Saturday 27 March 2010

Iman Dan Amal

Iman Dan Amal Adalah Dua Perkara Yang Seiring

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:”Iman dan amal adalah dua perkara yang seiring.”
Riwayat al-Hakim

HuraianPengajaran hadis:
i) Iman mengikut pengertian syarak adalah keyakinan yang teguh dalam hati, mengakui dengan lidah dan melaksanakan dengan anggota. Inilah yang dinamakan ketaatan, amal yang soleh dan perlakuan yang baik.
ii) Seorang yang benar-benar beriman adalah mereka yang zahirnya sama dengan batinnya, mereka benar dalam keimanan dan ikhlas dalam melakukan amalan. Merekalah golongan ‘as-Sodiqun’ yang diperintah oleh Allah S.W.T agar kita sentiasa mendampingi mereka (bersahabat dengan mereka).
iii) Oleh sebab tingginya kedudukan iman maka Allah S.W.T telah menjadikan iman itu sebagai syarat asas penerimaan terhadap sesuatu amalan yang dilakukan di mana tidak akan ada satu amalan pun yang akan diterima oleh Allah melainkan setelah ada iman di dalam diri pelakunya.
iv) Sesiapa yang mendakwa beriman dengan lidahnya tetapi iman itu tidak meresap ke dalam hatinya maka dia merupakan orang yang munafiq. Ciri-ciri munafiq itu ialah kata-katanya bercanggah dengan perbuatannya dan amalannya ketika di khalayak ramai dan ketika dia bersendirian serta apa yang dizahirkannya adalah berbeza dengan apa yang disembunyikannya.
v) Iman dan amal soleh adalah seiring. Iman tidak akan sempurna tanpa amal soleh di mana Allah telah menyebutkan perkara ini sebanyak 60 kali di dalam al-Quran.
Sumber : Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

Saturday 20 March 2010

Hukum Mewarna Rambut

Kita boleh membahagikan masalah ini kepada 2 bahagian:

1. Hukum mewarna rambut.
2. Masalah tidak sampai air ke anggota wuduk dan hadas.

1. Hukum mewarna rambut.
Umat Islam dibenarkan mewarnakan rambutnya. Berikut ini kami terjemahkan fatwa Dr. Yusof al-Qardhawi mengenainya (Al-halal Wal haram Fil Islam, Dr. Yusof al-Qardhawi, hal.89-09):

[Sebahagian dari perkara yang tergolong di dalam masalah perhiasan ialah mewarnakan wambut atau janggut yang telah beruban. Telah datang satu riwayat yang menjelaskan bahawa orang-orang Yahudi dan Nasrani enggan mewarna rambut dan mngubahnya dengan beranggapan, antaranya ialah berhias dan memperelok diri itu dapat menghindarkan erti peribadatan dan beragama. Sebagaimana yang dilakukan oleh para rahib dan ahli-ahli zuhud yang bersikap berlebih-lebihan.
Tetapi Rasulullah s.a.w. melarang mengikut (taqlid) kepada suatu kaum dan mengikuti jejak langkah mereka, supaya umat Islam sentiasa mempunyai keperibadian yang berbeza, zahir dan batin. Dan, diriwaytakan oleh Abu Hurairah, bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:

"Sesungguhnya orang-orang Yahudi tidak mahu mewarnakan rambut, oleh itu berbezalah kamu dengan mereka. (HR Bukhari).

Amar (perintah) di sini mengandungi maksud sunat, sebagaimana yang biasa dilakukan oleh para sahabat, seperti Abu Bakar dan Umar. Manakala yang lainnya tidak melakukan (mewarna rambut), seperti Ali, Ubai bin Ka'b dan Anas.

Tetapi, dengan warna apa dibenarkan mewarna rambut? Apakah dengan warna hitam atau warna-warna lain? Atau mesti mengelakkan dengan warna hitam?

Orang yang telah tua, ubannya telah merata semada di kepala ataupun di janggut, tidak selayaknya mearna dengan warna hitam. Oleh itu, ketika Abu Bakar membawa bapanya ABu Qufahah ke hadapan Nabi s.a.w. pada hari penaklukan Mekah, Nabi melihat rambutnya seperti pokok Thughamah yang terlalu putih buah dan bunganya. Nabi bersabda:

"Ubahlah ini (uban) tetapi jauhilah warna hitam." (HR Muslim).

Manakala mereka yang tidak sebaya dengan Abu Qufahah, tidaklah berdosa apabila mewarna rambutnya dengan warna hitam. Dalam amsalah ini al-Zuhri telah berkata: "Kami mewarna rambut dengan warna hitam apabila wajah masih kelihatan muda, tetapi apabila wajah sudah berkedut dan gigi sudah goyang, kami tinggalkan warna hitam." (Fathul Bari)

Segolongan ulamak salaf membenarkan mewarna dengan warna hitam, mereka ialah Saad bin ABi Waqqas, uqbah bin Amir, Hasan, Husain, Jarir dan selainya.

Sebahagian ulamak berpendapat tidak boleh dengan warna hitam kecuali dalam keadaan perang agar dapat menakutkan musu. Kerana mereka akan melihat semua tentera-tentera Islam masih kelihatan muda. (Fathul Bari).
Dan di dalam sebuah hadis riwayat Abu Zar mengatakan:

"Sebaik-baik bahan yang digunakan untuk mewarna uban ialah pokok inai dan katam." (HR Tarmizi dan ash-habusunan)

Katam adalah satu pokok yang tumbuh di Yaman yang mengeluarkan pewarna berwarna hitam kemerah-merahan. Dan Inai berwarna merah.

Anas bin Malik meriwayatkan, bahawa Abu Bakar mewarna rambutnya dengan inai dan katam, manakala Umar hanya dengan inai sahaja.]

Namun amat disayangkan sekali pada hari ini.. Apa yang berlaku adalah sebaliknya. Jika melihat kepada saranan nabi kepada kita agar mewarnakan rambut apabila telah beruban agar kita ini berbeza dengan orang Yahudi (kafir), namun sekarang ini sebahagian dari kita mewarna rambut kerana tidak ingin berbeda dengan orang kafir.
Sudah menjadi tabiat, bangsa yang lemah meniru bangsa yang kuat. Dan, kerana orang barat rambutnya berwarna perang, maka sebahagian anak-anak muda Islam mewarnakan rambutnya dengan warna perang. Supaya kelihatan seperti orang barat. Mereka melakukannya kerana kagum, kasih dan cintakan kaum berkenaan.Sebahagiannya mewarna-warnikan rambut kerana mengamalkan budaya punk.
Adalah tidak wajar jika mereka mengatasnamakan sabdaan Rasulullah s.a.w. terhadap perlakuan mereka ini. Mereka berbuat demikian bukan sebab sabdaan Nabi atau secara bersahaja, tetapi kerana fikiran dan jiwa mereka sudah terpaut dengan kaum kafir atau budaya tertentu. Syarak tidak mengiktiraf perlakuan begini.

"Barangsiapa yang menyerupai suatu kaum, maka dia tergolong di dalam kaum itu." (HR Abu Daud)

2. Masalah tidak sampai air ke anggota wuduk dan hadas.

Para ulamak telah ijmak mengatakan wajib menyampaikan air ke tubuh badan samada mandi atau wuduk, kecuali ketika darurat. Sebab itulah kita diperintahkan supaya menyelat-nyelati jari dan menggerak-gerakkan cincin agar air dapat sampai ke kulit. Dalilnya ialah hadis riwayat al-Khamsan dan disahihkan oleh al-Tarmizi dari Laqith bin Shabrah. Dan hadis riwayat Ibnu Majah dan al-Daruquthni dari Abu Rafi' dengan sanad Dha'if.

(Lihat Ahsanul Kalam fil Fatawa Wal Ahkam, vol 1, hal. 57-58)

Kembali kepada soalan: Apakah pewarna dari syarikat tertentu yang ada tanda halal boleh digunakan?

Jawapan secara umumnya adalah berdasarkan kepada dua penjelasan di atas. Ia boleh digunakan jika produk berkenaan:

1. Bebas dari najis.
2. Tidak menghalang air untuk sampai ke anggota wuduk atau mandi hadas.

Masalah ini samalah dengan masalah pewarna kuku. Islam membenarkannya tetapi bahan yang digunakan mestilah menepati ciri-ciri di atas.(ibid)
Dan, jelaslah di sini, bukan perbuatan mewarna itu yang diharamkan tetapi bahan yang digunakan. Kerana ia membabitkan sah atau tidaknya pengangkatan hadas besar dan kecil. Melainkan jika seseorang itu selepas memakainya tidak berhadas langsung samada besar ataupun kecil.

Untuk mengetahui samada bahan berkenaan menghalang air ataupun tidak, kami kira tidak susah. Jika ia berfungsi seperti inai atau za'faran atau kunyit, maka tidak mengapa. Jika ia sebagaimana minyak hitam (motor dsbnya), cat dsbnya, sudah tentu ia menghalang air.

Hukum Merokok


Tembakau hanya muncul pada abad ke 10 Hijriah, maka hukum ke atasnya adalah pelbagai memandangkan maklumat dan kesannya ke atas manusia tidak dapat diketahui dgn pasti. Hukumnya: ada yg mengatakan haram, makruh tahrim, makruh tanzih, atau harus. Pendetailannya tidak perlu di sini, kerana kita terpaksa mengenepikan pendapat-pendapat di masa lalu kerana ulama' di masa itu kekurangan maklumat dan fakta terutama dari sudut sains kesihatan. Kita hanya akan fokuskan kepada pendapat fukaha' abad ini sahaja. Antaranya:

1. Syaikh Hasanain Makhluf (mantan Mufti Mesir) yg menetapkan ada dua hukum bergantung kepada faktur mafsadat (mudharat) terhadap seseorang dan keluarganya. Jika merokok mendatangkan mafsadat kesihatan, mengurangkan hak keluarga dari segi pengurangan nafkah kepada keluarganya, maka hukum merokok ke atasnya adalah haram. Makruh jika mafsadat itu tidak ketara atau tidak mengurangkan hak nafakah keluarga (Fatwa Syar'iyah, Jld 2)

2. Fatwa Kerajaan Arab Saudi: Haram

3. Fatwa Syaltut-mantan rektur AlAzhar yg menyatakan," walaupun merokok tidak menjadikan seseorang itu mabuk (spt kesan khamar) atau rosak akal (spt narkotik), tapi terbukti merokok merugikan dan merusakkan kesihatan perokok dan orang yg berinteraksi dgnnya. Dalam Islam ketentuan hukum halal/haram tidak semestinya diputuskan dgn nas sahaja, ia juga boleh ditentukan oleh kawaid syara'. Maka jelaslah hukum merokok itu dilarang dan tidak disukai oleh agama (Fatwa Islamiah)

4. Fatwa Qaradawi: memilih hukum haram atas alasan dan hujah yg kukuh mengikut kaedah syara' dan diperkuatkan oleh fakta sains perubatan. Oleh kerana haram ini ada banyak jenis dan kategori, alQaradawi lebih memilih hukum haram yg ringan dan ia hendaklah dikuatkuasakan secara tadarruj (beransur-ansur). AlQardhawi (Fatwa Mu'asirat) antara lain memberi beberapa alternatif:

- Haram hukum merokok kepada yang belum mencuba merokok atau perokok baru yang masih belum ketagih

- Makruh kepada yang sudah ketagih tapi masih boleh berhenti jika berusaha

- Harus kepada yang sudah sebati dengan rokok, meninggalkan amalan merokok akan mendatangkan kesan sampingan yang lain seperti lemah badan, sasau dsbnya

5. Fatwa beberapa negeri di Malaysia, antaranya Selangor dan Kedah yg menyatakan haramnya.

Perihal Janggut

Berjanggut dan berjambang merupakan sunnah Rasul S.A.W  amalan para sahabat Baginda dan nabi 'Alaihimussalam. Di antara nabi yang berjanggut yang disebutkan oleh aI-Qur'an ialah Nabi Harun abang kepada Nabi Musa 'Alaihissalam. Nabi Harun lebih tua tiga tahun daripada Nabi Musa.

