Tuesday 29 March 2011

Berbahagialah wahai isteriku...

Semalam aku celebrate my wife birthday.Biasanya aku candle light dinner dengan dia kat mana mana hotel atau restaurant..
Makan Italian food ke (ni yang dia paling suka) western ke atau arabic food. Paling best kalau pergi karaoke sambil celebrate harijadi dia dengan anak anak semua.Semalam lain dari yang lain.Aku syorkan pada dia supaya buat barbecue.Panggil adik beradik dia raikan bersama.Dia tak kisah.
Pagi pagi lagi aku dah ke pasar.Beli ayam, ikan cencaru (sedap kalau bakar),pari ,sosej dan udang.Daging kambing aku beli di Tesco dah siap sapu dengan perencahnya.Ikan kalau kena dengan kuah asam perhh!! sedap hingga menggigit jari. dan ayam  dengan black pepper pun dah memadai. Kemudian goreng nasi goreng cina . Simple simple aje.
Selepas wife aku perap kesemuanya, lepas solat Asar kitaorang pergi Sg.Buluh cari pokok pokok bunga.Aku ikut kan  ajer ..hari tu kan harijadi dia.. kopak aku seratus lebih.pasal pokok bunga ajer.Kita  orang buat gardening.
Lepas Maghrib adik beradik dia datang.  Ada yang bawa hadiah ada yang bawa kek dan ada yang bawa sampul..Entah apa aku pun tak tahu.Dia orang adik beradik memang rapat.
Rumah aku riuh rendah dengan gelak tawa .Aku lihat wajah isteri ku sangat ceria dan mungkin dia sangat bergembira pada hari itu kerana sambutan kali ini sangat berbeza.Aku pun puas berbelanja untuk menyambut hari jadinya.Semoga isteriku panjang umur ,murah rezeki dan berbahagia di dinia dan Akhirat.

Wednesday 23 March 2011

SAJAK- Allah Maha Melihat

Saat kau bangun pagi hari, Allah memandangmu
dan berharap engkau akan berbicara kepadaNya,
walaupun hanya sepatah kata meminta
pendapatNya atau bersyukur kepadaNya atas
sesuatu hal yang indah yang terjadi dalam hidupmu
hari ini atau kelmarin ......
Tetapi Dia melihat engkau begitu sibuk
mempersiapkan diri untuk pergi bekerja .......
Dia kembali menanti saat engkau sedang bersiap,
Dia tahu akan ada sedikit waktu bagimu untuk
berhenti dan menyapaNya, tetapi engkau terlalu
sibuk .........
Di satu tempat, engkau duduk disebuah kerusi
selama lima belas minit tanpa melakukan apapun.
Kemudian engkau berdiri dan memegang telephone dan
menghubungi seorang teman untuk mendengarkan
khabar terbaru.
Dia melihatmu ketika engkau pergi bekerja dan
Dia memerhatikan kau  sepanjang hari.
Dengan semua kegiatanmu Dia tahu engkau
terlalu sibuk untuk mengucapkan sesuatu kepadaNya.

Sebelum makan tengahari Dia melihatmu memandang
sekeliling, mungkin engkau merasa malu untuk
berbicara kepadaNya, itulah sebabnya mengapa
engkau tidak menundukkan kepalamu.
Engkau memandang tiga atau empat meja
sekitarmu dan melihat beberapa temanmu
berbicara dan menyebut namaNya dengan lembut
sebelum menyantap rezeki yang Dia berikan, tetapi
engkau tidak melakukannya ....... masih ada waktu
yang tersisa dan Dia  berharap engkau akan
berbicara kepadaNya, meskipun saat engkau
pulang ke rumah kelihatannya seakan akan banyak
hal yang harus kau kerjakan.

Setelah tugasmu selesai, engkau menyalakan TV,
engkau menghabiskan banyak waktu setiap hari
didepannya, tanpa memikirkan apapun dan hanya
menikmati acara yg ditampilkan sambil  engkau
menonton TV dan menikmati makananmu tetapi
kembali kau tidak berbicara kepadaNya .........

Saat tidur,  kau merasa terlalu letih dan lelah.
Setelah mengucapkan selamat malam kepada
keluargamu, kau melompat ke tempat tidur dan
tertidur tanpa sepatahpun namaNya  kau sebut.
Engkau menyedari bahwa Dia  selalu hadir untukmu.
Dia  telah bersabar lebih lama dari yang kau sedari
Dia bahkan ingin mengajarkan bagaimana
bersabar terhadap orang lain.
Allah  sangat menyayangimu, setiap hari Dia
menantikan sepatah kata, doa, fikiran atau syukur
dari hatimu.

Keesokan harinya ...... engkau bangun kembali dan
Dia ,dengan penuh kasih memberikan kau kehidupan baru
agar kau dapat meluangkan  sedikit waktu untuk
menyapaNya .......Tapi sayang ........ perkara itu tidak berlaku
...... tak juga kau menyapaNya.

Subuh ........ Zuhur .......
Asar ..........Maghrib ......... Isya' dan Subuh
kembali, kau masih mengacuhkan Nya.... tak ada
sepatah kata, tak ada seucap doa, dan tak ada
rasa, tak ada harapan dan keinginan untuk
bersujud kepadaNya .........

Apakah kehebatan kau sebagai seorang hambaNya??
Rezeki yang Dia limpahkan, kesihatan yang Dia
berikan, harta yang Dia  relakan, makanan yang Dia
hidangkan, anak-anak yang Dia rahmatkan, apakah
hal itu tidak membuatmu ingat
KepadaNya............!!!!!!!

