Sunday, 28 February 2010

Ayah dan Ibu menurut al-Sunnah

Saya terjumpa satu laman yang cukup baik dan boleh dijadikan panduan dan pedoman bagi kita yang masih mempunyai ibu dan bapa.Ia disampaikan dengan cukup baik dan memberi kefahaman tentang peranan setiap dari kita yang bergelar 'Anak'.
Kehidupan kita hanya sementara dan Allah meminjamkan kita satu pasangan yang bergelar ibu dan ayah.Tiba masa mereka akan di ambil kembali oleh Allah dan tinggallah kita tanpa mereka berdua.Insan yang telah banyak berjasa dan berkorban memelihara kita dari kecil hingga dewasa dengan mengharungi segala derita sengsara.Semuanya untuk kita ..anak anak mereka.
Oleh itu apakah perkara perkara yang patut kita lakukan kepada mereka?Untuk membalas jasa mereka .Itu mustahil kerana jasa jasa mereka tidak akan terbalas oleh kita.Mahu memberi mereka wang setelah kita bekerja nanti? Atau menunjuk nunjuk kemewahan yang kita miliki sekarang supaya mereka berbangga mempunyai anak seperti kita?
Jawapannya sudah pasti TIDAK.Mereka memang berharap anak anak akan berjaya di dalam kehidupan .Tetapi kehidupan yang di redhai oleh Allah di dunia dan Akhirat.Memiliki anak anak yang soleh dan solehah dan yang akan mendoakan kesejahteraan mereka setelah mereka tiada lagi di dunia ini.
Untuk menjadikan kita sebagai anak yang baik kepada ibubapa sila layari laman ini dan fahamilah.Sekiranya tidak faham dan memerlukan rujukan bertanyalah pada guru guru agama.insyaAllah segala usaha kita akan diberkati olah Allah.
Kepada tuan punya laman tersebut semoga Allah memberi ganjaran yang baik kepada beliau.