Firman Allah Ta’ala:

قال يبنؤم تأخذ بلحيتى ولا برأسى
(سورة طه : 94)

Tafsirnya: Nabi Harun berkata: "Wahai anak ibuku, janganlah engkau meragut janggut dan menarik rambutku. "
(Surah Thaha: 94)

Kisah janggut Nabi Harun 'Alaihissalam yang dipegang Nabi Musa 'Alaihissalam ini,menjadi dalil kepada para ulama yang berpendapat bahawa amalan berjanggut itu disyariatkan dalam Islam dan menjadi sunnah nabi-nabi.
Mencukur janggut dan memelihara misai itu adalah budaya atau cara hidup orang-orang Yahudi, Nashrani dan Majusi. Oleh kerana itu orang Islam diperintahkan supaya berkeadaan sebaliknya tidak mengikut budaya mereka itu untuk membezakan cara hidup orang Islam dengan cara hidup mereka.
Sabda Rasulullah SAW
Maksudnya: Kamu simpanlah janggut, kamu potonglah misai, kamu ubahlah warna uban kamu (dengan berinai) dan janganlah kamu mencontohi Yahudi dan Nashrani.
(Hadits riwayat Ahmad)

 Diceritakan bahawa seorang lelaki daripada kalangan Majusi datang mengadap Nabi SAW, dan lelaki ini telah mencukur janggutnya dan memanjangkan misainya. Lalu Baginda bertanya: "Apa (yang engkau lakukan) ini?" Lelaki itu menjawab: "Beginilah ajaran agama kami". Kemudian Baginda berkata: "Akan tetapi dalam agama kami (Islam), kami memotong misai dan membiarkan janggut kami panjang. "
(Hadits riwayat Ibnu Abu Syaibah)

Daripada keterangan-keterangan di atas, jelas membuktikan bahawa para sahabat adalah berjanggut kerana mencontohi amalan Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam.

Hukum Berjanggut Dan Mencukur Misai
Adapun perintah memelihara janggut itu banyak kali ditegaskan dalam hadits-hadits Baginda Rasulullah SAW, antaranya:
Diriwayatkan daripada Ibnu 'Umar Radhialla 'anhuma katanya:

“Bersabda Rasulullah Shallallahu 'alahi wasallam:"Kamu cukurlah misai dan peliharalah janggut kamu.”
(Hadits riwayat al-Bukhari

Diriwayatkan daripada Ibnu 'Umar Radhiallah 'anhuma, katanya: "Bersabda Rasulullah SAW: "Berbezalah kamu daripada orang-orang musyrik, iaitu, kamu peliharalah janggut dan cukurlah misai. "
(Hadits riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Berdasarkan kepada keterangan hadits-hadits di atas, berjanggut itu bukan sahaja amalan Rasulullah SAW dan para sahabat Baginda, bahkan menjadi amalan juga kepada para nabi sebagaimana keterangan al-Qur'an tentang janggut Nabi Harun 'Alaihissalam. Sementara mencukurnya pula bertentangan dengan sunnah Rasulullah SAW

Sunday 14 March 2010

Wajib hadir majlis kenduri kahwin

Dalam ajaran Islam, menghadiri majlis kenduri perkahwinan, jika dijemput, adalah satu kewajipan. Berdasarkan hadis Rasulullah, kalangan ulama menghuraikan dengan panjang lebar mengenai jenis kenduri dan hukum menghadirinya sama ada wajib, makruh, haram atau harus.
Pada umumnya, kenduri terbahagi kepada dua jenis, iaitu kenduri kahwin dan bukan kenduri kahwin seperti kenduri atau jamuan kesyukuran atau jamuan hari raya.
Menghadiri jemputan dan undangan kenduri kahwin adalah fardu ain, iaitu wajib ke atas setiap individu yang diundang. Ini berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh Al-Bukhari dan Muslim bermaksud:
"Apabila seorang daripada kamu diundang menghadiri kenduri kahwin, maka hendaklah dia menghadirinya."
Imam Muslim juga meriwayatkan sebuah hadis yang bermaksud: "Seburuk-buruk makanan (hidangan) ialah hidangan walimah (kenduri) yang dijemput orang kaya sahaja, sedangkan orang miskin tidak dijemput. Dan sesiapa tidak memenuhi jemputan (undangan), maka dia menderhakai Allah dan Rasul-Nya."
Berdasarkan hadis sahih itu, jelas menunjukkan bahawa menghadiri jemputan dan undangan kenduri perkahwinan hukumnya wajib.
Bagaimanapun, kalangan ulama berpendapat bahawa hukum wajib itu bergantung kepada syarat-syarat tertentu.
Pertama: Yang menjemput atau mengadakan kenduri perkahwinan itu orang Islam.
Kedua: Orang yang dijemput adalah me-nyeluruh tanpa mengira bulu atau kedudukan, yakni tidak membeza-bezakan yang kaya dan miskin.
Ketiga: Jemputan ke majlis perkahwinan itu dibuat secara khusus kepada setiap orang bukan secara umum, sama ada dengan cara menemuinya, melalui kad jemputan atau melantik wakil untuk menjemputnya. Sekiranya jemputan dibuat secara umum seperti berkata atau membuat iklan menjemput penduduk sesuatu tempat itu ke majlis itu, maka tidak wajib menghadiri jemputan berkenaan.
Keempat: Pada lahirnya segala perbelanjaan untuk mengadakan majlis itu daripada wang yang halal.
Kelima: Tidak terdapat di majlis itu orang yang menyakiti orang yang dijemput.
Keenam: Tidak ada di majlis itu sesuatu yang mungkar seperti arak atau majlis tari menari yang haram.
Ketujuh: Tidak ada jemputan yang lebih awal daripada itu.
Kelapan: Tiada sebarang keuzuran yang menghalangnya hadir.

Kesimpulannya, hukumnya wajib atas setiap orang yang mendapat jemputan ke majlis kenduri perkahwinan untuk menghadirinya jika tidak terdapat satu daripada perkara yang bercanggah dan bertentangan dengan syarat-syarat yang disebutkan.
Dengan menghadiri jemputan itu, kita dapat mengeratkan hubungan silaturrahim serta dapat menambah serta memupuk kemesraan, kerjasama, bantu membantu dan mengukuhkan perpaduan sesama kita.

Friday 12 March 2010

Keadilan Dalam Islam

ISLAM sangat memperhatikan Keadilan, dan mengajak ummat manusia kearah Keadilan. Keadilan merupakan salah satu sifat Allah S.W.T. Syariat Ilahi yang terkandung dalam al-Quranul karim (menggambarkan Keadilan yang sebenarnya.
Perhatikan beberapa firman Allah berkenaan Keadilan. Allah berfirman yang maksudnya:

"Wahai orang-orang yang beriman, jadilah kamu orang-orang yang benar-benar menegakkan Keadilan, menjadi saksi karena Allah, biarpun terhadap dirimu sendiri ataupun ibu bapamu dan kaum keluargamu. Jika ia kaya ataupun miskin, Allah lebih mengetahui keadaan keduanya, maka janganlah kamu mengikuti hawa nafsu, sehingga kamu tidak berlaku adil. Jika kamu memutar belikkan, atau engggan menjadi saksi, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui segala apa yang kamu kerjakan."
(Q.S.Annisak:135)

Keadilan Islam adalah Keadilan yang sebenarnya, tidak kira siapa, meskipun terhadap diri sendiri, ibu bapak, keluarga ,teman rapat ataupun terhadap musuh sekalipun kita dituntut supaya tetap berlaku adil. Tidak seperti kata peribahasa Melayu: bila tiba dimata dipicingkan, bila tiba diperut dikempiskan.
Pernah terjadi dimasa hayat Nabi Muhammad s.a.w. seorang yang terhormat dan mempunyai kedudukan yang tinggi telah melakukan kesalahan mencuri, maka datanglah beberapa orang menemui Nabi s.a.w. supaya orang tadi dibebaskan dari hukuman, maka Nabi s.a.w.bersabada:
"Sesungguhnya telah binasa orang-orang yang sebelum kamu yaitu sekiranya yang mencuri itu yang berpangkat tinggi, lalu mereka dibiarkan saja.Tetapi jika yang mencuri itu mereka yang lemah, lalu dengan segera dijatuhkan hukuman keatasnya. Demi Allah yang aku di dalam kekuasaan-Nya, kalaulah Fatimah binti Muhammad (anak nabi s.a.w. yang sangat dikasihi) mencuri, niscaya kukudungkan tangannya."