Percayalah Allah selalu mengasihimu, dan Dia
mahu engkau  menyapaNya , memohon perlindungan Nya, bersujud
kepadaNya  ...... ........
Dia Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.
Dia melihat segala apa yang engkau lakukan.

Saturday 19 March 2011

SAJAK- Solat

Kita sering mendengarnya di siaran Radio IKIM selepas waktu azan disiarkan.Untuk lebih memahaminya ditulis bait baitnya di sini.

Jika dahi tak pernah mencecah sejadah di dunia...
 > Bersihlah kamu sebelum kamu dibersihkan,
 > Berwudu' lah kamu sebelum kamu diwudu'kan
 > Dan bersolatlah kamu sebelum kamu disolatkan
 > Tutuplah auratmu sebelum auratmu ditutupkan
 > Dengan kain kafan yang serba putih
 > Pada waktu itu tak guna lagi berseri
 >
 > Walau orang hadir itu merintih
 > Selepas itu kau akan diletakkan ke lantai
 > Lalu dilaksanakan solat jenazah
 > Dengan 4 kali takbir dan satu salam
 > Beserta fatihah, salawat dan doa
 > Sebagai memenuhi tuntutan fardhu kifayah
 > Tapi apakah dengan 4 kali takbir itu
 > Dapat menebus dosa solat yang ditinggalkan
 > Seumur hidup
 > Apakah dengan solat tanpa ruku' dan sujud itu
 > Dapat membayar hutang ruku' dan sujud
 > Yang telah luput
 > Sungguh tertipulah dirimu jika berfikir begitu
 > Justeru ku menyeru sekalian muslimin muslimat
 >
 > Usunglah dirimu untuk solat
 > Sebelum engkau diusung ke liang lahat
 > Menjadi makanan cacing dan ulat
 > Dirimu ke masjid
 > Tangisilah dosa-dosamu di dunia
 > Kerana tangisan tidak berguna di alam barzah
 >
 > Sucilah kamu sebelum kamu disucikan
 > Sedarlah kamu dengan panggilan Izrail
 > Yang menakutkan
 > Berimanlah kamu sebelum kamu ditalkinkan
 > Kerana ia berguna untuk yang tinggal
 > Dan bukan yang mati
 > Beristighfarlah kamu sebelum kamu diistighfarkan
 >
 > Namun ketika itu istighfar tak dapat menyelamatkan
 > Ingatlah di mana jua kau berada
 > Kau tetap memijak bumi Tuhan
 > Dan dibumbungi langit Tuhan
 > Serta menikmati rezki Tuhan
 > Justeru bila Dia menyeru sambutlah seruannya
 >
 > Sebelum Dia memanggil buat kali yang terakhir
 > Ingatlah kamu dijadikan dari setitis air
 > Yang tidak bererti
 > Lalu menjadi segumpal darah
 > Lalu menjadi seketul daging
 > Lalu daging itu membentuk tulang-tulang
 > Lalu jadilah kamu insan yang mempunyai erti
 >
 > Ingatlah asal usulmu yang tidak bernilai itu
 > Yang kalau jatuh ke tanah
 > Ayam tak patuk itik tak sudu
 > Tapi Allah mengangkatmu ke suatu mercu
 > Yang lebih agung dari malaikat
 > Lahirmu bukan untuk dunia
 > Tapi mulakanlah untuk melayar bahtera akhirat
 >
 > Sambutlah seruan haiya `alalsolah
 > Dengan penuh rela dan bersedia
 > Sahutlah seruan haiya `alalfalah
 > Jalan kemenangan akhirat dan dunia
 > Ingatlah yang kekal ialah amal
 > Menjadi bekal sepanjang jalan
 > Menjadi teman di perjalanan
 > Untuk kembali kepangkuan Tuhan
 >
 > Pada hari itu
 > Tiada berguna harta, tahta, dan putra
 > Isteri, kad kredit dan kereta
 > Kondominium, saham dan niaga
 > Kalau dahi tidak mencecah sejadah di dunia
 > Kita sentiasa muda untuk melakukan dosa tetapi tidak pernah tua untuk
 > bertaubat.

------------------------------------------------------------------------
IKIM 91.5fm pilihan utama

Allah Maha Pengampun

Sabda Rasulullah saw ;
Maksud firman Allah swt :

"Hai anak Adam ! Sesungguhnya engkau, selama engkau berdoa dan berharap 
kepada Ku, Aku ampuni bagi engkau diatas dosa yang ada pada engkau dan
Aku tidak peduli.Hai anak Adam ! Kalau telah sampai sekelian dosa engkau
 ke awan langit kemudian engkau memohon keampunan Ku,nescaya ampuni bagi
 engkau.Hai anak Adam ! Kalau engkau datang pada Ku dengan kesalahan -
 kesalahan sepenuh bumi kemudian engkau menemui Aku pada hal tiada engkau
 mempersekutukan Aku dengan sesuatu,nescaya Aku berikan kepada engkau
 keampunan dengan sepenuh bumi."

 Riwayat Tarmidzi


   Pengajarannya ..

