada ulamak yang mendakwa Nabi Muhamaad S.A.W melarang berubat dengan memamai gelang berdasarkan hadith riwayat Ahmad bahawa Rasulullah S.A.W. telah melihat di pergelangan tangan seorang lelaki yang memakai gelang diperbuat daripada tembaga, maka baginda bertanya kepada lelaki berkenaan, Apakah bendanya ini?" Lelaki itu berkata: "Ia adalah gelang perubatan . "Buangkan benda itu dari diri anda, jika sekiranya anda mati dan benda itu ada pada diri anda, maka anda tidak akan berjaya selama-lamanya." (Hadith Sohih yang ke-19,885 riwayat Imam Ahmad di dalam Musnadnya).
Untuk mengetahui jawapannya, disini dipaparkan jawapan yang cukup jelas dan berilmiah oleh Mohamad Abdul Kadir bin Sahak tentang perkara ini. Hadith yang dimaksudkan diriwayatkan oleh Imam Ahmad di dalam Musnadnya demikian juga Ibn Majah di dalam Sunannya. Hadith ini diriwayatkan daripada 'Imran bin Husain, yang maksudnya: "Bahawasanya Nabi saw telah melihat seorang lelaki di tangannya ada gelang daripada tembaga, Nabi saw bertanya: "Apakah ini?" Orang itu menjawab: "ianya daripada al-Wahinah." Sabda Nabi saw: "Tanggalkannya segera, sesungguhnya dia tidak menambahkan kepadamu melainkan kelemahan, sesungguhnya jika kamu mati dan gelang itu ada padamu, kamu tidak akan berjaya selama-lamanya." Dalam hadith ini tidak disebut siapakah lelaki yang memakai gelang tersebut, namun di dalam al-Mustadrak al-Hakim dinyatakan lelaki tersebut ialah 'Imran bin Husain sendiri.
Tentang hadith ini para ulama berbeza pendapat akan kesahihannya. Hadith ini diriwayatkan daripada al-Hasan daripada 'Imran bin Husain. Para ulama berbeza pendapat apakah al-Hasan benar-benar mendengar daripada 'Imran bin Husain ataupun tidak. Demikian juga di dalam hadith ini ada periwayat yang bernama Mubarak bin Fadhalah, ia juga diperselisihkan di kalangan ulama hadith.
Kesimpulannya para ulama tidak sepakat dalam mensahih dan mendhoiefkan hadith ini. Jika kita mengambil pendapat ulama hadith yang mensahihkan hadith tersebut, tinggal kepada kita untuk benar-benar memahami maksudnya sehingga kita boleh berhukum dengannya dengan cara yang betul. Perkara ini perlu supaya kita tidak keras mengharam sesuatu yang sebenarnya tidak haram seperti yang kita sangka. Al-Syeikh Soleh bin Fauzan bin Abdullah al- Fauzan menyebut, pertanyaan Nabi S.A.W: "Apakah bendanya ini?." Yang zahir, pertanyaan ini adalah pertanyaan yang menunjukkan pengingkaran, namun dikatakan juga pertanyaan Nabi saw itu adalah untuk mengetahui tujuannya memakai gelang tersebut. Manakala jawapan lelaki tersebut: "ianya daripada al-Wahinah." Membawa maksud, aku memakainya untuk mengelakkan al-Wahinah, untuk dia melindungi aku daripadanya (yakni melindungi daripada al- Wahinah). Al-Wahinah adalah penyakit yang kena pada tangan, dinamakan di kalangan orang Arab dengan al-Wahinah, termasuk di dalam kebiasaan mereka memakai gelang untuk berlindung daripada kesakitannya dan mereka percaya gelang tersebut akan melindungi dari penyakit tersebut.
(Sila lihat di sini: http://www.alfawzan.ws/AlFawzan/Libr…32§ionid=2) Al-Syeikh 'Abdul Hakim (Kuliah al-Syariah Uni. Al-Imam Muhammad bin Saud) di dalam laman islamtoday berkata: Para ulama berbeza pendapat tentang maksud al-Wahinah, namun mereka bersepakat akan illah (sebab) larangan tersebut… Ulama telah bersepakat bahawa illah (sebab) larangan tersebut ialah kerana orang menjadikannya (al-Wahinah) seperti tangkal, yang terdapat larangan menggantungnya. (Sila lihat: http://www.islamtoday.net/questions/…t.cfm?id=43737) Berdasarkan fatwa ini, ia menunjukkan larangan memakai al-Wahinah yang ada di dalam hadith tersebut bukanlah semata-mata kerana ianya gelang, dan bukan juga larangan dari berubat dengan gelang. Sebaliknya larangan tersebut disebabkan ia dipakai dan dianggap seperti tangkal bertujuan memelihara diri dari penyakit.
Tangkal yang dianggap boleh berubat ini, yang dinamakan sebagai al-Wahinah oleh orang Arab tidak ada sebarang bukti menunjukkan ia boleh menghalang dari penyakit samaada bukti dari Nas Syara' (al-Quran atau al-Hadith) mahupun penemuan sebab-sebab dia boleh bertindak sebagai ubatan. Kerana itu ia dilarang oleh Nabi saw. Ringkasnya larangan itu adalah disebabkan tangkal yang tidak ada bukti berperanan sebagai pengubat melainkan khayalan dan khurafat semata.
Maka apabila terdapat nas Syara' http://www.politictoday.com/
http://politictoday.com Powered by Joomla! Generated: 19 December, 2009, 10:23 atau penemuan saintifik yang dapat membuktikan sesuatu bahan seperti logam atau seumapamanya yang jika dipakai dibadan dapat melancarkan perjalanan darah atau seumpamanya, sudah tentu bahan tersebut boleh digunakan insyaallah. Ini termasuk cara perubatan yang ditemui, hasil dari kajian melalui sebab musababnya. Ini kerana perubatan yang dibenarkan itu terdiri daripada: Perubatan dengan ayat-ayat al-Quran dan al-Hadith. Perubatan dengan bahanbahan yang disebut di dalam al-Quran dan al-Hadith seperti Madu, Habbah al-Sauda dan seumpamanya. Perubatan berdasarkan kajian saintifik terhadap sebab-sebabnya, atau berdasarkan pengalaman mengunakannya.