Inilah sebahagian kecil contoh berkenaan keadilan Islam yang tidak pandang bulu, meskipun terhadap diri sendiri ataupun keluarga sendiri, kita tetap mesti melaksanakan Keadilan, meskipun terhadap orang yang kita benci sekalipun kita dituntut supaya berlaku adil perhatikan firman Allah yang bermaksud:

"Hai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu menjadi orang-orang yang selalu menegakkan (kebenaran) karena Allah, menjadi saksi dengan adil dan janganlah sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum, mendorong kamu untuk tidak berlaku adil. Berlakulah adil, karena adil itu lebih dekat kepada taqwa. Dan bertaqwalah kepada Allah, seungguhnya Allah Maha Mengetahui apa-apa yang kamu kerjakan."
 (Q.S.al-Maidah:8)

Keadilan seperti inilah yang telah mengangkat nama baik ummat Islam pada zaman Rasulullah s.a.w. dan seterusnya pada zaman sahabat yang benar-benar melaksankan Keadilan mengikut ajaran Islam yang sebenarnya.
Islam melarang kita berlaku zalim terhadap sesiapa sahaja, meskipun terhadap musuh yang kita benci sekalipun.
Hal ini jelas dapat kita lihat, ketika Nabi s.a.w.dan ummat Islam memasuki kota Makkah dimana musuh telah menyerah kalah. Ramai dari mereka yang menyerah yang telah dimaafkan, dan dibebaskan, termasuk mereka yang berlaku kejam dan zalim terhadap ummat Islam, ketika mereka berkuasa.
Ketika itu tentera Islam masuk ke dalam Kota Makkah dengan mengucapkan takbir dan tahmid mensyukuri kemenangan yang telah diperoleh. Mereka dilarang melakukan apapun kerusakan seperti membunuh mereka yang lemah seperti wanita, kanak-kanak orang tua dan mereka; yang tidak melakukan perlawanan, malah tentera Islam dilarang memusnahkan pohon kayu. Inilah Keadilan yang telah membawa Rahmat bagi seluruh alam.
Rasulullah s.a.w. malah telah melaksanakan keadilan semenjak beliau masih muda lagi. Ketika hampir-hampir berlaku pertumpahan darah karena masing-masing golongan merasa diri ataupun suku mereka lebih berhak meletakkan hajaral aswad pada tempatnya di Kakbah. Pemuda calon Rasulullah s.a.w. ketika itu berusia 35 tahun.
Nabi s.a.w.meletakkan hajaral aswad di atas sehelai kain, dan meminta semua golongan ikut mangangkat bersama-sama sehingga dengan demikian semua pihak merasa puas hati.
Jadi Keadilan akan membawa kedamaian dan ketenteraman dalam asyarakat. Inilah sebahagian dari Keadilan Islam.

Sifat Amarah

NABI SAW dalam hadis diriwayatkan daripada Abu Hurairah, seorang lelaki datang kepada Nabi SAW lalu berkata: "Berwasiatlah kepadaku Ya Rasulullah. Lalu Baginda bersabda: Jangan engkau marah." Nabi SAW mengulanginya sebanyak tiga kali.
Setiap manusia ada mempunyai sifat marah, begitu juga haiwan. Seekor kucing yang jinak dan manja akan marah apabila kita menyakitinya dengan menarik ekornya beberapa kali.
Sifat sabar adalah penghalang daripada sifat marah. Bagaimanapun, kesabaran ada had dan batasnya kerana apabila sudah hilang sabar maka timbullah kemarahan.
Menurut Imam Al-Ghazali, sikap marah ialah nyalaan api bersumber daripada api Allah yang menyala dan menjulang tinggi sampai naik ke hati. Maka terpulang kepada seseorang untuk cepat marah, marah keterlaluan (marah tidak bertempat), marah pertengahan (mampu mengawal marahnya) atau tidak tahu marah.
Marah yang sederhana adalah marah terpuji, manakala tidak tahu marah adalah terkeji dan marah keterlaluan adalah termasuk dalam marah terkeji yang dilarang oleh Nabi SAW seperti sabdanya.
Marah keterlaluan dilarang Islam kerana mendatangkan kesan dan implikasi tidak baik kepada orang yang marah, juga orang kena marah. Disebabkan marah ada rumah tangga runtuh, kerana marah anak didera, pembunuhan berlaku, anak lari dari rumah, majikan ditetak pembantu rumah dan kerana marah orang saman-menyaman.
Menurut Imam Al-Ghazali, 10 punca menyebabkan sifat marah:
1- rasa bangga diri (sombong)
2- takjub kepada peribadi sendiri
3- suka bergurau senda yang ber lebihan dan melampaui batas
4- suka bercakap perkara sia-sia
5- suka membuat fitnah
6- suka berbantah-bantah dalam sesuatu perkara
7- khianat
8- tamak kepada harta dan pangkat
9- tidak dapat mengendalikan nafsu dan emosi dengki dan irihati.

Apabila seseorang itu marah maka pergerakan fizikalnya akan turut berubah. Api kemarahan semakin memuncak menyebabkan percakapannya menjadi kuat, kata-kata tidak teratur, bahasanya lucah, kasar dan bersifat menghina.
Orang yang marah akan merendah-rendahkan orang dimarah, muka dan matanya menjadi merah, badannya terketar-ketar, tangan dan kakinya menjadi ringan untuk memukul dan menghentam, akalnya pada waktu itu tidak digunakan secara betul, semua tindakan mengikut nafsu kemarahannya.
Bagi orang yang waras, tentu kita tidak sanggup melihat keadaan kita sewaktu marah jika ia dirakam dan ditayang semula untuk menontonnya. Bagi orang yang kena marah mungkin akan berdiam diri, kadang kala melawan dengan kata-kata atau kekuatan.
Marah turut berlaku kepada individu yang mempunyai kedudukan seperti orang agama berstatus ustaz, ustazah, tuan guru, dan ulama.
Marah yang dipuji adalah marah yang pertengahan, iaitu marah bertempat. Contohnya, seorang bapa marah kepada anaknya yang tidak mahu bersolat atau menutup aurat. Nabi SAW mengajar dalam sabdanya yang bermaksud:
 "Suruhlah anak kamu bersolat ketika berumur tujuh tahun dan pukullah mereka yang tidak mahu bersolat ketika berumur 10 tahun dan pisahkan mereka dari tempat tidur."

Marah kepada mereka yang memusuhi Islam sehingga kita boleh mengisytiharkan berperang. Begitu juga dalam mencegah kemungkaran, perlu ada marah.
Contoh paling hebat berlaku dalam sejarah ialah ketika Saidina Ali berada dalam satu peperangan di mana beliau hampir hendak memenggal leher musuhnya, tiba-tiba musuhnya itu meludah mukanya. Lalu Saidina Ali tidak jadi memenggal lehernya.
Maka musuhnya berasa pelik lalu bertanya kepada Saidina Ali mengapa tidak jadi membunuhnya. Maka Saidina Ali menjawab: "Aku takut bahawa aku membunuhmu bukan kerana Allah tetapi kerana marah kepada kamu kerana meludahku." Hebatnya Saidina Ali masih lagi menggunakan pertimbangan akal dan syariat walaupun ketika marah.

Sumber: Bahagian Dakwah Jabatan Agama Islam Selangor (Jais)

Wednesday 10 March 2010

Tanda Tanda Kematian


Adapun tanda-tanda kematian mengikut ulamak adalah benar dan ujud .Cuma amalan dan ketakwaan kita sahaja yang akan dapat membezakan kepekaan kita kepada tanda-tanda ini.
Rasulullah SAW diriwayatkan masih mampu memperlihat dan menceritakan kepada keluarga dan sahabat secara lansung akan kesukaran menghadapi sakaratulmaut dari awal hinggalah akhirnya hayat Baginda. Imam Ghazali rahimahullah diriwayatkan memperolehi tanda-tanda ini sehinggakan beliau mampu menyediakan dirinya untuk menghadapi sakaratulmaut secara sendirian. Beliau menyediakan dirinya dengan segala persiapan termasuk mandinya, wuduknya serta kafannya sekali cuma ketika sampai bahagian tubuh dan kepala sahaja beliau telah memanggil abangnya iaitu Imam Ahmad Ibnu Hambal untuk menyambung tugas tersebut. Beliau wafat ketika Imam Ahmad bersedia untuk mengkafankan bahagian mukanya.

Adapun riwayat -riwayat ini memperlihatkan kepada kita sesungguhnya Allah SWT tidak pernah berlaku zalim kepada hambanya. Tanda-tanda yang diberikan adalah untuk menjadikan kita umat Islam supaya dapat bertaubat dan bersedia dalam perjalanan menghadap Allah SWT. Walaubagaimanapun semua tanda-tanda ini akan berlaku kepada orang-orang Islam sahaja manakala orang-orang kafir iaitu orang yang menyekutukan Allah nyawa mereka iniakan terus di rentap tanpa sebarang peringatan sesuai dengan kekufuran mereka kepada Allah SWT.
Adapun tanda-tanda ini terbahagi kepada beberapa keadaan :

Tanda 100 hari sebelum hari mati.
Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka-mereka yang dikehendakinya.Walaubagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma samada mereka sedar atau tidak sahaja.
Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar. Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil.
Contohnya seperti daging lembu yang baru disembelih dimana jika diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar. Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka sedar dan berdetik di hati bahawa mungkin ini adalah tanda mati maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini.
Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian , tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang munafaat.
Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk memunafaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.

Tanda 40 hari sebelum hari mati
Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash Allah SWT.
Maka malaikatmaut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa.
Akan terjadi malaikatmaut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika.
Adapun malaikatmaut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.

Tanda 7 hari
Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba-tiba ianya berselera untuk makan.

Tanda 3 hari
Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu diantara dahi kanan dan kiri.
Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti.
Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi.
Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masukke dalam.
Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.

Tanda 1 hari
Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.

Tanda Akhir
Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum.
Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikatmaut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.

PENUTUP
Sesungguhnya marilah kita bertaqwa dan berdoa kepada Allah SWT semoga kita adalah di antara orang-orang yang yang dipilih oleh Allah yang akan diberi kesedaran untuk peka terhadap tanda-tanda mati ini semoga kita dapat membuat persiapan terakhir dalam usaha memohon keampunan samada dari Allah SWT mahupun dari manusia sendiri dari segala dosa dan urusan hutang piutang kita.
Walaubagaimanapun sesuai dengan sifat Allah SWT yang Maha Berkuasa lagi Maha Pemurah lagi Maha Pengasih maka diriwayatkan bahawa tarikh Mati seseorang manusia itu masih boleh diubah dengan amalan doa iaitu samada doa dari kita sendiri ataupun doa dari orang lain.
Namun ianya adalah ketentuan Allah SWT semata-mata. Oleh itu marilah kita bersama-sama berusaha dan berdoa semoga kita diberi hidayah dan petunjuk oleh Allah SWT serta kelapangan masa dan kesihatan tubuh badan dan juga fikiran dalam usaha kita untuk mencarikeredhaan Allah SWT samada di dunia mahupun akhirat.
Apa yang baik dan benar itu datangnya dari Allah SWT dan apa yang salah dan silap itu adalah dari kelemahan manusia itu sendiri.

Tanda Tanda Kiamat Semakin Hampir

Planet Nibiru
Tanda-tanda kiamat sudah dekat memang dah ada. Daripada Ali bin Abi Thalib r.a. Rasulullah s.a.w. bersabda: “ Apabila umat ku telah membuat limabelas perkara, maka bala pasti akan turun kepada mereka, iaitu
1. Apabila harta Negara hanya beredar pada orang-orang tertentu.
2. Apabila amanah dijadikan suatu sumber keuntungan .
3. Zakat dijadikan hutang
4. Suami memperturutkan kehendak isteri
5. Anak derhaka terhadap ibunya.
6. Sedangkan ia berbaik-baik dengan kawannya.
7. Ia suka menjauhkan diri daripada ayahnya.
8. Suara sudah ditinggikan di dalam masjid.
9. yang menjadi ketua satu kaum adalah orang yang terhina di antara mereka.
10. Seseorang dimuliakan kerana ditakuti kejahatannya.
11. khamar (arak) sudah diminum di merata tempat.
12. Kain sutera banyak dipakai oleh kaum lelaki.
13. Para artis disanjung-sanjung.
14. Muzik banyak dimainkan.
15. Generasi akhir umat ini melaknat (menyalahkan) generasi pertama (sahabat). Maka pada ketika itu hendaklah mereka menanti angin merah atau gempa bumi atau pun mereka akan dirobah menjadi makhluk lain. (Hadis Riwayat Tirmizi).
(Rujukan: Buku 40 Hadis tentang Peristiwa Akhir Zaman, susunan Abu Ali Al-Banjari An Nadwi).