Menderhaka Kepada Ibu Bapa

Menderhaka Kepada Ibu Bapa
WANITA yang derhaka kepada ibu bapa termasuk dalam senarai mereka yang dicintai iblis. Oleh kerana ibu telah melahirkan kita, sehinggakan Allah menyebutkan bahawa redha Allah tergantung kepada redha ibu bapa.
Allah SWT telah berfirman yang maksudnya:
“Dan Rabb-mu telah memerintahkan supaya kamu jangan beribadahselain kepada-Nya, dan hendaklah kamu berbuat baik kepada ibu-bapamu. Jika salah seorang diantara keduanya atau kedua-duanyasampai berumur lanjut dalam pemeliharaanmu, sekali-kali janganlah kamu mengatakan kepada keduanya perkataan “ah” dan jangan kamu membentak mereka dan ucapkanlah kepada mereka perkataan yang mulia. Dan rendahkanlah dirimu terhadap mereka berdua dengan penuh kesayangan dan ucapkanlah: “Ya Rabbi, kasihanilah mereka kedua-duanya, sebagaimana mereka berdua telah menyantuni aku waktu kecil.”
(Al’Israk: 23-24)
Allah memerintahkan agar manusia berbakti kepada kedua ibu bapa mereka dan mentaati mereka. Bagi wanita ketaatan merekasebelum mereka berkahwin adalah kepada kedua ibu-bapa mereka dan selepas berkahwin, kepada suami mereka. Menyakiti hati kedua mereka adalah merupakan dosa yang amat besar.
Mengherdik Ibubapa
Mengherdik ibu bapa bererti telah berbuat derhaka kepada mereka, apalagi menganiaya mereka dengan cara melukai tubuh badan mereka. Perbuatan ini merupakan kebiadaban seorang anak yang tidak tahu berterima kasih kepada ibu bapa. Walaupun anak perempuan tidak lagi bertanggungjawab terhadap ibu bapanya sesudah berkahwin, namun tidak putus hubungan seorang perempuan dengan ibu bapanya. Cuma tanggungjawabnya terhadap ibu bapanya tidaklah menjadi wajib seperti mana anak lelaki. Tetapi perhubungan ibu dengan anak tetap berjalan terus, sehingga tiada alasan bagi seorang anak perempuan untuk mengherdik ibu bapanya.
Memutuskan Hubungan denagn Ibubapa
Oleh kerana mengherdik ibu bapa sudah termasuk perbuatan dosa besar, apalagi memutuskan hubungan dengan mereka. Ianya merupakan perbuatan seperti mana yang diumpamakan dalam sebuah peribahasa, “kacang lupakan kulitnya.”
Islam melarang memutuskan tali silaturrahim apalagi dengan ibu bapa. Kalau seorang anak perempuan memutuskan perhubungan dengan ibu bapanya, suaminya yang akan menanggung dosa sekiranya dilakukan dengan perintah suami.
Melupakan Jasa Ibubapa
Ibu telah melahirkan dalam keadaan yang payah dan sukar, manakala bapa pula bertungkus lumus dari pagi hingga petang mencari nafkah demi anak-anak. Memandangkan kepada jasa-jasa yang sedemikian hebatnya, adalah tidak wajar apabila sang anak melupakan jasa-jasa tersebut.
Merupakan kewajipan anak untuk mengetahui akan hak dan jasa baik ibu bapanya. Ia tidak boleh melakukan perbuatan yang menyebabkan ibu bapanya marah atau murka kepadanya, ia tidak boleh berdusta atau berbohong kepada kedua-duanya.
Kewajipan anak kepada ibubapa
1-Berbuat baik dan berlemah-lembut terhadap mereka.
2-Mentaati perintah kedua-duanya selagi tidak bertentangan dengan perintah Allah.
3-Melihat wajah mereka dengan kasih sayang merupakan ibadah.
4-Mendoakan mereka berdua dengan doa yang baik.
5-Menjaga hati mereka berdua dan menggembirakan mereka.
6-Menjalinkan silaturrahim dengan sahabat-sahabat mereka.
7-Menziarahi kubur ibu bapa jika mereka telah meninggal dunia

Thursday, 18 February 2010

Kehakiman Syariah- Jangan Campur Tangan

Tindakan Jabatan Penjara merotan tiga perempuan Islam atas kesalahan mengadakan persetubuhan haram dianggap satu diskriminasi terhadap wanita.
Sisters in Islam (SIS) mendakwa tindakan merotan itu mencabuli hak sama rata dan tiada diskriminasi yang dijamin oleh perlembagaan kerana wanita tidak boleh disebat menurut Seksyen 289, Akta Kanun Jenayah.
Pengarah Eksekutif SIS Hamidah Marican berkata:
“Dengan melaksanakan hukuman itu, secara tidak langsung, ia menggambarkan kerajaan cuba menyembunyikan layanan tidak adil dan memalukan ini daripada pengetahuan umum"
"Kerajaan juga, perlu mengkaji semula sebatan sebagai satu bentuk hukuman kerana ia mencabuli prinsip hak asasi manusia antarabangsa yang menganggap merotan sebagai hukuman yang kejam, tidak berperikemanusiaan dan memalukan."
“Kajian juga menunjukkan merotan bukan hukuman yang efektif bagi menjamin kesalahan jenayah seksual atau keganasan tidak akan berulang,” katanya.

Turut membidas tindakan merotan oleh kerajaan ialah Persatuan Badan Bertindak Wanita (Awam).
Dalam kenyataan akhbarnya, Awam menuntut Menteri Dalam Negeri menjelaskan mengapa hukuman dijalankan secara rahsia.
Presidennya, Sofia Lim Siu Ching berkata hukuman itu dijalankan dengan niat jahat dan bertentangan dengan kepentingan awam yang mendapat perhatian seluruh dunia.
"Menteri Dalam Negeri perlu menjelaskan mengapa hukuman dijalankan tergesa-gesa sedangkan beberapa persoalan berhubung kes Kartika masih belum selesai," katanya.