   Tiada satu kesalahan atau dosa dilakukan tidak diampun oleh
   Allah kecuali syirik.Jika Allah boleh mengampunkan makhluk
   ciptaanNya,siapalah kita untuk tidak memaafkan kesalahan atau
   kesilapan yang dilakukan oleh sesama kita.
   begitulah Allah Maha Pengampun maka kita juga turut dianjur
   supaya sentiasa saling bermaafan.Sesungguhnya kita manusia
   tidak pernah sunyi dari melakukan kesalahan dan kesilapan.
   Sesungguhnya kita manusia yang tidak pernah sempurna.

Sunday 13 March 2011

PENGALAMAN-Terima kasih Ya Allah.

Aku sampai di Lapangan Terbang Jeddah pada waktu malam.Sungguh gembira tidak dapat aku gambarkan.Itulah pertama kali aku menjejakkan kaki di bumi arab dan semoga niat aku untuk mengerjakan umrah di Makkah akan tercapai.
Bas sudah sedia menunggu.Hampir satu jam aku berada di dalam bas.Setelah lama bas tersadai barulah bergerak.Dalam hatiku mungkin mereka ada jadual perjalanan yang perlu dipatuhi.Bas melalui kegelapan malam menuju ke Madinah.
Sampai sahaja di Madinah aku menunggu lagi di lobby Hotel Burhanudin (kalau tak silap.Dah lupa) untuk daftar masuk.Waktu itu rasanya hampir 3 pagi.Mungkin. Setengah jam menanti barulah aku mendapat kunci bilik.Alhamdulillah..hilang segala penat lelah perjalanan.
Aku mandi memebersihkan diri dan terus tidur.Subuh nanti hendak ke Masjid Nabawi yang terletak berhampiran hotel.Lebih kurang 100 meter jaraknya.
Allah menguji aku.Aku terlewat bangun Aku bergegas mengambil wuduk dan terus ke masjid.Alangkah sedihnya aku buat pertamakalinya telah tertinggal sembahyang berjemaah di masjid nabi ini.Aku rasa tersangatlah sedih.Memang ada hari hari yang lain tetapi aku diuji di hari yang pertama.Aku redha.
Orang ramai sudah selesai bersolat subuh.Tetapi masih ramai yang beribadat.Tidak kurang juga yang melepak dan berbaring.
Aku terus mendirikan solat subuh berseorangan.Sebaik sahaja aku bangun rakaat kedua terasa bahu ku dicuit.
Aku terus bertukar niat menjadi imam.kerana seseorang sudah masbuk.Aku membaca AlFatihah sedikit kuat sekadar didengari makmum itu.
Setelah memberi salam aku berzikir dan berdoa.semasa aku ralit berdoa pak arab tersebut bangun meninggalkan aku.Aku terus berdoa.Tanpa aku sedari airmata aku membasahi pipi.Inilah kebesaran Allah.
Fikiran aku teringat  kisah di surau pejabat.Aku sering mengelak untuk mengimami solat di surau pejabat.
"Aku tak boleh jadi imam kat surau ini.Aku hanya nak jadi imam kat masjid nabawii".Kataku sering bergurau dengan teman teman.Tetapi kalaulah boleh..Alhamdulillah.
Hari itu pertama kali menjejaki masjid nabi aku telah menjadi imam.Walaupun hanya seorang Arab makmumnya namun aku yakin dan pasti Allah telah mengabulkan doaku meskipun gurauan .(tapi aku sangat mengharap)..
YaAllah ,Sesungguhnya Engkau Maha Pemberi sesuatu dan Engkau Maha Pengasih lagi  Penyayang..
Aku keluar dari masjid dan menceritakan kepada isteriku akan hasratku telah dimakbulkan.

PENGALAMAN-Secebis Kisah 12 Tahun Yang Lalu

Petang itu aku singgah di warung mamak berdekatan dengan rumah aku.Hajat hati nak pekena teh tarik dengan mee goreng.sudah  dua tiga hari aku terliur mee goreng mamak.Nak kata mengidam tak pulak.sedang aku menghirup teh tiba tiba terdengar suara memberi salam.lantas aku menjawap .Rupa rupanya  Abang Jai,jiran aku jugak.Dia ni orang kuat Majlis.
Dia pun memesan serupa macam aku.Ada cerita katanya.Aku merapatkan sedikit kerusi tampak lebih selesa.
"   Aku nak tukar perjuanganlah Mail" .Tiba tiba dia bersuara setelah senyap seketika.Aku hairan lantas bertanya padanya."Abang nak tukar perjuangan apa. Macam nak berperang ajer.Saya tak faham "
"Kamu percaya tak yang Anwar meliwat? Tiba tiba soalan itu dihamburkan pada saya.
"Kenapa abang tanya saya.Dalam hal ini saya takkan percaya selagi saya tidak melihat dengan mata saya sendiri..Lagipun tak masuk akal".kata saya .
"itula .Abangpun tak percaya.Ini semua mesti fitnah untuk menjatuhkan dia.Anwar ni hebat orangnya.Segala galanya dia arif.Mungkin ada orang dengki kat dia".ulasnya panjang lebar.
"Dari cara penangkapannya , penderaan dalam penjara dan barang barang bukti pun sudah menampakkan dia dianiaya.Saya senang saja bang."
"Saya orang Islam.Saya tidak boleh bersekongkol dengan fitnah ini.Saya tidak melihatnya dengan mata sendiri..Kalaupun dia meliwat saya juga tidak percaya sebab saya tidak melihatnya.Berdosa bang."tegas saya.
"Saya tak mahu makan daging mayat saudara sendiri" Biarlah Allah menentukan nasibnya.".kata saya lagi.
"Abang pun tidak percaya dan abang akan keluar barisan dan masuk bulatan."katanya.
"Barisan apa dan bulatan apa bang?" tanya saya pura pura tidak mengeerti..
"Aku akan masuk PAS". Katanya dengan tegas.
"Jangan main masuk ajer bang kalau nak main main baik tak payah." Duga saya.
"Aku sudah fikir masak masak.Hanya PAS saja wadah yang memperjuangkan Islam .Bangsa sendiri memalukan bangsa sendiri.Apa punya melayu."rungutnya.
"Kalau abang sudah buat keputusan esok saya beri borang keahlian.".janji saya.
Abang Jai tersenyum puas.Dia kembali menyuap mee yang sudah hampir sejuk.
Semenjak itu dia benar benar Istiqamah dalam perjuangannya.
Inilah secebis kisah 12 tahun yang lalu.Sekarang abang Jai  sudah meninggal dunia.Semoga Allah memberi rahmat ke atas roh abang Jai.Amin.