Tentang hari kiamat, saya ingin kongsi tentang bencana yang akan timbul akibat Planet Nibiru. Saya salin artikel dalam www.kedai.com.my . Mungkin boleh difikirkan: “Untuk pengetahuan smua, sebuah planet bernama Nibiru atau planet x(oleh NASA) sedang melengkapkan putaran orbitnya yang berlaku setiap 3600 tahun. planet ini 100 kali ganda besar bumi dan sama besar dengan planet Jupiter (musytari). dijangkakan pada 23/12/2012 planet ini akan memberi kesan paling dahsyat kepada bumi dengan memutarkan kutub2 ke kedudukan terbalik (polar shifting) yang dijangkakan o NASA. bulan mei 2009 nanti planet ini akan jelas kelihatan oleh semua pnduduk bumi..so sama2 kita nantikan...

Mereka mengaitkan peristiwa ini seperti yang pernah berlaku banjir besar zaman Nabi Nuh AS dahulu..Planet ini tak menghentam bumi tapi tarikan gravitinya yang sangat kuat akan mengganggu bumi.ia hanya akan lalu diantara bumi dan matahari dimana kecerahannya berwarna kemerah-merahan seakan-akan anak matahari.(tanda besar kiamat? objek merah di langit kelihatan).
 AS dan negara2 barat lain sedang sibuk membuat persiapan menghadapi keadaan ini dengan membina beberapa penempatan sementara di banjaran2 gunung lengkap dengan makanan yang mampu bertahan 3 tahun kerana dianggarkan 2/3 penduduk bumi akan lenyap. Di Norway misalnya, mereka membina sebuah gudang menyimpan segala biji benih di sebuah bukit lengkap dengan ciri2 keselamatan dan dari ancaman bencana.
Benarlah kata2 Rasulullah satu hari nanti bumi akan hancur dan satu zaman dipanggil back to ancient berlaku di mana segala teknologi pupus dan manusia akan kembali seperti zaman purba, berperang dengan pedang cara kuno. jadi bersedialah kita umat islam...ALLAHHUAKBAR. “
Saya terbaca bahawa ada hadis mengatakan umat Muhammad akan ada di muka bumi selama 1500 tahun. Tahun ini 1431 H. Kalau begitu, ikut kiraan kasar begitu , mungkin tak lama lagi Kiamat. Namun hakikatnya, semuanya dalam pengetahuan Allah. Tidak ada yang mengetahui bila terjadinya kiamat kecuali Allah.
 Firman Allah maksudnya “ (Orang-orang kafir) bertanya kepadamu (Muhammad) tentang hari berbangkit, bilakah terjadinya? Siapakah kamu (maka) dapat menyebutkan (waktu)nya? Kepada Tuhanmulah dikembalikan kesudahannya (ketentuan waktunya). Kami hanyalah pemberi peringatan bagi siapa yang takut kepadanya (hari berbangkit). (Surah an-Naaziaat: 42 – 45).

Wednesday 3 March 2010

Ujian Dari Allah

Ujian adalah guru yang tidak bercakap, tetapi ia sangat mengajar dan mendidik. Ujian terkecil apalagi terbesar adalah takdir Allah. Yang mempunyai maksud tertantu. Kerana jahilnya kita, apabila ditimpa ujian samada secara langsung dari Allah atau melalui orang lain, kita mula elatah. Terasa Allah tidak adil, sengaja hendak menyusahkan kita. Atau kita menyalahkan orang yang mendatangkan ujian tersebut. Hati berdendam hati buruk sangka pada Allah yang mendatangkan ujian itu.

Allah Maha Pengasih; jauh sekali Allah takdirkan ujian hanya untuk menyusahkan hamba-Nya. Marilah kita sama-sama cungkil hikmah di sebalik ujian yang ditimpakan. Ujian sebenarnya melatih kita untuk mendapatkan sifat-sifat yang terpuji. Sabar, redha, tawakkal, baik sangka, mengakui diri sebagai hamba yang lemah, mendekatkan diri dengan Allah, harapkan ertolongan Allah, merasai dunia hanya nikmat sementara dan sebagainya. Berasa diri berdosa adalah juga sifat terpuji. Sebab itu bagi orang yang sudah banyak melakukan dosa atau lalai daripada mengingati Allah, maka Allah datangkan ujian kesusahan kepadanya. Supaya hamba-Nya tadi tidak tenggelam dalam dosa dan noda. Kadangkala Allah dedahkan dosa yang dilakukan hingga ramai orang tahu. Bukan untuk menghinakan kita tetapi untuk memberi ingatan supaya kita bertaubat. Dan tidak meneruskan perbuatan dosa itu sehingga bila-bila Ujian juga bermaksud qisas (pembalasan) ke atas dosa-dosa kita. Setiap perbuatan dosa mesti dihukum, samada di dunia atau di akhirat (kecuali kita telah bertaubat sungguh-sungguh sehingga Allah mengampunkan dosa itu).

Bagi orang yang Allah kasih, di dunia lagi Allah hukum, tidak di akhirat. Yakni dengan didatangkan kesusahan, penderitaan, kesakitan, kemiskinan, kehilangan pengaruh dan sebagainya. Sekiranya kita boleh bersabar dan redha, maka itulah ganjaran pahala untuk kita. Sebaliknya kalau kita tidak boleh bersabar dan tidak redha, malah merungut-rungut, mengeluh dan memberontak, hanya akan menambahkan lagi dosa kita. Begitulah Allah Yang Maha Pengasih kepada hamba-hambanya, tidak mahu hukum kita di akhirat, kerana penderitaan di Neraka berpuluh-puluh kali ganda lebih dahsyat daripada penderitaan di dunia. Sekiranya kita telah dihukum di dunia lagi, kita patut bersyukur kerana apabila kembali ke akhirat, kita telah bersih daripada dosa. Adakalanya, kita ditimpakan kesempitan hidup. Sengaja Allah takdirkan demikian kerana Allah sayang pada kita. Allah hendak melatih kita menjadi orang yang bersabar dan redha dengan takdir-Nya. Mungkin kita akan sombong dan bakhil kalau dikurniakan harta melimpah ruah, maka Allah didik kita dengan kemiskinan.

Apabiala kita diuji dengan kesakitan, Allah mahu memberitahu kita bahawa bagitulah susah dan menderitanya orang yang sedang sakit. Semoga kita menjadi orang yang bertimbang rasa; menziarahi dan membantu mereka yang menderita sakit. Orang yang sedang sakit, hatinya mudah terusik. Sesiapa saja yang datang dan memberi nasihat, InsyaAllah mudah diterimanya. Bagaimana pula kalau kita diuji dengan kematian orang yang paling kita sayangi. Ujian ini sangaja didatangkan agar terasalah kita ini lemah; tiada kuasa untuk menolak etentuan Allah. Akan tertanamlah rasa kehambaan di dalam hati, sekaligus membuang rasa bangga diri. Begitulah, sebenarnya Allah mahu kita sentiasa beringat-ingat. Agar dengan ujian itu, kita sebagai hamba akan datang untuk mengadu, mengharap, merintih belas ihsan, dan sentiasa merasakan hanya Allah tempat meminta segala-galanya. Ujian juga adalah untuk menilai sejauh mana keyakinan kita kepada Allah. Semakin diuji sepatutnya semakin bertambah iman kita, dan semakin hampir kita dengan Allah. Firman Allah dalam surah Al Imran; 142 yang bermaksud:

“Apakah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga, pada hal belum nyata bagi Allah orang-orang yang berjihad di antara kamu dan belum nyata orang-orang yang bersabar.”

Firman Allah dalam Surah Az Zumar;10 yang maksudnya:
“Sesungguhnya diberi ganjaran orang sabar dengan pahala tanpa hisab.”

Allah takdirkan ujian demi ujian untuk memberi peluang kepada kita mendapatkan pahala sabar. Barangsiapa yang sabar dan redha tanpa mengeluh, merungut atau syurga. Oleh itu, apa salahnya Allah uji kita kerana hendak menyelamatkan kita di akhirat kelak! Berbeza pula halnya dengan ujian yang ditimpakan ke atas para Rasul, para nabi, wali-wali dan kekasih-kekasih Allah. Ujian ke atas mereka bermaksud untuk meninggikan darjat dan kedudukan mereka di sisi Allah. Sebab itu ujian yang mereka hadapi berat-berat belaka. Tatkala Rasulullah berdakwah ke Taif, masyarakat Taif bukan sahaja tidak menerima dakwah baginda, malah mencaci, menghina dan melempari baginda dengan batu dan najis. Para malaikat menawarkan diri untuk menghapuskan orang-orang yang berlaku durjana kepada baginda. Tetapi dengan tenang, baginda menjawab:

�“Biarkan mereka, jangan diapa-apakan mereka kerana mereka tidak tahu, mereka masih jahil.”

Demikianlah, orang-orang yang tinggi taqwa dan keimananya; tidak mengeluh apabila diuji. Berbeza dengan golongan orang awam seperti kita ni, apabila diuji kita mudah jahat sangka dengan Allah dan berdendam dengan orang yang mendatangkan ujian kepada kita. Walhal bukan orang itu yang hendak menyusahkan kita, tetapi hakikatnya Allah. Allah yang hendak uji kita, menggunakan orang itu sebagai perantaraan. Jadi, tanyalah Allah kenapa kita diuji….

Marilah kita lihat bandingannya. Katalah suatu ketika guru besar mengarahkan ketua murid merotan seorang murid yang melanggar disiplin sekolah. Apa reaksi murid yang dirotan itu? Kalau dia seorang yang insaf dan tahu diri, ia segera terfikir akan kesalahan yang dilakukannya, mungkin dia berazam untuk tidak mengulanginya lagi. Itulah murid yang cerdik, dia sedar hikmah di sebalik dia dirotan. Tetapi bagi murid yang tidak mahu berfikir, sudahlah tidak mahu mengaku kesalahannya, dia berdendam pula kepada ketua murid atau guru besar yang merotannya. Mengapa harus berdendam? Ketua murid hanya menjalankan tugas. Guru besar pula menjalankan keadilan; yang bersalah tidak dihukum, tidak ada jaminan yang dia tidak mengulangi kesalahannya. Kalau begitu, murid yang bersalah itu layaklah dirotan. Begitulah halnya dengan Allah yang Maha Pengasih. Berbagai-bagai cara Allah gunakan untuk mendidik kita.Diberikan-Nya ujian demi ujian sebagai peringatan kepada kita. Tetapi sedikit sekali yang mencari hikmah dan mengambil iktibar daripada ujian yang ditimpakan. Malahan ujian membuatkan kita bertambah jauh dari Allah; mengeluh dan menyesali takdir Allah. Marilah kita menyedari akan kesilapan kita selama ini. Terimalah sagala ujian yang besar mahupun yang kecil sebagai satu didikan terus dari Allah. Dan ingatlah, andaikata kita diuji, kita masih wajib bersyukur kerana masih ada 1001 jenis nikmat lain yang Allah kurniakan kepada kita! Jadi mengapa mesti merungut ketika diuji?