Kumpulan hak asasi manusia antarabangsa, Amnesty International (AI) juga mahukan Malaysia menamatkan segera apa yang dilabelkan mereka sebagai 'wabak merotan'AI juga mendakwa pihak berkuasa di negara ini telah merotan ribuan lelaki selain kes berprofail tinggi tiga wanita berkenaan.
Kumpulan yang berpangkalan di London itu berkata lebih 35,000 orang, kebanyakan mereka bukan rakyat Malaysia - dirotan atas kesalahan imigresen sejak 2002.
Menurut timbalan pengarah Asia-Pasifik AI, Donna Guest "ribuan kes berkenaan merujuk kepada wabak merotan yang mula berleluasa di Malaysia."
"Kerajaan Malaysia perlu menghapuskan hukuman merotan yang memang kejam dan zalim tanpa mengira apa jua kesalahan mereka," Katanya dalam satu kenyataan akhbar hari ini.
Hukuman kuno

Majlis Peguam dengan keanggotan 13,500 ahli juga membidas tindakan merotan tiga wanita berkenaan.
Menurut badan perundangan itu, ahli-ahlinya telah meluluskan satu resolusi tiga tahun yang menolak sebatan sebagai satu bentuk hukuman kerana beranggapan ia hukuman kuno dan tidak selaras dengan konsep masyarakat penyayang.
“Pendapat kami selaras dengan norma-norma hak asasi antarabangsa yang membantah hukuman merotan dan juga hukuman membabitkan bentuk jasmani yang dianggap kejam, tidak berperikemanusiaan serta memalukan.," kata pengerusinya, Ragunath Kesavan (kanan).
Tambahnya lagi, hukuman merotan ke atas wanita adalah juga bertentangan dengan Seksyen 289, Akta Kanun Jenayah.
"Adalah memeranjatkan, kerajaan hanya mengumumkan perkara itu (merotan tiga wanita berkenaan) setelah hukuman sudah dilaksanakan," katanya juga dalam satu kenyataan akhbar hari ini.
Rentetan daripada isu ini,Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM) melalui kenyataan Timbalan Presiden nya kesal dengan apa yang berlaku kerana akhir-akhir ini menampakkan unsur campur tangan pihak tertentu dalam proses kehakiman di negara ini terutama kehakiman syariah semakin menjadi-jadi.
Campur tangan pihak pihak terbabit dan juga kerajaan dalam sistem pentadbiran kehakiman syariah perlu ditamatkan segera. Persoalan timbul, mengapa menteri-menteri kerajaan terlalu gemar memberikan komen terhadap kes-kes di Mahkamah Syariah sedangkan terdapat kes-kes di Mahkamah Sivil yang lagi teruk dan dangkal.
Pihak kerajaan termasuk menteri-menteri wanita Islam tidak sepatutnya memberikan komen terhadap hukuman yang telah dijatuhkan oleh hakim Mahkamah Syariah.Ia suatu tindakan biadap mencabar, mempertikaikan dan menghina keputusan yang telah dibuat oleh mahkamah. Sebarang ketidakpuasan hati dengan keputusan Mahkamah hendaklah dibuat melalui tatacara dan prosedur yang telah ditetapkan oleh undang-undang.
Kerajaan perlu mengambil tindakan drastik dan segera, dengan memberi penjelasan kepada masyakarat bahawa: Hukuman yang dijatuhkan ini adalah masih rendah berbanding hukuman sebenarnya menurut Hukum Syarak yang mana pesalah boleh dijatuhkan hukuman sehingga 40 sebatan hingga 80 sebatan sebagaimana yang pernah dilakukan oleh Rasulullah SAW dan sahabat-sahabat. Dalam Islam tidak ada beza antara pesalah lelaki dan wanita. Hak dan tanggungan mereka apabila melakukan kesalahan Syarak adalah sama di sisi Hukum Syarak dan di sisi Tuhan.
Golongan aktivitis wanita lantang memperjuangkan hak dan keistimewaan wanita dan kesamarataan taraf antara lelaki dan wanita. Mengapa dalam isu ini hendak dibezakan pula taraf antara lelaki dan wanita dari segi pelaksanaan hukuman jenayah? Pelaksanaan hukuman sebat menurut undang-undang Syariah amat berbeza dengan pelaksanaan hukuman sebat menurut undang-undang Sivil. Enam kali sebatan menurut syariah tidak sama dengan hatta satu sebatan menurut undang-undang sivil. Alat sebatan yang digunakan untuk kes syariah hendaklah diperbuat dari rotan atau ranting kecil yang tiada ruas atau buku dan panjangnya tidak melebihi 1.22 meter dan tebalnya tidak melebihi 1.25 sentimeter. Kalau pesalah itu hamil, hukuman itu hendaklah dilaksanakan selepas dua bulan dia melahirkan anaknya. Pesalah hendaklah diperiksa tahap kesihatannya oleh pegawai kesihatan kerajaan. Hukuman sebat itu hendaklah dengan kehadiran pegawai perubatan kerajaan.Sebatan tidak boleh kena muka, kepala, perut, dada atau bahagian sulit. Pesalah lelaki disebat berdiri, manakala perempuan dalam keadaan duduk. Sebatan hendaklah dijalankan dengan kekuatan sederhana iaitu tukang sebat itu tanpa mengangkat tangannya melebihi kepala supaya tidak melukakan kulit pesalah. Pegawai perubatan kerajaan akan memperakukan sama ada pesalah itu masih boleh menerima sebatan atau ditangguhkan untuk baki sebatan.