Saturday 12 March 2011

Merenungi Kehidupan Selepas Mati

Setiap jiwa pasti akan menemui ajalnya. Tiada setiap jiwa pun yang kekal abadi hidup di dunia. Bila ajal telah tiba tak ada yang bisa menghindar dan lari darinya. Bukan berarti telah berakhir sampai disini. Tetapi telah berpindah ke alam berikutnya, yaitu alam kubur atau alam barzakh, yang termasuk bagian dari beriman kepada hari akhir.
Setiap yang telah memasuki alam kubur maka akan mengalami fitnah kubur. Yaitu ujian berupa pertanyaan dua malaikat kepada si mayit, tentang Rabbnya, agamanya dan Nabinya. Dari ujian ini akan diketahui apakah dia termasuk hamba-Nya yang jujur keimanannya sehingga berhak mendapatkan nikmat kubur, atau apakah dia termasuk yang dusta keimanannya sehingga berhak mendapakan adzab kubur.
Ini merupakan aqidah Ahlus Sunnah Wal Jama’ah yang wajib setiap mu’min untuk meyakini kebenaran adanya fitnah kubur, nikmat kubur dan adzab kubur. Termasuk konsekuensi dari beriman kepada Allah  'azzawajalla dan Rasulullah shalallohu'alaihiwasallam adalah meyakini kebenaran apa yang dikhabarkan di dalam Al Qur’an dan As Sunnah tentang kejadian-kejadian di alam ghaib. Di awal-awal ayat Al Qur’an Allah 'azza wajalla mengkhabarkan ciri orang-orang yang mendapatkan hidayah dan keberuntungan di dunia dan di akhirat, diantaranya adalah orang yang beriman tentang perkara ghaib. Allah 'azza wajalla berfirman (artinya):
“Orang-orang yang beriman kepada yang ghaib, menunaikan shalat dan menginfaqkan sebagian yang Kami anugerahkan kepada mereka. Dan mereka pula beriman kepada apa yang diturunkan kepada mereka (Al Qur’an) dan kitab-kitab yang diturunkan sebelumnya, serta mereka yakin akan adanya kehidupan akhirat. Mereka itulah yang mendapat petunjuk dari Rabb mereka dan mereka itulah orang-orang yang beruntung.
” (Al Baqarah: 3-5)

Dalil – Dalil Tentang Fitnah Kubur

Dalil-dalil yang menunjukan adanya fitnah kubur, diantaranya;
Dalam Al Qur’an firman Allah 'azza wajalla :

يُثَبِّتُ اللَّهُ الَّذِينَ ءَامَنُوا بِالْقَوْلِ الثَّابِتِ فِي الْحَيَاةِ الدُّنْيَا وَفِي الْآخِرَةِ وَيُضِلُّ اللَّهُ الظَّالِمِينَ وَيَفْعَلُ اللَّهُ مَا يَشَاءُ

“Allah meneguhkan dengan al qauluts tsabit kepada orang-orang yang beriman dalam kehidupan di dunia dan di akhirat.
” (Ibrahim: 27)

Di dalam ayat di atas menetapkan akan adanya fitnah kubur. Karena Allah 'azza wajalla memberikan kemulian kepada orang-orang yang benar-benar beriman dengan diteguhkannya al qaulul tsabit. Yaitu keteguhan iman si mayit di alam kubur ketika ditanya oleh dua malaikat. Sebagaimana hadits dari shahabat Al Barra’ bin ‘Azib ? bahwa Rasulullah shalallohu'alaihiwasallam bersabda:

إِذَا أُقْعِِدَ الْمُؤْمِنُ فِي قَبْرِهِ أُتِيَ ثُمَّ شَهِدَ أَنْ لاَ إِله إِلاَّ اللهُ وَ أَنَّ مُحَمَّدًا رَسُوْلُ اللهِ فَذَالِكَ قَوْلُهُ تَعَالَى : يُثَبِّتُ اللَّهُ الَّذِينَ ءَامَنُوا بِالْقَوْلِ الثَّابِتِ

“Jika seorang mu’min telah didudukkan di dalam kuburnya kemudian didatangi (dua malaikat dan bertanya kepadanya) maka dia akan (menjawab) dengan mengucapkan dua kalimat syahadat:


أَشَهِدَ أَنْ لاَ إِله إِلاَّ اللهُ وَ أَنَّ مُحَمَّدًا رَسُوْلُ اللهِ

itulah al qauluts tsabit sebagaimana yang tertera dalam firman Allah 'azza wajalla di atas.” (H.R. Al Bukhari no. 1379 dan Muslim no. 2871) Baca artikel selengkapnya...