Para ulama berbeza pendapat tentang hukum orang lelaki memakai gelang, sebahagian mengatakan harus dan sebahagian yang lain mengatakan haram. Namun para ulama yang mengharamkan pemakaian gelang bagi lelaki, setakat penelitian saya tidak ada yang menjadikan hadith di atas sebagai dalil dalam pengharam tersebut. Sebaliknya hadith tersebut banyak digunakan ketika berbicara tentang tangkal dan azimat yang dianggap dapat melindungi dan mengubati tanpa sebarang bukti dari nas syara' mahupun kajian saintifik. Al-Sindiy ketika mensyarahkan hadith di atas di dalam Sunan Ibn Majah menyatakan larangan tersebut kerana ianya sama dengan al-Tama-im atau tangkal yang dilarang penggunaannya. Kadangkala tangkal itu digantung bersama dengan manik, yang dinamakan Manik al-Wahinah
Penggunaan sesuatu tangkal (terdiri dari potongan besi, tembaga, simpulan benang dan lain-lain) untuk berubat dan memelihara diri, ada perbezaan yang cukup besar dengan cara perubatan dengan sesuatu bahan hasil dari penemuan saintifik. Kepercayaan kepada tangkal yang dapat berubat adalah suatu khayalan yang tidak diterima di dalam syara', dan ianya tidak ada kaitan langsung dengan unsur-unsur perubatan. Berbeza dengan penggunaan sesuatu bahan hasil dari kajian saintifik dan terbukti memberi manfaat kepada manusia. Kerana itu, al-Syeikh 'Abdul Halim di dalam fatwa yang sama (yang saya sebutkan sumbernya di atas) membenarkan penggunaan potongan besi (yang digunakan dalam perubatan moden) yang ditanam pada beberapa gigi, atau di tempat-tempat tertentu di tubuh badan yang berperanan menyerap aliran elektrik yang boleh menjadi sebab seseorang hilang ingatannya (pengsan). Beliau menyambung jika seseorang pesakit mendapat manfaat dengan cara sebegini dengan pengakuan individu berkeahlian yang dipercayai, maka ianya tidak mengapa insyaallah. Cuma beliau di dalam fatwanya mencadangkan lebih baik jika bahan seperti potongan besi itu digunakan ditempat yang tersembunyi sebagai mengelak dari buruk sangka orang ramai.
Demikian juga di dalam laman islam-online, al-Ustaz Muhammad Sa'di (Penyelidik laman islam-online) ketika ditanya tentang hukum memakai gelang dari tembaga yang diperbuat bagi tujuan perubatan apakah dibenarkan atau ia termasuk di dalam Syirik yang kecil, beliau menjawab: "Jika terbukti kemanfaatan gelang tersebut sebagai perubatan, maka perbuatan itu tidak mengapa, adapun jika tidak ada padanya sebarang manfaat, maka jangan dipakaikan kerana ketika itu ia termasuk dalam kumpulan memakai tangkal dan azimat." (Lihat soalan ke 11:
http://www.islamonline.net/livefatwa…GuestID=n4MV6S)
Seperti yang saya sebutkan di atas, para ulama berbeza pendapat tentang hukum pemakaian gelang bagi lelaki. Di dalam al-Mausu'ah al-Fiqhiyyah menyebut di sisi mazhab al- Syafieyyah terdapat dua wajah tentang hukum perhiasan lelaki selain cincin perak seperti gelang tangan dilengan dan gelang dan kalung dan mahkota. Pertama mengatakan haram dan kedua mengatakan harus selama mana tidak menyerupai wanita, kerana tidak thabit dalam (pengharaman) perak melainkan pengharaman untuk bekas-bekas (seperti pinggan, mangkuk dll), dan perhiasan dalam bentuk menyerupai wanita. (al-Mausu'ah al-Fiqhiyyah 18/110 bawah bab al- Huliy) Darul Ifta'al-Misriyyah pula di dalam laman webnya menyebut perkataan al-Rafi'e (ulama mazhab al-Syafie) di dalam Syarh al-Wajiz yang mengatakan harus bagi lelaki memaki cincin perak berdasarkan riwayat cincin Nabi saw daripada perak dan harus juga memakai selain cincin dari perhiasan perak seperti gelang dan gelang lengan dan kalung.
Demikian juga perkataan Abu Said al-Mutawali yang mengatakan apabila harus memakai cincin perak, maka tidak ada beza antara jari-jari dengan anggota lainnya, sama seperti perhiasan emas yang dihalalkan untuk wanita, maka diharuskan untuk orang lelaki memakai gelang di lengan, kalung di tengkuk dan gelang di tangan dan selainnya kerana tidak thabit pengharaman perak melainkan pengharaman kepada bekas-bekas dan pengharaman menyerupai wanita.
(Sila lihat laman rasmi Dar al-Ifta' al-Misriyyah: http://www.dar-alifta.com/) .
Kesimpulan dari jawapan di atas ialah: TIDAK HARAM berubat dengan gelang yang terbukti melalui kajian saintifik atau pengakuan individu yang berkelayakan dan boleh dipercayai agamanya. Larangan memakai gelang yang dinamakan al-Wahinah di dalam hadith bukan merujuk kepada gelang semata-mata dan bukan juga merujuk kepada larangan berubat dengan gelang, sebaliknya ia merujuk kepada merubat dengan tangkal atau gelang yang hanya semata-mata tangkal. Orang-orang yang menggunakan gelang atas sebab-sebab yang dibenarkan hendaklah memerhatikan yang mereka tidak sampai ke tahap yang dilarang seperti pembaziran dan menyerupai wanita dalam penggunaannya. Sila ke blog berkenaan untuk info. (blog Membela Tokoh- Tokoh Umat)
www.politictoday.com
http://