Poligami Boleh Melanjutkan Usia.

Umum mengetahui kebaikan aktiviti riadah, pengambilan makanan secara waras dan tidur yang mencukupi akan meningkatkan tahap kesihatan dan melanjutkan usia seseorang individu.
Ia juga boleh ditingkatkan lagi sekiranya seseorang itu berhenti merokok dan juga, menurut kajian, mengamalkan poligami!Ia berdasarkan kajian Dr Virpi Lummaa, pengkaji ekologi di Universiti Sheffield, United Kingdom yang membentangkan pendapatnya itu di mesyuarat tahunan International Society for Behavioral Ecology di Ithaca, New York.
Kajian itu, menurut Lumma, menunjukkan lelaki yang berkahwin lebih daripada seorang didapati hidup lebih lama berbanding lelaki yang tidak mengamalkan poligami.Pendapat itu berdasarkan kajian ke atas sekumpulan lelaki berusia lebih 60 tahun di 140 buah negara yang mengamalkan (atau membenarkan poligami), yang hidup lebih lama -- sehingga 12% -- berbanding satu kumpulan lain lelaki daripada 49 negara yang umumnya mengamalkan monogami.
Menurut Neil Strauss yang menulis buku mengenai kelangsungan hidup manusia, maklumat itu didapatinya melalui komen penyampai program perbualan tabloid TV terkenal Opray Winfrey yang juga merupakan pejuang isu-isu berkaitan wanita dan turut mengambil pendirian menentang poligami.Coretan Strauss di laman Facebook awal bulan ini kemudiannya mengundang pelbagai reaksi daripada rakannya di laman itu, termasuk juga yang tidak yakin penemuan sains tersebut boleh diterima pakai di negara mereka.
Seorang rakannya meninggalkan komen: “Poligami mungkin boleh mendorong kepada sembilan tahun kehidupan lagi tetapi (sekurang-kurangnya di tempat saya tinggal), mungkin juga sembilan tahun penjara.”Alasannya, kerana banyak negara termasuk Amerika Syarikat meletakkan poligami sebagai perbuatan jenayah di bawah undang-undangnya.Tetapi Malaysia, dan 47 buah negara lain, amalan poligami dibolehkan oleh undang-undang negara.