Ayat di atas juga sebagai dalil bahwa peristiwa fitnah kubur ini merupakan bagian dari hari akhir. Karena Allah 'azza wajalla menyebutkan peristiwa fitnah kubur ini dengan lafadz “wafil akhirah” yaitu di hari akhir.

Demikian pula dari As Sunnah, dari shahabat Al Barra’ bin ‘Azib yang diriwayatkan oleh Abu Dawud 2/281, Ahmad 4/287 dan selain keduanya, bahwa Rasulullah shalallohu'alaihiwasallam mengisahkan peristiwa fitnah kubur yang akan dialami oleh orang mu’min dan orang kafir. Keadaan orang mu’min ketika ditanya oleh dua malaikat, maka dia akan dikokohkan jawabannya oleh Allah 'azza wajalla . Siapakah Rabb-mu? Dia akan bisa menjawab: Rabb-ku adalah Allah. Apa agamamu? Dia akan bisa menjawab: Agamaku adalah Islam. Siapakah laki-laki ini yang diutus kepadamu? Dia pun bisa menjawab: Dia adalah Rasulullah shalallohu'alaihiwasallam (Demikianlah Allah 'azza wajalla pasti memenuhi janji-Nya sebagaimana dalam Q.S. Ibrahim: 27 di atas). Sebaliknya keadaan orang kafir ketika ditanya oleh dua malaikat, maka dia tidak akan bisa menjawab. Siapakah Rabb-mu? Dia akan menjawab: Hah, hah, saya tidak tahu. Apa agamamu? Dia akan menjawab: Hah, hah, saya tidak tahu. Lalu siapakah laki-laki ini yang diutus kepadamu? Dia pun akan menjawab: Hah, hah, saya tidak tahu.

Demikian pula hadits dari Ummul Mu’minin Aisyah, bahwa Rasulullah shalallohu'alaihiwasallam bersabda:

فَأُوحِيَ إِلَيَّ أَنَّكُمْ تُفْتَنُوْنَ فِي قُبُورِكُمْ مِثْلُ أَوْ قَرِيْبٌ مِنْ فِتْنَةِ الْمَسِيْحِ الدَّجَّالِ

“Telah diwahyukan kepadaku sungguh akan ditimpakan fitnah kepada kalian di dalam kubur-kubur kalian seperti atau hampir mirip dengan fitnah Al Masih Ad Dajjal.”
(H.R. Al Bukhari no. 87 dan Muslim no. 905)
Padahal fitnah Al Masih Ad Dajjal merupakan fitnah terbesar dari fitnah-fitnah yang terjadi sejak diciptakan Adam sampai hari kiamat nanti. Rasulullah shalallohu'alaihiwasallam bersabda:

مَا بَيْنَ خَلْقِ آدَمَ إِلَى قِيَامِ السَّاعَةِ أَمْرٌ أكْبَرُ مِنَ الدَّجَّالِ

“Tidak ada fitnah yang paling besar sejak diciptakan Adam sampai hari kiamat dibanding dengan fitnah Dajjal.”
(Muslim no. 2946)

Sehingga fitnah kubur itu pun amat ngeri seperti atau hampir mirip dengan fitnah Dajjal, kecuali bagi orang-orang yang jujur keimanannya. Oleh karena itu bila si mayit telah dikuburkan maka dianjurkan bagi kita untuk mendo’akannya. Rasulullah shalallohu'alaihiwasallam bersabda:

اسْتَغْفِرُوا لأَخِيْكُمْ وَاسْأَلُوا لَهُ التَثْبِيْتَ فَإِنَّهُ الآنَ يُسْئَلُ

“Mohonkan ampunan untuk saudaramu, dan mohonkan untuknya keteguhan (iman), karena sesungguhnya dia sekarang sedang ditanya.”
(Shahihul Jami’ no. 476)

Adapun nama dua malaikat tersebut adalah malaikat Munkar dan Nakir, sebagaimana hadits yang diriwayatkan oleh At Tirmidzi no. 1071, Ibnu Hibban no. 780 dan selain keduanya dari shahabat Abu Hurairah ?. Hadits ini dishahihkan oleh Asy Syaikh Al Albani dalam Ash Shahihah no. 1391.

Dalil – Dalil Adzab Kubur Dan Nikmat Kubur

Setelah mengalami proses fitnah kubur, maka akan mengalami proses berikutnya, yaitu proses nikmat kubur dan adzab kubur. Bila dia selamat dalam fitnah kubur maka dia akan mendapatkan nikmat kubur dan sebaliknya bila ia tidak selamat dalam fitnah tersebut maka dia akan mendapatkan adzab kubur.
Para pembaca, proses ini pun merupakan perkara ghaib yang harus diyakini kebenarannya. Karena Allah 'azza wajalla dan Rasul-Nya telah mengkhabarkan peristiwa ini di dalam Al Qur’anul Karim dan As Sunnah An Nabawiyyah.