Tuesday 2 March 2010

Daripada Manakah Bermula Akhlak

Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. dibangkitkan oleh Allah S.W.T. kepada umat ini selain daripada untuk menyeru umat kepada mengabdikan diri kepada Allah S.W.T. semata-mata. Baginda juga diutuskan untuk memperbaiki akhlak umat ini. Dengan ini akhlak merupakan suatu perkara yang penting dalam kehidupan manusia, bahkan kemuliaan dan penghormatan satu-satu bangsa atau umat adalah kerana akhlaknya.
Menghormati kedua ibu-bapa serta beradab terhadap mereka berdua merupakan titik tolak kemuliaan akhlak bagi seseorang. Ini kerana merekalah yang sanggup bersusah payah semenjak dalam kandungan sehinggalah pada saat kelahirannya. Allah S.W.T. mewajibkan ke atas kita menggauli kedua ibu bapa dengan suatu pergaulan yang khusus serta berbeza dengan pergaulan kita terhadap orang lain.

Firman Allah S.W.T. yang bermaksud:
"Dan Tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah selain Dia dan hendaklah kamu berbuat baik terhadap dua ibu-bapa kamu dengan sebaik-baiknya. Jika salah seorang daripada keduanya atau kedua-duanya sampai kepada usia yang lanjut dalam pemeliharaanmu, maka janganlah sekali-kali kamu mengatakan kepada keduanya perkataan ah dan janganlah kamu membentak mereka dan ucapkanlah kepada mereka perkataan yang sopan dan mulia."
(Surah al-Isra’ 17:23-24)

Seorang anak sama ada lelaki atau perempuan hendaklah bercakap dengan kedua ibu-bapa mereka dengan lemah-lembut, beradab sopan serta berkasih sayang. Begitu juga hendaklah menjauhi daripada perkataan yang buruk serta tidak baik yang mana boleh membuatkan kedua ibu-bapa itu tidak senang serta tidak selari dengan hati, serta hendaklah anak-anak itu berusaha melakukan perkara yang boleh menggembirakan hati mereka berdua itu. Jika ibu-bapa berdua itu sangat memerlukan kepada nasihat agama, maka menasihatilah mereka dengan lemah-lembut serta beradab.

Begitu juga bersopan atau bermoral terhadap saudara mara atau ukhuwah, jiran tetangga, dan manusia pada umumnya, sama ada dalam kenderaan, tempat kerja, dan sebagainya adalah termasuk akhlak mulia. Ini adalah kerana manusia itu mempunyai dua hubungan iaitu hubungan dengan Allah S.W.T. dan hubungan sesama manusia. Tidak sempurna hubungan kita kalau semata-mata baik hubungan hanya dengan Allah S.W.T. tanpa manusia dan begitu juga sebaliknya. Bahkan hendaklah kedua-dua hubungan itu seimbang atau seirat di antara satu sama lain. Allah S.W.T. sentiasa memberkati mereka yang menghayati nilai akhlak dalam kehidupannya. Jika pelajar sentiasa menghayati akhlak mereka akan memperolehi kecemerlangan dalam pencapaian akademik kerana akhlak dapat mengesan serta memandu seseorang pelajar ke arah kemajuan dan cemerlang serta mencapai keberkatan Allah S.W.T.

Ajaran Sesat Di Malaysia

Jika ada didalam sesuatu ajaran itu seperti dibawah ini, ia adalah diwartakan sebagai Ajaran Sesat. :-Ciri-ciri ajaran sesat
1) Guru atau pengikut membuat pengakuan menerima wahyu.
2) Guru membuat pengakuan memegang kunci pintu syurga.
3) Mengaku bahawa gurunya sebagai nabi atau malaikat.
4) Mempercayai roh orang mati menjelma ke dalam jasad orang hidup.
5) Amalan seperti zikir boleh menangguhkan kiamat.
6) Pengikut tarekat mereka sahaja dijamin masuk syurga.
7) Mempunyai bahawa guru mereka boleh menebus dosa dengan wang.
8) Mempercayai bahawa semua agama adalah sama.
9) Mempercayai ada lagi nabi selepas nabi Muhammad.
10) Penyerahan rohani / jasmani kepada guru melalui nikad batin.
11) Meminta pertolongan daripada orang yang telah mati.
12) Mempercayai bahawa dirinya atau pengikutnya sahaja yang layak mendapat ma'unah (pertolongan) Allah.
13) Mengaku Allah menjelma dalam dirinya.
14) Mendakwa bahawa dirinya sebagai wakil nabi, boleh memberi sysfaat kepada muridnya.
15) Mendakwa bahawa wahyu turun selepas wafatnya Nabi Muhammad.
16) Mendakwa bahawa ajaran tarekatnya diterima terus dari Rasullullah secara jaga.
17) Mempercayai bahawa orang mati boleh memberi pertolongan apabila diseru namanya.
18) Mempercayai bahawa orang tertentu tidak mati dan akan lahir semula sebagai Imam Mahdi.
19) Mengaku dan mempercayai bahawa seseorang itu boleh berhubung terus dengan Allah melalui Nur Muhammad yang ada dalam dirinya.
20) Boleh memanggil roh orang mati dalam amalan menurun oleh bomoh atau tukang sihir.
21) Memansuhkan Syariah islam dan mengadakan syariat baru.
22) Meninggalkan sembahyang Jumaat keraan mengamalkan suluk.
23) amalan haji tidak semestinya di mekah, di tempat lain juga boleh.
24) Huruf huruf dalam kalimah hanyalah lambang.
25) Mempercayai bahawa bacaan2 seorang guru ke atas sesuatu benda seperti batu, gunung dan lain2 boleh memberikan kesan baik atau buruk.
26) Mengagung agungkan keturunan Yahudi sebagai kaum baik dan perlu dicontohi.
27) Mengaku diri sebagai Nabi Isa.
28) Mengaku diri sebagai Imam Mahdi.
29) mendakwa menjadi wali sedangkan dirinya bergelumang dalam maksiat.
30) Mengaku tahu perkara2 ghaib dan menilik nasib sesaorang.
31) Mengaku dirinya atau gurunya maksum
32) Menghalalkan nikah adik beradik
33) Mematuhi dengan buta tuli ajaran gurunya walaupun gurunya itu melakukan kesalahan an dosa.
34) Setiap murid dikehendaki menyerahkan diri, anak, isteri dan harta benda kepada gurunya.
35) Guru mendakwa bahawa tugas tugas Rasul diamanat kepadanya.
36) Islam sesaorang itu tidak sah jika tidak diislamkan oleh gurunya.
37) Semua manusia boleh melihat Allah di dunia ini.
38) Mendakwa melalui tarekatnya Allah menurunkan Nur (cahaya) di dalam badan Nabi adam turun menurun di dalam badan semua Nabi nabi dan seterusnya ke dalam badan Imam imam (Syiah) dan guru guru hinga kiamat.
39) Sebelum naik haji ke Mekah hendaklah bersuluk di panca Budi Medan atau di Medan sahaja.
40) Syeikh atau gurunya mendakwa mempunyai mukjizat.
41) Mendakwa dirinya sebagai penjelmaan sahabat sahabat nabi s.a.w.
42) Bersemadi di tempat tempat gelap memusatkan fikiran kepada satu satu hajat.
43) Jika ada kemusykilan dalam satu satu ajaran, murid dilarang berbincang sesama sendiri tetapi hendaklah dirujuk kepada guru.
44) Boleh meramalkan kedatangan Imam mahdi dan kiamat.
45) Pengikut boleh menerima kuasa luar biasa dari guru.
46) Pengikut pengikut lelaki dan perempuan dikehendaki diuji dalam bilik khas dan bersumpah tidak akan menceritakan kepada sesiapapun apa yang terjadi dengan guru dalam bilik itu.
47) Pengikut tidak boleh berkahwin dengan bukan pengikut ajaran itu.
48) Pengikut diwajibkan merahsiakan ajaran kalu tidak akan ditimpa bala.
49) Sembahyang tidak perlu berjemaah dan tidak perlu mengadap kiblat.
50) Gurunya mengaku Imam mahdi dan muridnya yang kanan Nabi Isa.
51) Nikah mengikut syariat hanyalah mengikut adat sebab itu dikehendaki dinikahkan sekali lagi dengan nikah batin.
52) Percaya kepada makhluk makhluk seperti kayu bata dan dan kuasa ghaib.
53) Perbuatan maksiat seperti judi, zina dan minum arak serta segala bentuk dosa boleh dilakukan oleh guru tarekatnya dan boleh dapat jaminan ampun dari Allah ke atas dosa pengikutnya.
54) Murid murid tidak boleh mengahwini wanita wanita yang diminati oleh gurunya.
55) Murid murid tidak boleh mengahwini janda gurunya.
56) Ibadat sembahyang berpada dengan "niat" (terlintas dihati) sahaja.
57) Menghalalkan sesuatu yang diharamkan oleh Allah.
58) Quran mempunyai makna makna batin itulah sebenar keramat.
59) Makna Quran yang zahir itu kulit sahaja tidak berguna.
60) Islam itu ada zahir dan batin; Zahir itu kulit dan batin itu isi, bila dapat isi kulit tidak berguna lagi.
Berikut adalah senarai ajaran yang telah diwartakan sesat diMalaysia oleh Majlis Ugama Islam Malaysia.
1. Nasrul Haq 2. Budi Suci 3. Al-Watan 4. Budi Suci Sejati 5. Jawa Faradin 6. Silat Sunda Pukulan Ghaib 7. Tusuk Hikmat 8. Ilmu Kebatinan 9. Potong Maya 10. Naluri 11. Kaula 12. Haqqullah Syahadah 13. Rampai 14. Wali Suci 15. Kalimat Sakti 16. Silat Pukulan Jarak Jauh 17. Ilmu Tenaga Dalam Hikmat 18. Zikir Sha`ban Islam Haq 19. Asal Wujud Garis Laksmana 20. Al-Ma`zat 21. “Trancendentel Meditation”- Maharisi Mahish Yugi 22. Ilmu Kebatinan 23. Abdul Manan bin Harun- Tolak Hadis 24. Ilmu Mentauhidkan Allah oleh Nasrun S.T.Qahar 25. Kumpulan Ikhwan/al-Mas 26. Kuasa Ghaib ( Tahan Diri) 27. Mohd Nordin Putih 28. Nasrun S.T.Qahar 29. Roslan Katimun atau Ajaran Wali Sembilan 30. Tariqat Naqsyabandiyah Kadirun Yahya 31. Wali Sembilan 32. Khatijah binti Ali @ Puan Tijah 33. Syed Mutalib bin Syed Mohd Nordin 34. Ajaran Mohd Seman Al-Banjari 35. Al-Arqam 36. Golongan Anti Hadis 37. Ajaran yang disampaikan oleh Juruzon bin Abdul Latif atau dikenali #juga sebagai (Hj) Ahmad al-Walidie (Pak Su) 38. Syiah 39. Ajaran Hj. Ghazali Othman Hulu Kelang 40. Ajaran Hj.Kadar Ahmad 41. Ajaran Ilmu Tajalli Ahmad Laksamana 42. Ajaran ilmu Hakikat@ Jahar Dumin Hulu Langat 43. Tarikat Mufaridiah44. Ajaran Hassan Anak Rimau 45. Tarikat Aurad Ismailiah 46. Ajaran Martabat Tujuh 47. Tarikat Samaniah Ibrahim Bonjol 48. Ajaran Sulaiman (Bahtera Nabi Noh) 49. Ajaran Ilmu Hakikat Hassan bin Jonit 50. Ajaran Ahmadiah/ Qadiani 51. Ajaran Mohd Nor Seman 52. Ajaran Ayah Pin 53. Ajaran Bahai 54. Al-Ma`unah 55. Ajaran Azhar Wahab 6. Ajaran Hj.Banuar 57 Ajaran Sesat Lia Eden
Sumber Dari: JAKIM:Bhg Penyelidikan.JAKIM : Bhg Penyelidikan
Kebanyakan Ajaran ajaran ini berada di Wilayah Persekutuan. selainnya di negeri Selangor , Kelantan , Negeri Sembilan , Kedah , Terengganu ,Melaka , Pulau Pinang , Johor , Perak , Serawak , Perlis Pahang danSabah.
Bagi mereka yang terlibat secara langsung atau tidak dengan mana mana perkara dan kumpulan di atas segeralah bertaubat "NASUHA"