Wednesday, 17 February 2010

Kereta Tiruan China

Negeri Besar China sentiasa ingin menunjukkan yang mereka mampu melakukan apa sahaja termasuklah mengeluarkan kereta tiruan buatan China daripada jenama kereta terkenal dunia. Dikatakan di China, nak tiru apa-apa pun boleh. Nak tahap kualiti yang macammana? Nak yang nampak sama tapi murah, nak yang sikit lebih kurang tapi murah, nak yang betul-betul sama tapi sebenarnya tidak sama dan harganya agak mahal pun ada. Yang pentingnya, ada duit semuanya boleh di China. Tidak mengejutkan jika sekarang ini ekonomi China melonjak tinggi sehinggakan Amerika patah tengkuk dengan China.
Bukan sahaja di China, malah negara Taiwan juga terkenal dengan hasil tiruannya. Bezanya di sini Taiwan suka meniru jenama Jepun. Korea? Korea pun suka meniru jenama Jepun tetapi China pun lebih rakus dengan meniru jenama di serata dunia. Orang kata, pukul habis.

Smart vs er. Chinese Smart
Honda CRV vs Laibao SRV
Vauxhall Frontera vs Landwind
Daewoo Matiz vs Chery QQ
Mercedes C vs Geely Merrie 300
Walaubagaimanapun, pada hemat dan pendapat saya ada bagusnya dasar produk tiruan yang dilakukan oleh China sekarang ini kerana ia mampu memajukan negara. China sekarang ini mengikut jejak langkah Jepun dan Korea di mana mereka dahulu membawa teknologi dan meniru produk sehingga menjadi hampir sama dan yang pentingnya mampu dihasilkan pada kos yang lebih murah. Kemudian apabila mereka sudah maju dan mampu berdiri sendiri dengan menjenamakan produk-produk mereka sehingga menjadi terkenal dan setaning dengan jenama antarabangsa seperti yang ada sekarang. Itu antara cara mereka ketika mula-mula ingin naik dahulu.
Di China tiada masalah kerana undang-undang negara mereka membenarkan syarikat automotif membuat kereta tiruan buatan China daripada mana-mana model di serata dunia. Tujuan asal undang-undang sebegini dilaksanakan adalah untuk membolehkan rakyat memiliki model seakan kereta luar tanpa mengimport model tersebut disebabkan akibat dasar tertutup China suatu masa dulu. Tetapi dasar yang sama masih diguna pakai walaupun polisi perdagangan china lebih terbuka sekarang.
Itulah sebabnya syarikat automotif antarabangsa mempunyai masalah dalam mengembangkan penjualan kereta di sana, terutamanya model-model pertengahan mewah. Rasanya dasar sebegini dijangka tidak dapat bertahan lama kerana tekanan dari negara luar China, dan lambat laun polisi rekabentuk dan hakcipta akan terpaksa digunapakai untuk menarik pelabur luar masuk ke pasaran China.

