Tuesday 26 November 2013

SAJAK-Apakah Yang Kau Berikan

Cuma kata2
bicara hati yg sedih
dan ungkapan2 kasih sayang
menguatkan cinta kita.
Tiadakah hasrat
untuk hidup bersama ...
menimbangkan
sesuatu yg memungkinkan
kita dpt hidup bersama..
Andai engkau tahu
siksa dan teruknya
keadaanku merinduimu
pasti kau faham
kasih sayang ini
sepatutnya
tidak terbuang
dan kau yg patut
memiliknya saat ini.
Bagaimana
nak mengubat rindu ini..
pasti satu hari
aku tidak mampu lagi
mengekalkannya
jika kau masih
tidak mengerti..
aku pasti mati.

.....is

Thursday 21 November 2013

SAJAK- Di sini di Bukit Mercu



Nun hampir ke langit
Tingginya pandangan itu
Meski sebuah bukit cuma
Lebih tinggi dari tingginya gunung
Mendaki ke mercu
Penuh semangat membara
Penuh cita cita melata
Penuh rasa bangga tak tersanggah

Tunduk ke bawah aku berpijak di laman
Dongak ke langit aku menggapai awan
Aku sebenarnya di lantai tanah
Tetapi masih mampu berdiri di mercu

Ramai yg berada di sini
Kerana mercu ini seperti tempat kita
Hidup dari usia remaja
Mengasah minda dan menimba ilmu
Bersama rakan taulan
Yg dulunya bergelak ketawa
Berhibur duka bermain mata
Berperasaan muda dan menggila
Namun cita cita ingin terus di mercu

Kini....
Aku ,kau dan semua
Juga guru2 penuh jasa
Bersama di malam ria
Mengimbau kenangan lama
Meski ketawa dan cerita tidak sama
Tapi kita tetap ada rasa yang sama
Dan di bukit inilah yang menemukan kita
Mengajar kita
Menyatukan kita
Merumpunkan aspirasi kita
Dengan senyuman seorang kawan lama
Terima kasih Bukit Mercu, sekolahku
Engkaulah tempat aku
Bertemu guru dan berguru.

.........is

Sunday 3 November 2013

SAJAK- Cintaku Terjawab


Seharian aku mabuk
Tetapi tidak memabukkan
Terasa berjalan diawangan
Tidak berpijak dibumi
Aku buta mata buta hati
Bukan cinta yg buta
Aku pekak tidak tuli
Aku membisu tidak bisu
Aku sempurna segalanya
Tetapi aku melihat terpaku
Aku mendengar terpegun
Terlalu indah
Terlalu cantik
Terlalu ceria
Matamu, bibirmu
Aku jatuh tersungkur
Di penjara hati yg istimewa
Engkau mengunci
Aku terkunci
Tapi itulah hebatnya cinta
Engkau kah itu dulu bayangan
Kini hadirmu tanpa bayang
Boleh kusentuh boleh kudakap
Bicaraku boleh di sapa
Dan aku tahu cinta ku
Terjawab.
Dan aku terus mabuk.

.....is