Mekah Seperti Las Vegas?






















Makkah sekarang sudah seperti Las Vegas, " begitulah pernyataan yang dilontarkan Ali al-Ahmad, direktur Institute for Gulf Affairs-lembaga riset oposisi Saudi- yang berbasis di Washington, melihat perkembangan kota suci Makkah saat ini.
Kota Makkah yang menyandang sebutan kota suci dan menjadi pusat ibadah haji umat Islam di seluruh dunia, ketenangan dan kekhusyuk-annya makin terkikis, Ka'bah yang terletak di tengah masjid Haram dan menjadi arah sholat Muslim sedunia, semakin tenggelam oleh berdirinya gedung-gedung tinggi.
Menurutnya, perkembangan kota Makkah sekarang adalah sebuah bencana. "Hal ini akan memberikan pengaruh buruk bagi umat Islam. Ketika mereka ke Makkah mereka tidak punya perasaan apapun, tidak ada keunikan lagi. Apa yang anda lihat cuma semen dan kaca, " ujar Ahmad serius.Ahmad cukup beralasan melontarkan pernyataannya itu, karena kota Makkah saat ini makin penuh dengan bangunan-bangunan tinggi mulai dari hotel, pusat perbelanjaan dan toko-toko besar yang menjual produk Barat. Sebut saja kedai kopi Starbucks, Cartier and Tiffany, H&M dan Topshop.
Pusat perbelanjaan Abraj Al-Bait ( http://www.abrajalbait.com/ ), salah satu mall terbesar di Saudi yang baru dibuka menjelang musim haji bulan Desember 2006 kemarin, nampak megah dengan monitor-monitor television flat, cahaya lampu-lampu neon, dengan pusat hiburan, restoran-restoran makanan segera , bahkan toko pakaian dalam.
Pusat perbelanjaan itu, nantinya juga akan dilengkapi dengan kompleks hotel yang menjulang tinggi. Bahkan kompleks bangunan yang rencananya selesai tahun 2009 nanti, akan menjadi gedung tertinggi ketujuh di seluruh dunia, dilengkapi dengan fasilitas rumah sakit dan tempat sholat yang luas.
Seluruh pegunungan di dekat Jabal Omar, kini sudah diratakan. Di lokasi itu juga akan dibangun kompleks hotel dan lebih dari 130 gedung-gedung tinggi baru.Kota Makkah yang menyandang sebutan kota suci dan menjadi pusat ibadah haji umat Islam di seluruh dunia, ketenangan dan kekhusyuk-annya makin terkikis, Ka'bah yang terletak di tengah masjid Haram dan menjadi arah sholat Muslim sedunia, semakin tenggelam oleh berdirinya gedung-gedung tinggi.
"Ini adalah akhir dari Makkah, " kata Irfan Ahmad dari London, pendiri Islamic Heritage Foundation, yang secara khusus aktivitasnya mempertahankan peninggalan-peninggalan bersejarah di Makkah, Madinah dan tempat-tempat lainnya di Arab Saudi."Sebelumnya, bahkan pada masa Ustmani, tak satu pun gedung-gedung di Makkah yang tingginya melebihi tinggi Masjid Haram.
Sekarang, banyak gedung yang lebih tinggi dari Masjid Haram dan tidak menghormati keberadaan masjid itu, " tukas Irfan.Uang, tentu saja menjadi motivasi utama boomingnya gedung-gedung tinggi di Makkah. Karena setiap tahun, kota itu dibanjiri oleh para jamaah haji. Papan-papan iklan di sepanjang jalan menuju Makkah, seolah menjadi daya tarik bagi para investor yang mencari keuntungan dari usaha penginapan.Sejumlah organisasi Islam mengatakan, berdirinya gedung-gedung megah di kota Makkah, juga dilatarbelakangi motif agama. Mereka menuding pemerintah Saudi mengizinkan kelompok konservatif untuk menghancurkan tempat-tempat bersejarah dengan alasan khawatir tempat itu justeru disembah-sembah oleh para pengunjung.
Ahmad dari Islamic Heritage Foundation mengaku punya kalatog lebih dari 300 tempat-tempat bersejarah di Arab Saudi, termasuk pemakaman dan masjid-masjid. Ia mengatakan, sebuah rumah tempat Nabi Muhammad dilahirkan dihancurkan untuk membangun tempat kamar mandi.
"Sama sekali tidak menghormati Kabah, tidak menghormati rumah Tuhan atau lingkungan dari tempat-tempat bersejarah itu, " kata Sami Angawi, seorang arsitek Saudi yang ingin mempertahankan peninggalan bersejarah di Makkah.
"Padahal, memotong pohon saja seharusnya tidak boleh dilakukan di kota ini, " sambungnya.

Kemajuan kadang memang harus dibayar mahal. Bahkan pasar malam, di mana para jamaah bisa menjual barang-barang yang dibawanya, kini sudah tidak ada lagi. Begitu juga dengan keluarga-keluarga di Makkah yang biasa menyambut para jamaah haji, sudah tidak terlihat lagi sejak rumah-rumah mereka digusur untuk perluasan Masjid Haram di era tahun 1970-an.Angawi kini berusaha melakukan pendekatan pada kerajaan Arab Saudi agar memberi perhatian besar atas penghancuran tempat-tempat bersejarah. Ahmad melobi pemerintah-pemerintah negara Asia dan Arab untuk menghentikan penghancuran yang dilakukan pemerintah Saudi
Kedua tokoh ini menyayangkan kurangnya kepedulian umat Islam atas isu-isu ini. Kepentingan bisnis dan uang mengalahkan segala-galanya."Makkah tidak pernah berubah seperti sekarang ini. Apa yang anda lihat sekarang baru 10 persennya saja dari apa yang akan ada, yang akan jauh lebih, lebih buruk lagi, " kata Angawi risau. (ln/IHT/eramuslim)

Mekah- Pembangunannya Merosakkan Sejarah?





















Arab Saudi, seperti juga negara-negara lain yang bergelimang harta, terus melakukan modernisasi. Selain secara pemikiran, seperti diangkatnya seorang perempuan dalam jajaran kementrian di negara itu, juga pembangunan fisik pun dilakukan. Tetapi, pengembangan Arab Saudi, khususnya kota suci Makkah dan Madinah akhir-akhir ini tidak memedulikan situs-situs sejarah Islam. Makin habis saja bangunan yang menjadi saksi sejarah Rasulullah SAW dan sahabatnya.
Bangunan-bangunan itu dibongkar karena berbagai alasan, namun sebagian besar karena ingin menyesuaikan dengan kota-kota besar di dunia lainnya. Bahkan sekarang, tempat kelahiran Nabi SAW terancam akan dibongkar untuk perluasan tempat parkir. Sebelumnya, rumah Rasulullah pun sudah lebih dulu digusur. Padahal, disitulah Rasulullah berulang-ulang menerima wahyu. Di tempat itu juga putra-putrinya dilahirkan serta Khadijah meninggal.
Beberapa bulan yang lalu, Sami Angawi, pakar arsitektur Islam di wilayah Arab mengatakan bahwa beberapa bangunan dari era Islam kuno terancam musnah. Pada lokasi bangunan berumur 1.400 tahun Itu akan dibangun jalan menuju menara tinggi yang menjadi tujuan ziarah jamaah haji dan umrah.
Jamarat Project - dalam tahap penyelesaian“Saat ini kita tengah menyaksikan saat-saat terakhir sejarah Makkah. Bagian bersejarahnya akan segera diratakan untuk dibangun tempat parkir,” katanya kepada Reuters. Angawi menyebut setidaknya 300 bangunan bersejarah di Makkah dan Madinah dimusnahkan selama 50 tahun terakhir.
Bahkan sebagian besar bangunan bersejarah Islam telah punah semenjak Arab Saudi berdiri pada 1932. Hal tersebut berhubungan dengan maklumat yang dikeluarkan Dewan Keagamaan Senior Kerajaan pada tahun 1994.Nasib situs bersejarah Islam di Arab Saudi memang sangat menyedihkan. Mereka banyak menghancurkan peninggalan-peninggalan Islam sejak masa Ar-Rasul SAW.
Semua jejak jerih payah Rasulullah itu habis oleh modernisasi. Sebaliknya mereka malah mendatangkan para arkeolog (ahli purbakala) dari seluruh dunia dengan biaya ratusan juta dollar untuk menggali peninggalan-peninggalan sebelum Islam baik yang dari kaum jahiliyah maupun sebelumnya dengan dalih objek wista.
Kemudian dengan bangga mereka menunjukkan bahwa zaman pra Islam telah menunjukkan kemajuan yang luar biasa, tidak diragukan lagi ini merupakan pelenyapan bukti sejarah yang akan menimbulkan suatu keraguan di kemudian hari.