FAM Perlu Kembalikan Kemeriahan LIga Malaysia

Pada tahun 1989 Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) telah memperkenalkan satu liga yang dinamakan Liga Semi-pro. Ia lebih kearah liga professional.
Liga ini disertai oleh negeri negeri di dalam Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak.FAM juga menjemput beberapa negara jiran seperti Singapura dan Brunei untuk sama sama memeriahkan liga tempatan ini.Pada era tersebut ramai pemain pemain dari negara luar datang untuk bermain di liga ini.
Nama nama seperti Alistair Edward,Abbas Saad,Repasi,Peter Nikerten,Adigun,Michael Vana merupakan nama nama pemain impot yang menjadi buah mulut peminat peminat bolasepak tanahair.Tidak ketinggalan juga pemain pemain ternama tempatan seperti Azizol Abu Hanifah,Dollah Salleh,Zainal Abidin,Azman Adnan dan ramai lagi yang kelibat mereka digeruni pihak lawan.
Pada masa itu kemeriahan liga bolasepak tempatan amat dikagumi oleh bukan sahaja rakyat tempatan tetapi seluruh dunia.Dari Eropah , Afrika, Timut Tengah hinggalah Asia serta Tenggara Asia liga ini seolah olah memanggil pemain pemain luar bermain di sini.
Hari ini,apakah kita dapat melihat dan merasai lagi bahang kemeriahan liga bolasepak di Malaysia?Kehadiran penonton di setiap stadium yang menyedihkan sehinggakan kutipan tiket tidak dapat menampung setiap amaun yang kena bayar pada setiap kali perlawanan diadakan.
Apakah ini yang ingin dilihat oleh FAM?Kalaupun mereka tahu keadaan ini,mereka hanya berdiam diri.Sikap mereka seperti melepaskan batuk di tangga.Dapat mengadakan liga sudah cukup seperti apa yang dilakukan oleh negara lain.Sedangkan mutu pertandingan amatlah memalukan dan keadaan ini menampakkan sikap tidak profeesional FAM.Walaupun badan ini diamanahkan untuk memajukan bolasepak tanahair serta meningkatkan mutu permainan tetapi semua ini hanya mimpi di siang hari. Bukan itu sahaja mutu pengadilan juga sering dipertikaikan oleh pemain pemain dan jurulatih.
Hampir 20 tahun FAM mengendalikan liga bolasepak di Malaysia, mereka masih tidak belajar dari kesilapan .Tidak mahu melihat perkembangan liga negara negara lain seperti Liga Singapura,Liga Jepun dan sebagainya.
Kesemua ahli ahli jawatankuasa pengurusan FAM dan juga Persatuan persatuan bolasepak negeri seolah olah terkunci mulut dan dibelenggu otak mereka dari memberikan pendapat dan pandangan mengenai mutu pengendalian liga ini.Mereka ini 'segan' dan 'takut' untuk bersuara dan membetulkan kepincangan pengendalian liga ini.
Kita tidak boleh menyalahkan sesiapa dalam kontek ini.Sememangnya tiada siapa yang mahu bersikap menentang pandangan dan arahan pihak 'atasan' dikhuatiri dianggap menderhaka,tetapi demi kemajuan dan pembangunan bolasepak Malaysia yang memalukan ini kita mesti berani berubah dan mengubah sindrom 'segan' dan 'takut' ini dan pihak 'atasan' haruslah bersikap positif dan bertindak proaktif demi kemajuan bolasepak di negara ini.
Apa yang di musykilkan oleh peminat -peminat bolasepak tempatan ialah kita sekarang berada di era professional.Tetapi pemikiran dan tindakan kita seperti konsevatif.Kita mengundur ke belakang sedangkan bolasepak telah lama menjadi suatu bentuk 'hiburan' rakyat seluruh dunia dan Malaysia khususnya sangat mengharapkan era kegemilangan ini dikembalikan dalam liga kita.
Beberapa tindakan drastik pihak FAM perlu dilaksanakan. Salah satunya ialah dengan mengembalikan semula kegemilangan Liga Malaysia walau dengan apa cara sekalipun.Sikap menghalang dan memberhentikan kemasukan pemain pemain impot menampakkan sikap tidak professional FAM.Walaupun apa alasan nya seperti memberi kesan negatif kepada pemain pemain tempatan,ini adalah satu pemikiran yang di bawah tahap professional.
Saya ingin memberi idea.FAM boleh menghadkan pengambilan pemain impot oleh setiap pasukan negeri kepada 3 orang sahaja.Mereka ini hendaklah di letakkan setiap seorang di bahagian tengah dan pertahanan kecuali posisi penjaga gol dan penyerang(striker).Alasannya ialah FAM tidak akan ketandusan penjaga gol dan striker dari kalangan pemain tempatan. FAM boleh mengenakan tindakan tatatertib dan denda kepada pasukan pasukan negeri yang melanggar peraturan ini.
Tindakan pengambilan pemain pemain impot adalah untuk memeriahkan kembali liga kita yang semakin hambar dan membaikpulih reputasi FAM selaku badan yang bertanggung jawab dalam memajukan bolasepak negara ini.
Peminat peminat mahu melihat aksi aksi hebat dari pemain impot disamping kelibat pemain pemain tempatan yang melonjak hasil dari sikap positif FAM.Apabila kemeriahan bolasepak kembali dalam liga Malaysia ini ,kutipan stadium akan meningkat,pihak pihak swasta bekeyakinan untuk menjadi penaja,pemain pemain akan terbela dan FAM sendiri akan kembali ber reputasi.Tidak akan ada lagi pasukan pasukan negeri yang hutangnya tertunggak dan menjadi cercaan orang ramai.Mereka mampu menyelesaikan hal hal mengenai pembayaran kerana hasil kutipan tiket yang tinggi dan mutu permainan yang hebat.
Saya berkeyakinan sekiranya kita mahu melihat liga bolasepak kita kembali seperti dahulu dan pasukan negeri tidak dihimpit masalah kewangan bertindak lah denagn bijak.salah satu caranya ialah tunjukkan sikap professional kita dan bertindaklah secara professional.Kalau masih dengan cara yang sama kembalilah ke era amatur.Tiada siapa yang mahu mencemuh dan tiada siapa yang mahu ambil tahu.Oleh itu FAM tepuk dada dan tanyalah minda .