Magnetic Bracelets- How its work?


Here's How This Amazing Magnetic Therapy Pain Relief Treatment Works On Your Body To Relieve Your Pain
Chinese, American, Russian, German and UK scientific studies have discovered that sufficiently strong magnets (over 800 gauss - not fridge or toy magnets) placed over and around an injury reduces pain and swelling.
The magnetic field created (by wearing magnetic bracelets or straps or sleeping on magnetic mattresses or pads) penetrates deep into the muscle and tissue surrounding an injury and reduces pain by neutralising the inflammation and swelling in the area for most types of joint, inflammatory and muscular conditions.
What’s more, the same magnetic therapy field also stimulates the production of more red blood cells which provides a rich, fresh supply of oxygen and healing nutrients to the affected area. Most importantly, the blood carries a vast amount of endorphins (hormone) which are your body’s natural painkillers directly to where the pain is.
"What Can These Magnetic TherapyTreatment Care Packages Do For You..."
Now imagine this. Imagine what it will feel like when:
1- Your circulation is improved. Basically the blood flows around your body more effectively, so you get more oxygen and nutrients to your organs, muscles, joints and limbs.

2- magnetic therapy will help to balance your hormone levels. What this means is, the hormones insulin, serotonin, endorphin, and melatonin will be more readily available and better regulated. When your melatonin (the hormone which induces sleep) levels have regained their optimum concentration you will enjoy a deep and restful sleep.

3- The magnetic field aids the body in realigning the positive and negative ions which are present in every single cell. Your cells are like little batteries each with a positive and negative end. If you put batteries in your radio the wrong way round it won’t work. The same principle applies to your cells. Magnets push the cells back into perfect alignment so that any excess fluid and toxins are forced out of the tissues and flushed out of the body.

4- The combination of your increased circulation and the elimination of toxins will allow your heart to take a rest. You will have less fluid to push around your body and your blood will be flowing much more efficiently which means your heart will not have to work so hard. Your blood pressure and pulse rate will naturally begin to lower and because your heart has a reduced workload you will feel a tremendous boost in your energy levels. In a nutshell, you will have a terrific feeling of wellbeing.

5- The accumulative result of more oxygen, more nutrients, balanced hormones and a rested heart will equal a strengthened immune system. You will be less likely to catch “bugs” and viruses. You will be able to fight infections better and ward off coughs and colds. Your immune system protects your body from attack and harm. To protect your body your immune system must be strong and healthy.

6- Your circulation is Improved. Basically the blood flows around your body more effectively, so you get more oxygen and nutrients to your organs, muscles, joints and limbs. Your body is benefiting from reduced inflammation.

7- You are enjoying a normal life with reduced or NO PAIN. Your mobility is improved as you have less pain that restricts your movement. You don't have to take as many painkillers and in some cases NONE - And all these benefits without any side effects!

Islam Ugama Yang Hidup

Terdapat sesetengah remaja menghubungkan agama terhadap sesuatu yang silam. Islam dianggap sebagai suatu tradisi. Yang tradisional itu ialah yang sudah berlalu. Lalu yang sudah berlalu itu dianggap sudah ketinggalan.Apalagi bila dihubungkan dengan zaman moden atau pasca-moden, agama ditanggapi sebagai tidak relevan.Islam tidak boleh disamakan dengan ajaran agama atau falsafah lain terutama yang direka oleh manusia.
Islam sifatnya samawiyat iaitu diturunkan dari langit oleh Allah s.w.t. Ia tidak saja mempunyai suatu sistem kepercayaan tetapi juga mengatur cara hidup. Ia membina sistem kepercayaan tentang alam nyata dan alam ghaib. Yang nyata dan yang ghaib menyebabkan berlakunya kehidupan.Kehidupan yang Islami bergerak atas pola akidah, ibadah, syariah dan akhlak.
Pola-pola utama kehidupan manusia berputar atas asas ini. Tanpa aqidah manusia tidak akan ada asas menghubungkan dirinya dengan Yang Ghaib dan tiadalah asas Penciptaan. Dengan akidah juga membina keyakinan manusia bahawa Allah bersifat Rahman dan Rahim terhadap hamba dan makhluk-Nya. Dengan akidah tauhid manusia percaya bahawa Allah itu tidak ada sekutunya melainkan Dialah yang Satu-Satunya.Dengan ibadah manusia memiliki jiwa hamba yang tinggi. Jiwa hamba mendidik manusia menjadi patuh, taat, akur dan tunduk. Perkara-perkara lain dalam alam semuanya patuh atas asas Sunnatullah.
Planet dan cekerwala, sistem solar dan bimasakti semunya bergerak atas asas ketentuan dan ketaatan terhadap Penciptanya. Darinya lahir ketertiban dan keteraturan. Dengan ibadah manusia memiliki jiwa rukuk dan sujud. Jiwa rukuk dan sujud mendidik manusia patuh dan taat kepada titah-perintah Allah. Darinya kehidupan menjadi teratur dan tersusun seumpama tertibnya alam ini.Melalui syariah terdapat maksud had dan batasan. Had dan batasan membolehkan landasan hidup berada di tempat yang betul. Tanpanya, manusia boleh menyimpang dan melampaui batas. Kerosakan yang berlaku terhadap manusia sepanjang sejarahnya akibat manusia alpa tentang batas akal, had nafsu, upaya hati dan jangkauan fikir.
Kerosakan oleh manusia memberi jejasan terhadap yang lain.Natijah akhir dari akidah yang mantap, ibadah yang berterusan, dipandu oleh syariah yang teguh bakal menghasilkan akhlak yang baik. Akhlaklah yang menjadi buah iman dan takwa.Akhlak juga menjadi cerminan manusiawi insan. Manusia dirujuk kekuatan akhlaknya kerana ia adalah pancaran rohani yang tinggi. Sesuatu yang sifatnya rohaniah tidak saja sifatnya kedalaman. Rohaniah terpancar menerusi akhlak yang baik. Tulus dan telus, jujur dan ikhlas, adil dan bijaksana, amanah dan tanggungjawab adalah pancaran rohaniah seseorang.
Oleh: PROF. DR. SIDEK BABASifatnya mempengaruhi dan memberi kesan terhadap tingkahlaku dan perbuatan seseorang. Hidup secara rohaniah menghubunghkan diri dengan Pencipta. Dari Allah manusia dijadikan dengan sebaik-baik ciptaan dan kepada Allah dipertontonkan sebaik-baik kelakuan.Islam ialah agama yang bersifat ajaran. Darinya lahir usaha dakwah dan tarbiah. Fokus dakwah dan tarbiah ialah kepada insan. Al-Quran tidak turun kepada gunung-ganang, batu-batan dan pokok-pokok. Ia turun kepada manusia yang dikurniakan akal dan hati. Akal membolehkan manusia berfikir dan hati memandu manusia menimbang.
Al-Quran memberi petunjuk kepada manusia dan mereka yang muttaqin. Darinya manusia mengetahui kisah-kisah silam hidup untuk dijadikan pedoman hidup masakini dan hari depan. Ibrah sebegini amat penting bagi manusia kerana kisah mengulangi jejak.Maksud ajaran Islam ialah memperkasa manusia supaya terus berada dalam fitrah. Fitrah manusiawi atas landasan akidah yang mantap, ibadah yang berterusan, kepatuhan kepada syariah bakal membentuk pekerti atau akhlak yang mulia. Manusia yang berada dalam keadaan fitrah sifatnya semasa dan sezaman. Meski ruang dan waktu berubah, fitrah manusia tetap kekal dan tidak berubah. Manusia akan rosak sekiranya faktor zaman merubah fitrah.
Al-Quran umpamanya, mengaturkan prinsip pergaulan dan sosialisasi antara remaja terutama yang bukan mahram. Prinsip itu adalah sesuatu yang fitrah. Remaja suka berkawan dan berkomunikasi. Faktor syarak mengaturkan remaja jalan dan jalur komunikasi supaya remaja tidak melampaui batas. Maqasid syariah antaranya bertujuan menjaga agama dan keturunan supaya remaja terus berada dalam keadaan fitrah.
Apabila berlaku pergaulan dan sosialisasi yang melampaui batas mahram, remaja tidak lagi berada dalam keadaan fitrah. Atas dorongan hawa nafsu, remaja mungkin bergaul lepas bebas tanpa batasan. Bila nafsu merajalela berlakulah sesuatu di luar batasan. Ia boleh mendorong kepada zina dan perlakuan-perlakuan yang seumpamanya. Ia boleh menyebabkan lahirnya anak diluar nikah. Diwujudkan prinsip pergaulan dalam Islam bertujuan untuk menjaga agama dan keturunan.
Amalan zina adalah merosakkan agama dan keturunan.Islam juga mengaturkan manusia supaya menikmati seni dan keindahan. Sama ada ia lagu, lirik , rentak dan gerak, prinsip Islam menganjurkan manusia batasan supaya manusia tidak lalai dan lupa. Maksud keindahan dalam Islam mendekatkan manusia kepada kebesaran Pencipta. Melihat alam yang terbentang luas, cahaya matahari dihujung petang, kicau burung diwaktu pagi, desir angin di banjaran gunung, debur ombak di kaki pantai terkandung rasa harmoni yang tinggi antara yang dicipta dengan inderawi manusia.
Apresiasi manusia tentang faktor alamiah menyebabkan manusia rasa terusik. Rasa terusik itu boleh menyebabkan manusia semakin dekat kepada Pencipta. Ini kerana semua yang terlihat, terdengar, terasa datangnya dari kekuasaan Allah. Apa yang direka dan digubah oleh manusia cuba mendekati tahap harmoni Ilahi untuk membimbingnya menjadi insan yang kuddus kepada Pencipta. Itulah puncak seni hamba dan Penciptanya.Para remaja harus menginsafi bahawa Islam membawa perubahan pada zaman bukannya zaman membentuk prinsip Islam.
Fitrah manusia harus selari dengan fitrah zaman. Islam adalah agama yang hidup. Ia bukan agama yang ketinggalan zaman. Takdirnya zaman menjadi rosak, manusia hanyut dengan faham kebendaan dan nafsu nafsi yang melampau, Islam tidak boleh menurutinya.Zaman yang harus mematuhi prinsip Islam. Kerosakan yang ditanggung oleh remaja Islam hari ini akibat pendewaan terhadap zaman yang dibawa oleh budaya Barat umpamanya cuba disesuaikan dengan prinsip Islam.
Budaya Barat tegak atas pedoman manusiawi yang nafsu-nafsi menyebabkan fitrah remaja menjadi rosak. Akibatnya sesetengah remaja menuduh Islam ketinggalan zaman kerana tidak mengikut perubahan sedangkan perubahan yang dibawa oleh budaya Barat boleh menjerumuskan remaja kepada muflis diri dan muflis akhlak. Islam mempedomankan remaja supaya terus berada dalam fitrah. Pemikiran sedemikian membolehkan remaja mengolah dengan kreatif terhadap sesuatu dengan dipandu oleh ajaran Islam yang membimbing remaja supaya terus berada dalam fitrah.
Inilah keindahan Islam, mengaturkan manusia supaya berada dalam fitrah dan melakukan sesuatu selari dengan fitrah manusiawi.