Di antara dalil dalam Al Qur’an yaitu firman Allah 'azza wajalla (artinya): “…, Alangkahnya dahsyatnya sekiranya kamu melihat diwaktu orang zhalim (kafir) berada dalam tekanan-tekanan sakaratul maut sedang para malaikat memukul dengan tangan mereka, sambil berkata: ‘Keluarkanlah nyawamu.’ Pada hari ini (sekarang ini, sejak sakaratul maut) kamu dibalas dengan siksaan yang sangat menghinakan. Karena kamu selalu mengatakan terhadap Allah dengan perkataan yang tidak benar dan selalu menyombongkan diri terhadap ayat-ayat-Nya.” (Al An’am: 93)
Berkata Asy Syaikh Abdurrahman As Sa’di dalam kitab tafsirnya Taisirul Karimir Rahman: “Ayat ini sebagai dalil tentang adanya adzab di alam barzakh dan kenikmatan di dalamnya. Dan adzab yang diarahkan kepada mereka dalam konteks ayat ini terjadi sejak sakaratul maut, menjelang mati dan sesudah mati.”

Dalam Q.S. Ghafir ayat ke 46 Allah 'azza wajalla berfirman (artinya): “ (Salah satu bentuk azdab di alam barzakh nanti) Neraka akan ditampakkan di waktu pagi dan petang kepada Fir’aun dan para pengikutnya. Kemudian pada hari kiamat (dikatakan kepada malaikat): Masukkanlah Fir’aun dan kaumnya ke dalam adzab yang sangat keras.”
Berkata Al Imam Ibnu Katsir Asy Syafi’i: “Ayat di atas merupakan landasan utama yang dijadikan dalil bagi aqidah Ahlus Sunnah tentang adanya adzab di alam kubur.” (Lihat Al Mishbahul Munir)

Adapun dalil dari As Sunnah, diantaranya; hadits dari Al Barra’ bin ‘Azib radiallahu'anhu, bahwa Rasulullah shalallohu'alaihiwasallam bersabda:

اسْتَعِيْذُوا بِاللهِ مِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ

“Mohonlah perlindungan kepada Allah dari adzab kubur (diulangi sampai 2/3 kali).”
Kemudian Rasululah shalallohu'alaihiwasallam berdo’a:

اللهُمَّ إِنِّي أَعُوذُبِكَ مِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ

“Ya Allah, sesungguhnya aku memohon perlindungan kepada-Mu dari adzab kubur (sampai 3 kali).”

Kemudian Rasulullah shalallohu'alaihiwasallam menggambarkan keadaan orang mu’min dengan dibentangkan tikar dari al jannah, dikenakan pakaian dari al jannah dan dibukakan pintu baginya ke arah al jannah yang mendatangkan aroma harum, serta diperluas tempatnya di alam kubur seluas mata memandang. Sebaliknya keadaan orang kafir, maka dibentangkan baginya tikar dari neraka, dibukakan pintu yang mengarah ke neraka yang mendatangkan panas dan aroma busuk, serta disempitkan tempatnya di alam kubur sampai tulang belulangnya saling merangsek. (H.R. Abu Dawud 2/281 dan lainnya)

Dalam riwayat Al Imam Ahmad 6/81 Rasulullah shalallohu'alaihiwasallam bersabda:

اسْتَعِيْذُوا بِاللهِ مِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ فَإِنَّ عَذَابَ الْقَبْرِ حَقٌّ

“Mohonlah perlindungan kepada Allah dari adzab kubur, karena sesungguhnya adzab kubur itu adalah benar adanya.”
Dalam hadits Ibnu Abbas Radiallohu'anhu, bahwa Rasulullah shalallohu'alaihiwasallam pernah melewati dua kuburan. Kemudian beliau bersabda:

أَمَا إِنَّهُمَا لَيُعَذَّبَانِ وَمَا يُعَذَّبَانِ فِي كَبِيْرٍ أَمَّا أَحَدُهُمَا فَكَانَ يَمْشِي بِالنَّمِيْمَةِ وَأَمَّا الآخَرُ فكَانَ لاَ يَسْتَنْزِهُ مِنْ بَوْلِهِ

“Kedua penghuni ini sungguh sedang mendapat adzab. Dan tidaklah keduanya diadzab karena melakukan dosa besar. Adapun salah satunya karena berbuat namimah (adu domba) dan yang kedua karena tidak membersihkan air kecingnya.” (H.R. Muslim no. 292)
Demikian pula do’a yang ditekankan oleh Rasulullah shalallohu'alaihiwasallam sebelum salam ketika shalat:

اللهُمَّ إِنِّي أَعُوذُبِكَ مِنْ عَذَابِ جَهَنَّمَ وَمِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ وَمِنْ فِتْنَةِ الْمَحْيَا وَ الْمَمَاتِ وَمِنْ فِتْنَةِ الْمَسِيْحِ الدَّجَّالِ

“Ya Allah, aku memohon perlindungan kepada-Mu dari adzab jahannam, dari adzab kubur, dan dari fitnah selama hidup dan sesudah mati, serta dari fitnah Al Masih Ad Dajjal.”
(H.R. Muslim dan selainnya, lihat Al Irwa’ no. 350)

Apakah adzab kubur dan nikmat kubur itu terus menerus? Adapun adzab kubur bagi orang kafir adalah terus menerus sampai datangnya hari kiamat. Sedangkan bagi orang mu’min yang bermaksiat, bila Allah 'azza wajalla telah memutuskannya untuk mengadzabnya maka tergantung dengan dosa-dosanya. Mungkin dia diadzab terus menerus dan juga mungkin tidak terus menerus, mungkin lama dan mungkin juga tidak lama, tergantung dengan rahmat dan ampunan dari Allah 'azza wajalla . Mungkin pula orang mu’min yang bermaksiat tadi diputuskan tidak mendapat adzab sama sekali dengan rahmat dan maghfirah Allah 'azza wajalla . Semoga kita diselamatkan oleh Allah 'azza wajalla dalam fitnah kubur dan dari adzab kubur.