Tuesday, 16 February 2010

Kemarau-Cacatan Suhu Tinggi

Berikutan keadaan cuaca kini yang terlalu panas, suhu setinggi 38.3 darjah celsius yang dicatatkan di Alor Star Ahad lepas adalah yang kedua tertinggi pernah dicatatkan di negara ini setakat ini.
Suhu tertinggi yang pernah dicatat oleh Jabatan Perkhidmatan Kaji Cuaca Malaysia ialah 40.1 darjah celsius pada 9 April 1998 di Chuping, Perlis. Kepanasan dengan suhu sekitar 37 darjah celsius dirasakan di kebanyakan bandar sepanjang dua minggu lepas berbanding purata suhu biasa di Malaysia antara 34 dan 35 darjah celsius.
Ketua Penolong Pengarah Pusat Ramalan Kaji Cuaca jabatan itu, Wong Teck Kiong berkata kawasan utara ialah yang paling teruk dilanda cuaca panas dengan purata suhu antara 36 dan 37.2 darjah celsius. "Ia ada kaitan dengan cuaca kering dan kebanyakan stesen kita mencatatkan jumlah hujan yang amat sedikit dalam minggu-minggu kebelakangan ini. Ini yang menyebabkan peningkatan suhu," katanya kepada Bernama di Petaling Jaya Rabu. Semalam, suhu di Singapura dan Bangkok, Thailand yang berjiran dengan Malaysia turut mencatat angka tinggi, iaitu 35 dan 33 darjah celsius masing-masing. "Suhu 38.3 itu sebenarnya sangat tinggi dan ia juga mungkin disebabkan ekuinoks yang dijadualkan berlaku pada 21 Mac," kata Wong.
Ekuinoks terjadi apabila matahari bergerak hampir kepada khatulistiwa dan memandangkan Malaysia berkedudukan hampir dengannya, ada kemungkinan suhu akan terus meningkat, kata beliau. "Dari 22 Feb sehingga hujung Mac 2005, cuaca panas dan kering dijangka berterusan di kebanyakan tempat di Malaysia, kecuali ribut petir yang berlaku sekali-sekala sebelah petang di kawasan tengah dan selatan Pantai Barat Semenanjung dan barat Sarawak. Ribut petir petang hari juga dijangka berlaku selepas monsun Timur Laut berakhir pada bulan Mac dan musim antara monsun itu boleh menyebabkan cuaca hujan di Pantai Barat Semenanjung," kata Wong.