Maklumat Untuk Pengguna Pengguna Islam

BABI SUDAH JELAS HARAMNYA PERHATIAN KEPADA SEMUA UMAT ISLAM RISALAH INI DIEDARKAN OLEH DR. RASHEED MOS,UNIVERSITI MALAYA KL, PERSATUAN PENGGUNA MALAYSIA , MAJLIS AGAMA ISLAM MALAYSIA & JABATAN KASTAM MALAYSIA. KAJIAN TELAH DIBUAT OLEH MAHASISWA UTM, UUM, USM, UM, UKM, & CAP.
SENARAI BARANG YANG MENGANDUNGI LEMAK BABI >
1. Minyak Masak LAM SOON ( Cap Helang & Buruh ) >
2. Ubat Pearl Cream Arche ( Thailand ) >
3. Ajinomoto ( Thailand ) >
4. Ais Krim Harga RM1.00 ke atas >
5. Semua tauhu buatan Orang Cina
6. Sabun LUX & Lotion Badan Buatan Malaysia , USA , & Thailand >
7. Sabun FAB berbuku >
8. Lobak Jeruk >
9. Mee & Kueteow basah ( buatan Cina) >
10. Krim Muka Hazeline Snow
SENARAI BARANG YG MENGANDUNGI ( KULIT BABI, URI & BINATANG YANG TIDAK LAL) >
1. Semua Jenis Serbuk Mee Segera Terutama Maggi >
2. Pucuk , Kulit Popia, Fish Cake & Bebola Ikan buatan Orang Cina
3. Daging Burger Import >
4. Sardin, Kari Ayam dlm tin & Yong Taufu buatan Orang Cina >
5. Kasut Bola Jenis ' Gold Cup' >
6. Berus Gigi Jenis ' Reach' >
7. Mee Kering ( sanggol )
8. Semua sabun mandi yang diimport >
9. Ajinomoto kecuali keluaran Kilang Lot 5710 Jalan Kuchai Lama KL >
10. Semua jenis shampoo kecuali keluaran Orang Islam
11. Have Pearl Cream >
12. Ramuan Kentucky Fried Chicken & Mc Donald >
13. Ubat Kurap buatan Org Cina >
14. Beehon Segera Siam >
15.Mee Rebus Tulang&Kiub Perasa Ayam >
16. Sabun Mandi Yang Berminyak
SENARAI BARANG YANG MENGANDUNGI GELATIN ( LEMAK BABI DAN BINATANG TIDAK HALAL )
1. Bosset Wine Gum
2. Dairy Milk Coklat >
3. Coklat Cadbury/ Chewing Gum >
4. Sugus Strawberry >
5. Passer Doily Mixture >
6. Trebo Mint Chewing Gum/ Peppermint >
7. Scothes Vikmin >
8. Share Extra Atrenght >
9. Black Current Jelly >
10. Royal Gulaman & Decart Oranges >
11. Valvis Gelatin >
12. Sarung Kapsul Ubat >
13. Ais Krim dalam bekas plastik
14. Gula-gula Fruities >
15 Cake Mets Vilber Punch >
16 Coklat Cake >
17 Tepung Kastard Lady's Choice >
18 Semua jenis Jelly >
19 Semua jenis gincu bibir >
20 Keseluruhan Jenis Sheisedo >
21 Lady's Choice Jelly