Para pembaca, semua peristiwa yang terjadi di alam kubur itu merupakan perkara ghaib yang tidak bisa dinilai kebenarannya dengan logika, analisa dan eksperimen. Bahkan semua peristiwa di alam kubur itu amatlah mudah bagi Allah 'azza wajalla . Karena Allah 'azza wajalla memilki nama Al Qadir Yang Maha Kuasa atas segala sesuatu. Sehingga peristiwa di alam kubur harus dinilai dan ditimbang dengan nilai dan timbangan iman. Karena ini adalah perkara yang ghaib yang tidak bisa dijangkau oleh kemampuan akal dan logika manusia. Karena ini adalah perkara yang ghaib yang tidak bisa dijangkau oleh kemampuan akal dan logika manusia. Sehingga bila ada manusia yang mati tenggelam dilaut yang badannya hancur dimakan ikan laut, atau manusia yang mati terbakar sampai menjadi abu sangatlah mudah bagi Allah 'azza wajalla untuk mengembalikannya.

Marilah kita perhatikan firman Allah 'azza wajalla (artinya): “Dan kami (malaikat) lebih dekat kepadanya (nyawa) dari pada kalian. Tetapi kalian tidak bisa melihat kami.” (Al Waqi’ah: 85)

Ketika malaikat hendak mencabut nyawa seseorang, sesungguhnya malaikat tersebut ada disebelahnya tetapi ia tidak bisa dilihat oleh mata kepalanya. Demikianlah kekuasaan dan kagungan Allah 'azza wajalla yang tidak tidak bisa diukur dengan logika manusia.

Friday 11 March 2011

Kerana Tangan Manusia Kemurkaan Allah

Ramai yang tidak menyedari bahawa bumi dan dunia ini menghampiri kemusnahan akibat dari kejahilan,kerakusan dan sifat tamak manusia mengejar kemewahan.
Manusia mengkhianati kurnian Allah dengan memusnahkan kehidupan  dan keindahan alam maya ini hanya untuk keuntungan dan kepuasan diri sendiri.Penebangan hutan hutan untuk tujuan pembalakan , pertanian serta pembangunan telah merosakkan ekosistem serta mengakibatkan kejadian tanah runtuh dan kemusnahan binatang juga hutan semulajadi di negara ini.
Begitu juga dengan pembinaan dan industri pengilangan  yang mengakibatkan pembuangan sisa sisa toksid serta penggunaan racun serangga yang berleluasa keatas tanaman tanaman pertanian.Akibat daripada itu pencemaran udara bukan sahaja tidak dapat dikawal malah mengundang pelbagai penyakit ke atas manusia dan tumbuh tumbuhan..
Apa yang menjadi persoalannya ialah disebabkan terlalu taksub dengan pembangunan da prasarana sehingga kerajaan membiarkan projek projek yang melibatkan kepupusan hutan hutan dan hidupan liar.Alangkah pelik apabila kita ingin menikmati keindahan hutan hijau maka kita terpaksa membayar untuk memasuki Taman Negara,Taman Botanik ,Zoo Negara dan sebagainya.
Bukan hanya di darat tetapi di pantai pun mereka bertindak menodai keujudan semulajadinya.Contoh seperti
penambakan laut untuk meluaskan tapak serta pembinaan 'water chalet atau lagun atau jambatan yang secara langsung merosakkan karangan laut yang hidup di dasarnya.
Maka tidak hairanlah kerana kerakusan manusia untuk mengejar kepuasan hanya akan mengundang kemurkaan Allah sahaja.
Firman  Allah dalam Surah ar-Ruum ayat 41  yang bermaksud:
“ Telah timbul pebagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia; (timbulnya yang demikian) kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian daripada balasan perbuatan-perbuatan buruk yang mereka telah lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat).” )




Selagi manusia tidak beriman dengan ayat ayat Al_Quran maka jangan  hairan apabila kita sering mendengar mala petaka dan kerosakan yang berlaku seperti Tsunami,banjir lumpur ,tanah runtuh ,gempabumi dan sebagainya.
Fikir fikirkanlah..

Tsunami Terjadi Lagi?