Monday 1 March 2010

Anwar Tidak Perlu Bersumpah-Mufti

Ulama terkemuka di Malaysia seperti Mufti Perak, Dato’ Seri Harussani Zakaria, bekas Mufti Wilayah Persekutuan, Dato’ Hashim Yahaya dan beberapa yang lain menegaskan, Dato’ Seri Anwar Ibrahim tidak perlu bersumpah.
Dato’ Seri Harussani membuat penegasan itu berkata, Anwar yang dihadapkan pertuduhan melakukan liwat, tidak perlu bersumpah atau bermubahalah kerana ianya tidak menepati undang-undang Islam.
Ini kerana katanya, tuduhan yang dikenakan ke atas beliau oleh bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari Azlan adalah dakwaan jenayah yang termasuk dalam hukum kazaf.
“Kaedahnya dalam kes ini, ialah ‘orang yang menuduh mestilah mengemukakan bukti’ dalam mahkamah, jika dia gagal mengemukakan bukti, dia boleh dikenakan hukuman hudud,” katanya ketika dihubungi sebentar tadi.
Mengulas mengenai cadangan beberapa pihak termasuk Mufti Perlis yang menggesa Ketua Umum KeADILan itu bersumpah untuk membuktikan beliau benar atau pun tidak, Harussani secara sinis mengatakan, “itu cadangan dari orang yang terlebih pandai.”
Katanya, masalahnya dalam kes membabitkan Anwar adalah perkara yang menjatuhkan maruah dan tidak timbul soal perlunya orang yang mendakwa atau tertuduh untuk bersumpah.
Mufti Perak itu turut memberi peringatan kepada umat Islam, khususnya orang-orang Melayu supaya tidak terikut-ikut dengan budaya agama lain yang bersumpah dengan kitab dan sebagainya.
“Tiada kaedah langsung kena sumpah dengan al-Quran, itu meniru budaya agama lain, sumpah yang ada dalam Islam cuma ‘Wallahi, Wabillahi, Watallahi’,” tegasnya.
Menyuarakan pandangan yang sama, bekas Mufti Wilayah Persekutuan, Dato’ Hashim Yahaya berkata, kes yang dituduh kes atas Anwar adalah yang membabitkan hukum kazaf, bukannya li’an.
“Sumpah hanya diterima dalam kes suami isteri atau li’an. Menyuruh tertuduh bersumpah dalam kes membabitkan kazaf menyalahi hukum syarak,” tegasnya ketika dihubungi.
Menurut beliau, masyarakat Islam tidak harus dikelirukan dengan gesaan bersumpah, kerana sumpah bukannya sesuai dalam semua perkara.
“Isunya tidak ada sumpah dalam bab kazaf, orang yang menuduh (Saiful) mesti membawa saksi sebagaimana yang disyaratkan dalam kanun jenayah syariah, jika dia gagal, dia boleh dikenakan hukuman 80 sebatan,” tegas beliau.

Unsur Shubaah Dalam Pekerjaan

Pekerjaan 1:
Rasulullah Sallallhu 'alaihi Wasallam pernah bersabda yang bermaksud:
"Allah telah melaknat arak, peminum arak, pembawa arak, pembeli arak, penjual arak, pembuat arak, orang yang minta dibuatkan arak, tukang angkat arak, dan orang yang diangkatkan arak kepadanya" (H.R. Abu Daud).

Ada 12 perkara yang terkena atas hukum itu sebagaimana yang disebutkan dalam al-Zawajir, iaitu meminumnya, memerahnya, minta diperahkan, membawanya, minta dibawakan, memberi minum, minta diminumkan, menjual, membeli, minta dibeli dan minta dijualkan, memakan harganya, menyimpan dan memilikinya. Daripada dalil ini jelas menunjukkan bahawa tiada ruang untuk melonggarkan hukum arak ini. Ini termasuklah orang yang memberi sokongan dalam apa jua bentuk terhadap industri berkenaan. Sedikit atau banyak ia tetap dikira bersubahat.
Oleh itu, hendaklah dicari pekerjaan yang bersih daripada unsur-unsur yang dilarang ini supaya kita terselamat daripada memakan yang syubhah dan haram.
Rasulullah Sallallahu 'alaihi Wasallam pernah bersabda yang bermaksud:
"Mencari yang halal adalah wajib atas setiap Muslim" (H.R. Thabrani dan Dailami)

Pekerjaan 2:
Riba adalah satu unsur dalam muamalah yang diharamkan. Ia dikategorikan sebagai satu dosa besar yang boleh menghilangkan berkat daripada individu dan masyarakat. Syariat Islam memerintah supaya setiap umat Islam berusaha menentang dan menghapuskan maksiat.
Oleh itu, segala bentuk kerjasama termasuk sokongan moral terhadap hal-hal dosa dan maksiat adalah haram. Orang Islam yang bekerja di bank konvensional yang mengamalkan riba' sedangkan dia mampu mendapat pekerjaan lain maka hendaklah dia bekerja di tempat lain itu, bukan di bank berkenaan supaya terjauh daripada perkara-perkara syubhah yang membawa kepada haram.
Andainya seorang Muslim tidak memperolehi pekerjaan selain di bank berkenaan, maka bolehlah dia terus bekerja atas dasar pekerjaannnya itu adalah dalam keadaan bersangatan hajat (sekadar yang diperlukan) dengan harapan dapat melepaskan diri dari yang haram dan terbuka baginya peluang pekerjaan yang lain.
Dalam situasi begini, hasil pendapatannya dari bank itu adalah halal dalam batas lingkungan seperti yang ditetapkan oleh Allah dalam Surah al-Baqarah ayat 173). Keadaan terpaksa tersebut hendaklah betul-betul berlaku pada seseorang bagi menyara hidup diri dan tanggungannya sedangkan dalam masa yang sama tiada pekerjaan yang sesuai untuk mendapat pendapatan yang mencukupi bagi menampung perbelanjaan hidup diri dan tanggungannya.
(Rujukan : Fatwa Mufti Kerajaan Brunei Darussalam m.s. 227-233)