SENARAI BARANG YANG MENGANDUNGI ALKOHOL UNSUR-UNSURNYA >
1 BARANGAN AVON KESELURUHANNYA
2 PEWANGI KETIAK TERUTAMA JENAMA VITALIS & CONCORD >
3 MINYAK RAMBUT BRYLCREAM ( HIJAU ) >
4 RACUN SERANGGA JENIS SPRAY SEPERTI SHELTOX, BAYGON & MORTIN >
5 SELURUH UBAT BATUK JENIS SIRAP >
6 KESELURUHAN BALL PEN DAKWAT KERING >
7 TONIK BAYI GRAPE WATER, TONIK WATERBERRY COMPOUND
Kami dalam keresahan memohon ampun dan maaf terlewat memberutahu perkara di atas. Pastikan Pakaian anda tidak terkena bahan-bahan diatas terutama pakaian sembahyang. TOLONG CETAK DAN EDARKAN RISALAH INI KPD SEMUA SAUDARA ISLAM KITA.

Confirm - Pringles Potato Chips - tidak HALAL !! AMARAN OLEH KERAJAAN M'SIA BERHATI-HATI SEBELUM MAKAN! Ref. Message: Pringles Potato Chips Looks like you have to find another alternative to munch. Just to let you and gang know........ I have checked. It's true that the chips contain Emulsifier. Dr Safurah Hj Jaafar ; Principal Assistant Director; Ministry of Health , Malaysia ; Tel: 03-2540088.

5 Pillars Of Islam

WHAT DOES A MUSLIM BELIEVE?
Muslims believe there is only one God who is the only God that can exist, he has created all things, he is all powerful, omnipotent, eternal, beyond time and is present with Muslims all the time. They believe in the books revealed by God, angels, the day of judgement, life after death, the prophets and the Prophet Muhammad was God’s messenger and his seal.
A Muslim’s beliefs and values are found in the Five Pillars of Islam which are obligatory. They are:
1. Shahadah: This affirms that God is the only God, and Muhammad is his messenger – ‘There is no God but Allah, and Muhammad is his prophet.

’2. Salat: Performing set prayers in the direction of Makkah 5 times a day,prior to the prayers Muslims must ceremonially wash themselves (wadu).The prayers are at specific times of the day and have specific postures which Muslims have to undertake. The prayers are in Arabic.

3. Sawm: Fasting each day during the month of Ramadan, which is the ninth month of the lunar calendar. A Muslim during Ramadan is not allowed to eat or drink between sunrise and sunset. They are allowed to eat and drink during the night

4. Zakat: Giving alms to the poor, a compulsory percentage of income (2.5%) is given to the poor, this is either given to the Imam at the Mosque or can be handed over to a specific charity by the individual.


5. Hajj: making a pilgrimage to Makkah at least once during a Muslim’s lifetime, if physically able. Makkah is the most holy place for Muslims and contains the Kabbah first built in tradition by Abraham.

Allah

There is only one God (Allah) who is the true God and Islam is the submission to Allah’s will. Allah created the world. Angels are the messengers of Allah, they are sinless beings created out of light. Of the four archangels Gabriel was the medium used to reveal Allah’s words to Muhammad. The devil is called Shaitan or Iblis and is a fallen angel. Other beings are called jinn and they can be either good or bad and they inhabit the human world.

GARIS PANDUAN HIBURAN DALAM ISLAM


1. TUJUAN
Garis Panduan Hiburan Dalam Islam ini disediakan untuk memberi panduan kepada pihak yang terlibat dalam industri hiburan merangkumi nyanyian, muzik, tarian dan lain-lain. Garis Panduan ini juga akan dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat awam yang menyertai persembahan rancangan hiburan.

2. PENDAHULUAN
2.1. Pada dasarnya Islam mengharuskan hiburan kerana ia menjadi sebahagian daripada fitrah kehidupan manusia. Ini berdasarkan kepada hadis Rasulullah s.a.w. yang diriwayatkan daripada Aisyah r.a yang bermaksud:
“Sesungguhnya Abu Bakar masuk kepadaku, sedang di sampingku ada dua gadis hamba daripada orang Ansar sedang menyanyi dengan nyanyian yang dinyanyikan oleh orang Ansar pada hari peperangan Bu’ath. Aku berkata, kedua-dua orang ini bukanlah penyanyi. Abu Bakar berkata, adakah di rumah nabi ini terdapat serunai syaitan? Sedangkan pada hari ini adalah hari raya idul fitri. Rasulullah bersabda, wahai Abu Bakar, sesungguhnya setiap kamu ada hari rayanya dan ini adalah hari raya kita.” (Riwayat Ibnu Majah)

Berdasarkan Hadis tersebut, nyatalah bahawa hiburan yang menghiburkan jiwa serta menenangkan hati diharuskan oleh Islam. Ini dinyatakan oleh al-Syeikh Yusuf al-Qardhawi bahawa antara hiburan yang dapat menghibur jiwa, menenangkan hati serta menyedapkan telinga adalah nyanyian. Hiburan nyanyian ini diharuskan oleh Islam dengan syarat ia tidak dicampuri kata-kata kotor, keji atau yang boleh memberangsangkan kepada perbuatan dosa. (al-Halal wa al-Haram fi al-Islam, hal. 273).