 Berita tengahari tadi 11march 2011 memeparkan negara jepun di landa Tsunami.Ramai yang terkorban dan kemusnahan harta benda,Mengikut risikan dan kajian yang dibuat persisiran pantai Laut china Selatan akan dilanda Tsunami kecil.
Tsunami berasal dari kata  Tsu = Pelabuhan dan Nami = Gelombang.  Menjadi bagian bahasa dunia, setelah gempa besar 15 Jun 1896, yang menimbulkan tsunami besar melanda kota pelabuhan Sanriku (JEPUN) dan mengorbankan 22.000 orang serta merusak pantai timur Honshu sepanjang 280 km.
Tsunami adalah gelombang laut yang disebabkan oleh gempabumi , tanah longsor atau letusan gunung berapi yang terjadi di laut. Gelombang tsunami bergerak dengan kecepatan ratusan kilometer per jam di lautan dalam dan dapat melanda daratan dengan ketinggian gelombang mencapai 30 m atau lebih. Magnitud Tsunami yang terjadi di Indonesia berkisar antara 1,5-4,5 skala Imamura, dengan tinggi gelombang Tsunami maksimum yang mencapai pantai berkisar antara 4 - 24 meter dan jangkauan gelombang ke daratan berkisar antara 50 sampai 200 meter dari garis pantai.
Berdasarkan Katalog gempa (1629 - 2002) di Indonesia pernah terjadi Tsunami sebanyak 109 kali , yakni 1 kali akibat tanah runtuh (landslide), 9 kali akibat gunung berapi dan 98 kali akibat gempabumi tektonik.
Gempa yang menimbulkan tsunami sebahagian besar berupa gempa yang mempunyai mekanisme fokus dengan komponen dip-slip, yang terbanyak adalah tipe thrust (Flores 1992) dan sebagian kecil tipe normal (Sumba 1977).Gempa dengan mekanisme fokus strike slip kecil sekali kemungkinan untuk menimbulkan tsunami.
Tanda-tanda akan datangnya tsunami di daerah pinggir pantai adalah :

1.
Air laut yang surut secara tiba-tiba.
2.
Bau asin yang sangat menyengat.
3.
Dari kejauhan tampak gelombang putih dan suara gemuruh yang sangat keras.
Tsunami terjadi jika :
* Gempa besar dengan kekuatan gempa > 6.3 SR
* Lokasi pusat gempa di laut
* Kedalaman dangkal < 40 Km
* Terjadi deformasi vertikal dasar laut
Potensi Tsunami di Indonesia :
Indonesia merupakan negara yang rawan terhadap tsunami, terutama kepulauan yang
berhadapan langsung dengan pertemuan lempeng, antara lain Barat Sumatera, Selatan Jawa, Nusa Tenggara, Utara Papua, Sulawesi dan Maluku, serta Timur KalimantanTsunami di Indonesia pada umumnya adalah tsunami lokal, dimana waktu antara terjadinya gempabumi dan datangnya gelombang tsunami antara 20 s/d 30 minit
Sebenarnya artikel ini diambil dari BMG Di sini saya hanya ingin berkongsi  informasi tentang pengertian dari tsunami mudah mudahan bermanfaat bagi saya khususnya dan umumnya semua pembaca di Malaysia

Tuesday 1 March 2011

Nota Terakhir

Semua orang mungkin sudah tidur.waktu pun sudah hampir 1 pagi.    Aku melangkah keluar dari kamar dan menuju ke dapur.Teringin nak minum kopi o panas.   Entah mengapa mataku amat degil untuk pejam.Aku pergi ke meja dan duduk sebentar.Entah apa yang aku fikirkan aku sendiri tidak tahu.
Tiba2 aku teringat surat surat cinta lama antara aku dan isteri.Lalu aku mendapatkannya.Masih baik lagi keadaannya.Satu demi satu envelope aku buka..Alangkah terkejutnya aku apabila mendapati ada sehelai kertas yang berlipat berada di celahan sampul sampul itu.   Ya..inilah yang aku cari2 selama ini.Entah di mana silapnya aku terlupa tempat letaknya.
Inilah luahan hati aku seketika dulu.Aku coretkan dengan bertitisan airmata.Itulah dakwat dan itu jualah pemadam..Apa yang dirasa itulah yang aku coretkan.Maka jadilah ia satu puisi khas buat anakku yang telah pergi mengadap Illahi.
Tanggal 23 Disember 2002 kau pergi meninggalkan aku dan keluargamu.
Ya Allah ,bukan aku tidak dapat menerima takdirMu tetapi  dugaanMu terlalu hebat sehinggakan aku lemah selemahnya.Apapun jua Engkau yang Maha Pengasih lagi Penyayang.Engkau yang mengatur perjalanan hidup setiap hamba2Mu. 
         
Athirah, 
ayah rindukan kau nak
tak sanggup rasanya menerima perpisahan ini
tidak puas ayah menatap wajah comelmu
kelahiranmu menghiburkan hati ayah
kulitmu yang lembut
jari jemarimu yang halus
rambutmu yang hitam lebat
bila kau tersenyum
aduhai..gembira hati ayah tidak terkira
tangisanmu merdu menghiasi mahligai ayah dan mama

Athirah,
kini semua tinggal kenangan
tiada lagi tangisanmu
apa lagi senyumanmu
tak dapat ayah membelaimu
tak dapat lagi ayah menyentuhmu
apa lagi mendakapmu
semuanya hilang sekelip mata
kini ayah menangis kerinduan
namun ayah pasrah, nak
kelahiranmu mengundang kesengsaraan
yang kau tak mampu bertahan
pergilah, nak... pergilah
ayah relakan
kerana itu lebih baik buatmu
hikmah hanya Allah yang tahu
biarlah ayah sendirian menangis kepiluan

Athirah,
air mata ayah berbeda dengan air mata mamamu
bergenang dipelusuk kalbu
tiada sesiapa yang tahu
bagaimanaayah bisa melupakanmu
hayat yang penuh hiba dan pilu
membuatkan ayah menangis sayu
namun buatmu Al-Fatihah
tidak pernah jemu ayah hadiahkan
selepas solat 5 waktu
damailah anakku

Athirah,
pada saat terakhir ayah melihat
paras wajahmu, nak
ayah berbisik
takkan pernah melupkanmu sampai akhir hayat ayah
tidak sabar rasanya ingin bersua denganmu
di pintu syurga sedang menunggu