Melupuskan Pendapatan Haram

Pendapatan haram bermaksud hasil yang diperolehi kerana melakukan sesuatu pekerjaan haram dan yang secara langsung terbabit dengan haram atau pekerjaan tersebut mengandungi makna bantu- membantu dalam perkara haram. Hukum memberi kerjasama atau terlibat secara langsung dengan aktivi perniagaan yang haram tentulah haram dan tiada khilaf dalam masalah ini.
Rasulullah S.A.W bersabda :سنن الدارمي عَنْ جَابِرِ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- قَالَ :« يَا كَعْبُ بْنَ عُجْرَةَ إِنَّهُ لَنْ يَدْخُلَ الْجَنَّةَ لَحْمٌ نَبَتَ مِنْ سُحْتٍ ( سنن الدارمي )
Dari Jabir r.a bahawasanya nabi S.A.W bersabda “ Wahai Kaab Bin U’jrah ! Seseungguhnya sekali-kali tidak masuk syurga daging ( tubuh ) yang tumbuh dari yang haram.
Dan sabda baginda :البخاري عَنْ عَامِرٍ قَالَ سَمِعْتُ النُّعْمَانَ بْنَ بَشِيرٍ يَقُولُ سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ - صلى الله عليه وسلم - يَقُولُ « الْحَلاَلُ بَيِّنٌ وَالْحَرَامُ بَيِّنٌ ، وَبَيْنَهُمَا مُشَبَّهَاتٌ لاَ يَعْلَمُهَا كَثِيرٌ مِنَ النَّاسِ ، فَمَنِ اتَّقَى الْمُشَبَّهَاتِ اسْتَبْرَأَ لِدِيِنِهِ وَعِرْضِهِ ، وَمَنْ وَقَعَ فِى الشُّبُهَاتِ كَرَاعٍ يَرْعَى حَوْلَ الْحِمَى ، يُوشِكُ أَنْ يُوَاقِعَهُ . أَلاَ وَإِنَّ لِكُلِّ مَلِكٍ حِمًى ، أَلاَ إِنَّ حِمَى اللَّهِ فِى أَرْضِهِ مَحَارِمُهُ ، أَلاَ وَإِنَّ فِى الْجَسَدِ مُضْغَةً إِذَا صَلَحَتْ صَلَحَ الْجَسَدُ كُلُّهُ ، وَإِذَا فَسَدَتْ فَسَدَ الْجَسَدُ كُلُّهُ . أَلاَ وَهِىَ الْقَلْبُ (. البخاري)
Daripada Abu Abdullah al-Nu'man ibn Basyer r.a. Beliau berkata: Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya perkara yang halal itu terang jelas, dan sesungguhnya perkara yang haram itu terang jelas, dan di antara kedua perkara tersebut ada perkara-perkara syubhat yang kesamaran yang kebanyakan orang tidak mengetahuinya. Barangsiapa yang menjaga perkara syubhat maka sesungguhnya dia telah membersihkan agamanya dan maruah dirinya. Dan barangsiapa yang terjatuh dalam perkara syubhat, maka dia telah jatuh dalam perkara haram, umpama seorang pengembala yang mengembala di sekeliling kawasan larangan, dibimbangi dia akan menceroboh masuk ke dalamnya. Ketahuilah bahawa setiap raja ada sempadan dan sesungguhnya sempadan Allah itu ialah perkaraperkara yang diharamkanNya. Ketahuilah bahawa dalam setiap jasad itu ada seketul daging yang apabila ia baik maka baiklah seluruh jasad dan apabila ia rosak, maka rosaklah seluruhjasad.Ketahuilah ia adalah hati.
Hadis riwayat al-lmam al-Bukhari
Firman Allah: وَتَعَاوَنُوا عَلَى الْبِرِّ وَالتَّقْوَى وَلا تَعَاوَنُوا عَلَى الأِثْمِ وَالْعُدْوَانِ وَاتَّقُوا اللَّهَ إِنَّ اللَّهَ شَدِيدُ الْعِقَابِ - المائدة/2Bermaksud: Bertolong-tolonglah kamu berbuat kebaikan dan taqwa dan janganlah kau bertolong-tolongan membuat dosa dan aniaya dan takutlah kepada Allah. Sesungguhnya Allah sangat keras siksanya.
Dalam hadis riwayat Imam Muslim ( 1598 ) dari Jabir r.a Nabi S.A.W telah melaknat pemakan riba , orang yang mewakilkannya ,penulis , orang yang menjadi saksi dan baginda seterusnya bersabda “ هم سواء” ( mereka semua sama yakni berkongsi dosa riba )
Antara perkerjaan yang mengandungi unsur tolong-menolong dan bantu-membantu dalam hal yang berkaitan riba ialah mereka yang bertugas sebagai akauntan di bank-bank yang mengamalkan pinjaman riba seperti yang diperkatakan oleh Syeikh Muhamad Soleh al-Munjid (محمد صالح المنجد الشيخ)
Namun kerap juga yang bertanyakan mengenai hukum melakukan urusniaga jual beli dengan seseorang yang pendapatnnya adalah haram. Adakah perkara ini termasuk dalam erti kata tolong-menolong dan bantu-membantu mereka ?Sebagai penjelasan lanjut kepada persoalan ini kita akan salinkan beberapa pendapat ulamak berkaitan menerima dan menjalinkan hubungan ekonomi dengan seseorang yang modal perniagaan dan pendapatannya adalah bercampur dengan halal dan haram atau haram keseluruhannya.
Hubungan ekonomi yang kita maksudkan ialah berjual beli dengan mereka seperti menyewa premis mereka , membeli barangan yang dijual dan sebagainya.
Perlu diingatkan bahawa Islam bukanlah agama yang jumud dan sempit serta menyusahkan umatnya untuk mencari rezeki dan berinteraksi dengan penganut-penganut agama lain. Islam mengiktiraf dan mengakui kewujudan manusia-manusia yang tidak tunduk dan patuh kepada Allah S.W.T dan tidak mengarahkan pula umatnya supaya menyisihkan mereka dari aktiviti kewangan , social dan sebagainya. Islam meletakan beberapa tatacara bagaimana bermuamalah den berinteraksi dengan mereka.
Firman Allah S.W.T : لا ينهاكم الله عن الذين لم يقاتلوكم في الدين ولم يخرجوكم من دياركم أن تبروهم وتقسطوا إليهم إن الله يحب المقسطين. إنما ينهاكم الله عن الذين قاتلوكم في الدين وأخرجوكم من دياركم وظاهروا على إخراجكم أن تولوهم ومن يتولهم فأولئك هم الظالمون} [الممتحنة: 8-9].
Maksudnya: Allah tidak melarang kamu berbuat baik dan berlaku adil kepada orang-orang yang tidak memerangi kamu kerana agama kamu dan tiada pula mengusir kamu dari negerimu. Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil. Hanya Allah melarang kamu mengangkat pemimpin dari orang-orang yang memerangi kamu kerana agamu dan mengusir kamu dari negerimu dan menolong mengusir kamu. Barang siapa yang mengangkat mereka itu maka mereka adalah orang-orang yang zalim.
ولا تجادلوا أهل الكتاب إلا بالتي هي أحسن إلا الذين ظلموا منهم وقولوا آمنا بالذي أنزل إلينا وأنزل إليكم وإلهنا وإلهكم واحد ونحن له مسلمون} [العنكبوت: 46
Maksudnya:Janganlah kamu berdebat dengan ahli kitab ( Yahudi , Nasrani dan seumpamanya ) melainkan dengan jalan yang terbaik kecuali orang-orang yang aniaya dari kalangan mereka dan katakanlah : Kami percaya kepada kitab yang diturunkan kepada kami dan yang diturunkan kepada kamu sedangkan Tuhan kami dan Tuhan kamu hanya satu dan kami patuh kepadanya.
Ulamak-ulamak besar seperti Imam As-Syawkani dan Al-Muhasibi berpendapat di haruskan bermuamalah atau bertransaksi dengan seseorang yang pendapatannya bercampur antara halal dan haram, walaupun bahagian pendapatnnya yang halal adalah sedikit berbanding yang haram. Hujah-hujah mereka ialah :Tidak pernah diriwayatkan bahawa nabi S.A.W menegah para sahabatnya dari menjalin hubungan perniagaan dengan penduduk Mekah di awal keIslaman mereka sedangkan kebayakan harta mereka diketahui dari sumber yang haram seperti menjual arak , mengusahakan rumah hiburan dan pelacuran , mengambil riba dan sebagainya.
Nabi S.A.W juga pernah berurusan dengan orang-orang yahudi di Madinah dan juga arab-arab badwi yang syirik ketika itu .Nabi S.A.W menjalinkan hubungan yang melibatkan kewangan dan ekonomi dengan orang-orang Madinah yang bukan Islam seperti yahudi dan juga membiarkan para sahabatnya berbuat demikian sedangkan penduduk Madinah yang kafir terdiri dari golongan zalim yang mengambil harta secara batil , mengumpul kekayaan dan modal perniagaan mereka dengan cara yang salah dan haram seperti halnya kaum yahudi yang menghalalkan apa yang diharamkan oleh agama mereka dan mempermainkan hukum halal dan haram seperti yang masyhur dari perlakuan mereka.
Diriwayatkan juga bahawa sahabat-sahabat nabi S.A.W berurusan dengan perompak-perompak Madinah pada zaman Yazid Bin Muawiyah dan tiada tegahan antara mereka atau yang mengharamkan perbuatan tersebut. .
( Ihya Ulumiddin, Al-Ghazzali, 2/164) Imam al-Ghazali terkenal dengan seorang yang warak dan ahli sufi sudah tentulah menitik beratkan soal halal dan haram terutamanya yang membabitkan soal wang ringgit dan makan minum juga tidak mengingkari bermuamalah dengan orang-orang yang bercampur hartanya dengan halal dan haram atau haram keseluruhannya dan beliau menegaskan bahawa jika seseorang meninggalkannya ia adalah hanya kerana warak. Warak bermaksud meninggalkan sesuatu perkara yang tidak mendatangkan apa-apa kesan hukum seperti haram atau makruh kerana takut terjatuh dalam haram. Namun kata Imam al-Ghazali lagi perkara tersebut sukar dilakukan dan menyusahkan melainkan bagi sesetengah orang. Bahkan jika berlaku keadaan di mana pada sesuatu tempat tersebarnya harta haram seperti tersebarnya harta-harta yang diambil secara haram dari pemiliknya di pasar-pasar yang demikian itu tidak menghalang kita dari berjual beli di pasar tersebut.
Pandangan Imam al-Ghazali juga bahawa seseorang yang menjual anggur kepada seseorang yang menghasilkan arak dengannya maka harga anggur itu halal kerana wang yang diperolehi itu hasil yang ditukar dengan anggur dan anggur adalah halal tetapi perbuatan menjual anggur itu dianggap berdosa kerana membantu sipembeli melakukan maksiat ( memproses arak). Demikian yang dapat kita fahami dari kandungan kata-kata Imam al-Ghazali dalam kitabnya Ihya’ Ulumuddin. Pandangan di atas mengharuskan seseorang menjalin hubungan ekonomi dengan seseorang yang pendapatannya bercampur dengan haram atau diyakini haram selagi mana aktiviti dan perkara haram yang diusahakan mereka tidak menjadi subjek untuk berhubungan dengan mereka.
Pandangan dari ulamak nusantara terkenal seperti Syeikh Daud Fathani ialah ditegah berjual beli dengan orang yang bercampur pada tangannya harta haram dan halal dan segala pekerjaan yang menghasilkan harta dengan cara yang haram maka haram berjual beli dengannya jika diketahui ia daripada hasil yang haram dan jika syak maka makruh.
Pendapat sebegini merupakan salah satu dari khilaf ulamak seperti yang disebut oleh Ibn Taimiyyah :“Diharuskan berurusan sekiranya bahagian halal mengatasi yang haram dan sekiranya bahagian yang haram mengatasi yang halal sebahagian pendapat mengharuskan berurusan dan sebahgian pendapat mengharamkannya. ( jual beli dan sebagainya )
”Apabila harta seseorang bercampur dengan riba seperti menjual barang dengan harga seribu dan tambahan dua ratus sebagai faedah maka yang haram hanyalah faedah itu sahaja. Wang hasil aktiviti perniagaan haram mereka juga boleh djadikan modal perkongsian pernigaan dengan orang-orang Islam kerana wang dan pendapatan tersebut adalah halal pada pandangan mereka seperti yang dikomentarkan oleh Ibnu Qayyim : وما باعوه – أي أهل الذمة – من الخمر والخنزير قبل مشاركة المسلم جاز لهم مشاركتهم في ثمنه وثمنه حلال لاعتقادهم حله وما باعوه وشروه بمال الشركة فالعقد فيه فاسد فان الشريك وكيل والعقد يقع للموكل والمسلم لا يثبت ملكه علي الخمر والخنزير
Bermaksud : Wang hasil jualan arak dan babi oleh orang-orang kafir harus dijadikan modal perkongsian perniagaan dengan orang Islam kerana halal pada pandangan mereka. Namun sekiranya dijual dan dibeli menggunakan wang perkongsian (antara muslim dan kafir setelah berlaku perkongsian) maka akad jualan tersebut adalah terbatal. Sesungguhnya orang yang berkongsi adalah wakil dan kesan akad juga berlaku ke atas orang yang mewakilkan. Seorang muslim tidak sabit hak pemilikan ke atas arak dan babi. Apabila seseorang itu menyedari bahawa harta yang diperolehinya adalah haram atau dari sumber yang haram maka harta tersebut hendaklah dilupuskan. Sekiranya sebahagian dari pendapatan tersebut telah dibelanjakan maka baki yang masih berada di tangannya sahaja yang dilupuskan.
Ibnu Qayyim berkata : " إذا عاوض غيره معاوضة محرمة وقبض العوض ، كالزانية والمغني وبائع الخمر وشاهد الزور ونحوهم ثم تاب والعوض بيده.فقالت طائفة : يرده إلى مالكه ؛ إذ هو عين ماله ولم يقبضه بإذن الشارع ولا حصل لربه في مقابلته نفع مباح.
Apabila seseorang diupah kerana pekerjaan yang haram seperti pelacur , penyanyi , penjual arak , saksi palsu dan sebagainya kemudian dia telah bertaubat sedang wang perolehan tersebut masih berada di tangannya maka sebahagian ulamak berpendapat wang perolehan tersebut hendaklah diserahkan semula kepada pemiliknya kerana dia tidak memiliki wang tersebut dengan cara yang dibenarkan oleh Sharak serta tidak memperolehi manfaat dari Tuhannya.
وقالت طائفة : بل توبته بالتصدق به ولا يدفعه إلى من أخذه منه ، وهو اختيار شيخ الإسلام ابن تيمية وهو أصوب القولين
Sebahagian yang lain berkata : Wang tersebut hendaklah disedekahkan dan jangan diserahkan semula kepada pemiliknya .
Pendapat ini dipilih oleh oleh Syeikhul Islam Ibnu Taimiyyah dan inilah yang paling tepat.Sekiranya orang yang bertaubat amat memerlukan wang yang diperolehinya itu sedang dia tidak emmpunyai sumber lain maka dia dizinkan mengambil sebahagain wang tersebut sekadar yang diperlukan." فإن تابت هذه البغي وهذا الخَمَّار ، وكانوا فقراء جاز أن يصرف إليهم من هذا المال قدر حاجتهم ، فإن كان يقدر يتجر أو يعمل صنعة كالنسج والغزل، أعطي ما يكون له رأس مال "
Jika seorang pelacur telah bertaubat dan begitu juga penjual arak sedangkan mereka adalah fakir miskin maka mereka boleh membelanjakan sebahagian harta tersebut sekadar keperluan mereka , dan jika berupaya melakukan perniagaan atau pertukangan seperti menjahit maka diambil dari wang tersebut sebagai modal.