2.2 Dalam membincang isu ini, Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia dalam persidangan kali ke-2 pada 12 – 13 Mei 1981 telah membuat keputusan seperti berikut:
a) Nyanyian yang senikatanya baik, tidak lucah, tidak biadap dan tidak mendorong kepada maksiat[1], tidak bercampur gaul antara lelaki dengan perempuan dan tidak membawa kepada fitnah[2] adalah harus;
b) Jika nyanyian senikatanya tidak baik, lucah, biadap, mendorong kepada maksiat, bercampur gaul lelaki dengan perempuan dan membawa kepada fitnah maka nyanyian itu adalah haram;
c) Pancaragam yang melalaikan[3] hukumnya haram;
d) Mendengar nyanyian dan pancaragam adalah harus dengan syarat senikatanya baik, tidak lucah, tidak biadap, tidak bercampur lelaki dengan perempuan dalam keadaan yang tidak menimbulkan fitnah; dan
e) Menyanyi untuk menimbulkan semangat jihad adalah harus.

Thursday 28 January 2010

Tuhan Lebih Menyayangimu


NUR ATHIRAH ANIS dalam kenangan (27 SEP - 23 DIS 2002)
.....................................................

Athirah.........

ayah rindukan kau nak...
tak sanggup rasanya menerima perpisahan ini
tidak puas ayah menatap wajah comelmu itu
kelahiranmu menghiburkan hati ayah
kulitmu yang lembut
jari jemarimu yang halus
rambutmu yang hitam lebat
bila kau tersenyum
aduhai.....gembira hati ayah tak terkira
tangisanmu merdu menghiasi mahligai ayah dan ibu

Athirah....
kini semua tinggal kenangan
tiada lagi tangisanmu
apa lagi senyumanmu...
tak dapat ayah membelaimu
tak dapat lagi ayah menyentuh mu
apa lagi mendakapmu..
semuanya hilang sekelip mata..

kini ayah menangis kerinduan
namun ayah pasrah nak...
kelahiranmu mengundang kesengsaraan
yang kau tak mampu bertahan
pergilah nak..pergilah..
ayah relakan.
kerna itu lebih baik buatmu..
Hikmah hanya Allah yang tahu
biarkanlah ayah sendirian
menangis kepiluan.

Athirah...
airmata ayah berbeda dari air mata ibumu
bergenang dipelusuk kalbu
tiada siapa yang tahu
bagaimana ayah bisa melupakanmu
hayat yang penuh hiba pilu
membuatkan ayah menangis sayu..

namun buatmu Al-Fatehah tidak pernah jemu
ayah hadiahkan selepas solah 5 waktu
damailah anakku..

Pada saat terakhir ayah melihat
paras wajahmu nak...
ayah berbisik takkan melupakanmu
sampai akhir hayat ayah

Athirah..
Tidak sabar rasanya bersua denganmu
di pintu Syurga sedang menunggu.

Anak Anak Kita


Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud,
'Tiap-tiap anak dilahirkan berkeadaan fitrah (suci bersih), maka kedua-dua ibu bapanyalah yang menjadikannya Yahudi, Nasrani atau Majusi'(Riwayat Bukhari)

Terdapat beberapa ciri yang perlu ada untuk membentuk sebuah keluarga cemerlang antaranya bertakwa, bekerjasama, saling memahami, sayang menyayangi dan bertanggungjawab.
Konsep ketakwaan kepada Allah s.w.t harus dititikberatkan dalam setiap ahli keluarga iaitu taat segala perintah dan menjauhi segala larangan Allah s.w.t. Sembahyang lima waktu contohnya, tidak seharusnya diabaikan oleh setiap ahli keluarga. Anak-anak yang masih kecil seharusnya dididik mengerjakan sembahyang supaya apabila dewasa nanti mereka memahami bahawa sembahyang itu adalah wajib bagi setiap umat Islam.

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud,
'Suruhlah anak-anak kamu mendirikan solat ketika umur mereka 7 tahun dan pukullah mereka ketika berumur 10 tahun sekiranya mereka enggan; dan pisahkan tempat tidur mereka.' (Riwayat Al-Hakim dan Abu Daud)

Bagi membentuk keluarga cemerlang juga, kita perlu berhijrah dengan menjadikan rumah sebagai ‘syurga’ iaitu tempat yang penuh dengan ketenangan, kenikmatan dan kebahagiaan.Keluarga cemerlang memerlukan anak-anak yang terdidik dengan sifat kasih sayang, penuh ketaatan dan rasa tanggungjawab.

Anak merupakan amanah Allah s.w.t kepada hamba-hamba-Nya. Kelahirannya seumpama kain putih bersih daripada noda dan kekotoran duniawi. Justeru, yang mencorakkan warna-warnanya adalah ibu bapa sendiri.

Anak memainkan peranan yang penting untuk menjadikan suasana yang harmoni dalam keluarga. Ibu bapa perlulah memberi didikan yang sempurna kepada anak-anaknya sama ada ilmu duniawi dan ilmu ukhrawi.

Dengan didikan yang sempurna ini, anak-anak dapat memikirkan perkara yang baik dan buruk, seterusnya mentaati ibu bapanya yang melahirkannya ke dunia. Taat kepada ibu bapa ini bukanlah taat kepada perkara yang mungkar seperti meninggalkan sembahyang, puasa dan lain-lain, tetapi ketaatan seorang anak itu adalah atas perkara yang makruf dan yang diredhai Allah s.w.t. Perlulah diingat bahawa seorang anak tidak boleh berlaku kasar atau menzalimi kedua-dua ibu bapanya sekalipun sekadar menyebut perkataan ‘ah’ kerana ia sudah dianggap menderhaka dan berdosa besar.
Menuntut ilmu juga adalah peranan yang perlu dilakukan oleh setiap anak dari keluarga yang cemerlang. Ilmu yang perlu dituntut bukan hanya ilmu keduniaan seperti sains dan matematik, bahkan juga ilmu akhirat seperti akidah, ilmu feqah dan tasawwuf.

Anak-anak yang memperolehi kedua-dua ilmu itu sudah tentu dapat menseimbangkan antara ibadat khusus dan pekerjaan supaya antara kedua-duanya tidak diabaikan.Anak-anak yang soleh pastinya anak yang sentiasa mendoakan kebaikan kepada ibu bapa sama ada yang masih hidup atau sudah mati.

Rasulullah s.a.w pernah bersabda bahawa apabila matinya anak Adam maka terputus amal ibadatnya kecuali tiga perkara, pertama : ilmu yang bermanfaat, kedua : sedekah jariah dan ketiga : doa anak-anak yang soleh.

