Maafkan aku
Kerana aku bukan seperti dulu
Dan aku mungkin tidak tahu
Ada hati yang menyimpan rindu
Maafkan aku
Kerana aku telah berubah
Memuja dan mendambakan
Dia yang satu
Yang saban waktu menemaniku
Yang saban waktu mendengari aku
Dan aku berasakan
Zalimlah aku
Andainya melepaskan cinta
Yang lama tersimpul mati
Aku kepingin mengikat
Hatiku dengan hatinya
Jiwaku dan jiwanya
Persis Jayaprana dan Layonsari
Namun entah bila
Aku tetap akan menunggu.
Hingga yang hadir itu
Pemisah Roh dan Jiwa
.....Izrael
....is
No comments:
Post a Comment