Jelaslah bahawa peranan anak-anak yang soleh yang mendoakan kesejahteraan kepada ibu bapanya amat penting bagi menjamin ibu bapanya sentiasa hidup bahagia, sejahtera dan diredhai Allah s.w.t di dunia dan akhirat.

Satu lagi peranan bagi seorang anak untuk mewujudkan keluarga cemerlang ialah menjaga nama baik keluarga.Anak yang soleh pastinya anak yang sentiasa berkelakuan baik walau di mana sahaja dia berada. Apa yang dilakukan adalah berlandaskan ajaran Islam yang suci .

Ibu Bapa - Apakah Jasa Mereka Dilupakan?


PEPATAH syurga di bawah tapak kaki ibu sekali gus mengingatkan kita kepada betapa besar jasa ibu bapa dalam mendidik dan mematangkan kita menjadi manusia berguna, namun melihat kepada senario hari ini yang mana ramai warga tua dihantar oleh anak ke rumah penjagaan bagaikan menyatakan betapa jasa ibu bapa sudah dilupakan.Mereka yang tiada belas kepada ibu bapa dianggap kurang beradab dan tidak bersyukur kepada Allah. Begitu mudah anak mengabaikan ibu bapa mereka, walaupun sejak kecil mereka ditatang bagaikan minyak yang penuh, tetapi apabila dewasa tidak dapat melakukan kebaikan untuk orang tua sendiri, apatah pula jika ibu bapa berkenaan sudah meninggal dunia.
Walau sehebat manapun ilmu kita, walau setinggi manapun kelulusan kita,walau siapa pun kita, apa guna tanpa restu ibu bapa kita dan guru. Jangan sesekali melupakan jasa mereka pada masa depan..kerana tanpa mereka tidak mungkin kita akan mencapai kejayaan pada hari ini.

Surah Al-Isra' ayat 23:
"Dan Tuhan mu telah perintahkan supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadanya semata-mata dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya atau kedua-dua sekali sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu maka janganlah engkau berkata kepada mereka sebarang perkataan kasar sekalipun seperti perkataan "ah" adalah tidak dibenarkan dan janganlah engkau menengking atau menyergah mereka tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang baik dan mulia (bersopan santun)".

Dalam Islam kita dituntut agar berbuat baik kepada kedua ibu bapa dan tuntutan tersebut adalah suatu kewajipan yang perlu ditunaikan . Ini kerana setiap permulaan kehidupan manusia adalah bermula dengan kelahiran dari seorang ibu. Oleh itu, Islam memandang serius hukum dan adab berkaitan hubungan anak dengan seorang ibu .Kita diperintahkan untuk sentiasa melakukan kebaikan , berlemah lembut, berbudi bahasa dan bersopan santun terhadap mereka. Lantaran itu juga kita diharamkan dan dilarang keras untuk melakukan kekasaran terhadap mereka samada dengan perbuatan mahupun percakapan hatta dengan perkataan "ah" sekalipun tidak di benarkan memandangkan perkataan menyanggah seperti tersebut menunjukkan tanda ingkar atau membenci terhadap tindakan mereka.

Islam memandang berat pengorbanan seorang ibu kerana merujuk kepada kepayahan dan kesusahan mereka ketika mengandungkan kita, membesar, memelihara dan mendidik kita sehingga kita mampu berdikari.
Surah Lukman ayat 14:Maksudnya:
"Dan kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya ,ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan dari awal mengandung sehingga akhir menyusunya dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun. Dengan demikian bersyukurlah kepada ku dan kedua ibu bapamu dan ingatlah kepad Aku lah jua tempat dikembalikan untuk menerima balasan".
Pengorbanan mereka adalah pengobanan yang cukup besar. Maka atas dasar itulah Islam menggandingkan tanggungjawab mentaati ibubapa mengiringi persoalan mentauhidkan Allah.
Surah An-Nisa ayat 36:Maksudnya:
"Dan hendaklah kamu beribadah kepada Allah dan janganlah kamu sekutukan Dia dengan sesuatu apa jua pun dan hendaklah kamu berbuat baik kepada kedua ibu bapa kamu, kaum kerabat, anak-anak yatim, orang-orang miskin, jiran tetangga yang dekat, jiran tetangga yang jauh, rakan sejawat, orang yang bermusafir dalam kesusahan dan hamba yang kamu miliki. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang sombong, takbur dan suka membangga diri".

Perintah untuk menyembah Allah dan larangan mensyirikkanNya diikuti dengan berbuat baik dengan kedua ibu bapa adalah menunjukkan begitu rapatnya hubungan antara persoalan taat kepada Allah dan taat kepada kedua ibu bapa. Namun dewasa ini, terdapat dikalangan anak-anak yang mengabaikan tanggungjawab terhadap ibubapa mereka. Mereka tidak mempedulikan nasib ibu bapa, jarang bertanya khabar tentang sakit pening mereka, kurang prihatin terhadap kesusahan mereka. Bahkan, terdapat juga di kalangan kita menambah bebanan kepada ibu bapa seperti menyuruh menjaga cucu, menjadi pembantu rumah bahkan ada yang sanggup menghantar ibu bapa ke rumah jagaan orang-orang tua dan mengabaikannya.
Sabda Rasulullah SAW : Bermaksud:"Keredhaan Allah terletak pada keredhaan ibubapa manakala kemurkaan Allah terletak pada kemurkaan ibubapa".

Walaubagaimanapun tidak menjadi kesalahan untuk menghantar ibubapa dengan kerelaan mereka sendiri untuk menginap di premis-premis atau rumah jagaan yang dikhususkan untuk mengikuti program-program yang telah disediakan seperti aktiviti-aktiviti ilmiah dan ibadah untuk warga emas.

Jodoh Dalam Perkahwinan




Sabda Rasulullah SAW:
"Janganlah mengawini wanita-wanita kerana kecantikan. Mungkin kecantikan itu memburukkan hidup. Jangan mengawini mereka karena harta, mungkin harta itu menyebabkan kezaliman mereka. Tetapi kawinilah mereka atas dasar agama. Seorang sahaya yang hitam, berbibir tebal yang beragama adalah lebih baik. (HR. Ibn Majah).

Maksud:
“Diriwayatkan dari Abu Hurairah Radhiyallahu 'anhu bahawasanya Rasulullah Sallallahu 'alaihi wasallam bersabda: Seseorang perempuan itu dipilih untuk menjadi isteri berdasarkan kepada empat ciri-ciri iaitu kerana harta bendanya, kerana keturunannya (kemuliaan keturunan), kerana kecantikannya, kerana pegangan agamanya. Kerana itu pilihlah (berikanlah keutamaan) kepada perempuan yang berpegang teguh kepada agama, nescaya kamu bertuah (beruntung). (Hadith riwayat Imam Al-Bukhari dan Muslim)
Sesungguhnya perkahwinan itu merupakan suatu fitrah semulajadi dalam kehidupan manusia bagi memelihara keturunan, sifat ingin dikasihi dan hidup bersama untuk memperolehi kasih sayang, ingin menjalinkan cinta yang berterusan dan ketenangan dalam hati. Namun bagi sesebuah rumahtangga muslim yang bahagia itu ianya bermula dengan pemilihan jodoh yang tepat seperti mana yang dianjurkan oleh Rasulullah Sallallahu 'alaihi wasallam dalam hadith di atas.
Bagi mereka yang merancang ingin mendirikan rumahtangga muslim yang bahagia, aspek
pemilihan jodoh yang tepat adalah sangat penting. Ini kerana, perkongsian hidup yang lahir nanti akan menentukan nasib sesudah berumahtangga dan menentukan corak hidup dalam masyarakat sama ada mendapat keredhaan Allah SWT atau sebaliknya. Bagi mereka yang bijak, sudah tentu akan mengutamakan calon isteri atau calon suami yang beriman kepada Allah SWT. Apa gunanya hidup kita, sekiranya kehidupan selepas berumahtangga menjadikan diri kita lebih jauh dari rahmat dan kasih sayang Allah SWT.
Apakah hikmah di sebalik saranan Rasulullah Sallallahu 'alaihi wasallam memberikan panduan dalam memilih jodoh dengan mengutamakan calon isteri solehah atau suami yang soleh itu?

Kewajiban Dan Tanggungjawab

Seseorang yang hendak mendirikan rumah tangga hendaklah menyadari bahwa kewajiban dan tanggung-jawab sedang menantinya. Membina keluarga bermakna bertambahnya tanggungjawab terhadap isteri dan anak-anak. Di sini digariskan beberapa tanggungjawab penting suami dan isteri di dalam rumaht angga.

Kewajiban Suami

1. Suami adalah pemimpin keluarga, pelindung isteri dan anak-anak. Sebagai pelindung keluarga dan pemimpin unit masyarakat yang kecil ini, suami berkewajiban mangawal, membimbing, menentukan tugas, menyelaraskan hubungan suami istri, berusaha mencari keperluan hidup keluarga dan berusaha menyediakan faktor-faktor kebahagiaan dan keselamatan keluarganya.

2. Dia wajib menyediakan rumah kediaman, pakaian dan makan minum keluarga. Dia wajib mengajar anak isterinya dengan hukum-hukum agama. Kalau tidak mampu mengajar sendiri dia wajib menanggung biayanya. Dalam hal ini suami yang bijak dari awal akan memilih isteri yang beragama. Dengan itu dapat meringankan beban dan kewajibannya mengajar agama kepada isterinya. Isteri yang beragama itu, pasti dapat bekerjasama mendidik anak-anak dalam kehidupan beragama.

3. Perilaku suami di dalam dirumahtangga hendaklah berdasarkan rahmah (kasih sayang) berakhlak dan contoh yang baik. la bertanggungjawab di hadapan Allah SWT terhadap keluarganya. Bersikap baik dan adil di dalam mengendalikan rumahtangga adalah penting. Rasulullah SAW mensifatkan orang yang baik ialah orang yang baik kepada keluarganya.

4. Suami hendaklah mengasuh isteri dengan baik. Rasulullah s.a.w. menyifatkan kaum wanita sebagai amanah Allah SWT. Amanah itu hendaklah dijaga dengan cermat. Sebab itu Rasulullah s.a.w. berpesan supaya bersikap baik terhadap wanita dan sentiasa mengingatkan mereka supaya berkelakuan baik.

5. Tanggungjawab suami adalah penting di dalam membina keluarga. Kita dapat melihat dengan jelas bahwa perkawinan itu hanya diwajibkan bagi mereka yang sanggup menunaikan tanggungjawab. Apabila kawin, menunaikan tanggungjawab kepada keluarga adalah wajib bagi seorang suami.

Kewajiban Isteri

Apabila suami sebagai pemimpin di dalam rumah tangga, maka isteri juga mempunyai tugas dan tanggungjawab tertentu. Di antara tanggungjawab isteri ialah:

1. Bergaul dengan suami secara baik. Wajib bagi isteri menggauli suaminya dengan baik.

2. Mengendalikan kerja-kerja rumah. Menurut riwayat Janzani, Rasulullah s.a.w menentukan kewajiban anaknya Fatimah mengurus rumah dan Ali mengurus kerja-kerja di luar rumah. (AI Mar'ah fi Tasawwuri Islam, m.s 105, oleh Abdul Muta'al AI Jibry).

3. Berhias untuk suami. Isteri hendaklah sentiasa berada di hadapan suami dalam keadaan menarik. Dengan itu suami menjadi terhibur ketika di sampingnya. Tugas ini tidak dapat dilaksanakan dengan baik oleh isteri kecuali mereka yang faham.

4. Bujuk membujuk adalah penting dalam kehidupan rumahtangga. Ibn al-Aswad AI-Dualy berkata kepada isterinya:
"Apabila kamu melihat aku marah, tenangkanlah aku. Apabila aku melihat kamu marah, aku pula menenangkan kamu. Jika tidak janganlah kita bersama-sama. "

5. Isteri hendaklah taat kepada suami. Di dalam sesuatu tindakan, jangan sekali-kali membelakangkan suami, karena dia pemimpin rumah-tangga. Jika hendak keluar rumah mestilah mendapat izin dari suami terlebih dahulu. Isteri hendaknya pula memahami tugas dan kewajiban suami di luar. Ia mesti menyokongnya, memberi semangat dan menasihatinya supaya tidak berputus asa.

6. Wanita hendaklah sentiasa menjaga kehormatan diri dan nama suami. Wanita yang menjaga kehormatannya dianggap oleh Rasulullah S.A.W. sebagai wanita yang baik dan patut menjadi ukuran bagi lelaki yang hendak memilih isteri.