Wednesday, 17 February 2010

FAM Perlu Kembalikan Kemeriahan LIga Malaysia

Pada tahun 1989 Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) telah memperkenalkan satu liga yang dinamakan Liga Semi-pro. Ia lebih kearah liga professional.
Liga ini disertai oleh negeri negeri di dalam Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak.FAM juga menjemput beberapa negara jiran seperti Singapura dan Brunei untuk sama sama memeriahkan liga tempatan ini.Pada era tersebut ramai pemain pemain dari negara luar datang untuk bermain di liga ini.
Nama nama seperti Alistair Edward,Abbas Saad,Repasi,Peter Nikerten,Adigun,Michael Vana merupakan nama nama pemain impot yang menjadi buah mulut peminat peminat bolasepak tanahair.Tidak ketinggalan juga pemain pemain ternama tempatan seperti Azizol Abu Hanifah,Dollah Salleh,Zainal Abidin,Azman Adnan dan ramai lagi yang kelibat mereka digeruni pihak lawan.
Pada masa itu kemeriahan liga bolasepak tempatan amat dikagumi oleh bukan sahaja rakyat tempatan tetapi seluruh dunia.Dari Eropah , Afrika, Timut Tengah hinggalah Asia serta Tenggara Asia liga ini seolah olah memanggil pemain pemain luar bermain di sini.
Hari ini,apakah kita dapat melihat dan merasai lagi bahang kemeriahan liga bolasepak di Malaysia?Kehadiran penonton di setiap stadium yang menyedihkan sehinggakan kutipan tiket tidak dapat menampung setiap amaun yang kena bayar pada setiap kali perlawanan diadakan.
Apakah ini yang ingin dilihat oleh FAM?Kalaupun mereka tahu keadaan ini,mereka hanya berdiam diri.Sikap mereka seperti melepaskan batuk di tangga.Dapat mengadakan liga sudah cukup seperti apa yang dilakukan oleh negara lain.Sedangkan mutu pertandingan amatlah memalukan dan keadaan ini menampakkan sikap tidak profeesional FAM.Walaupun badan ini diamanahkan untuk memajukan bolasepak tanahair serta meningkatkan mutu permainan tetapi semua ini hanya mimpi di siang hari. Bukan itu sahaja mutu pengadilan juga sering dipertikaikan oleh pemain pemain dan jurulatih.
Hampir 20 tahun FAM mengendalikan liga bolasepak di Malaysia, mereka masih tidak belajar dari kesilapan .Tidak mahu melihat perkembangan liga negara negara lain seperti Liga Singapura,Liga Jepun dan sebagainya.
Kesemua ahli ahli jawatankuasa pengurusan FAM dan juga Persatuan persatuan bolasepak negeri seolah olah terkunci mulut dan dibelenggu otak mereka dari memberikan pendapat dan pandangan mengenai mutu pengendalian liga ini.Mereka ini 'segan' dan 'takut' untuk bersuara dan membetulkan kepincangan pengendalian liga ini.
Kita tidak boleh menyalahkan sesiapa dalam kontek ini.Sememangnya tiada siapa yang mahu bersikap menentang pandangan dan arahan pihak 'atasan' dikhuatiri dianggap menderhaka,tetapi demi kemajuan dan pembangunan bolasepak Malaysia yang memalukan ini kita mesti berani berubah dan mengubah sindrom 'segan' dan 'takut' ini dan pihak 'atasan' haruslah bersikap positif dan bertindak proaktif demi kemajuan bolasepak di negara ini.
Apa yang di musykilkan oleh peminat -peminat bolasepak tempatan ialah kita sekarang berada di era professional.Tetapi pemikiran dan tindakan kita seperti konsevatif.Kita mengundur ke belakang sedangkan bolasepak telah lama menjadi suatu bentuk 'hiburan' rakyat seluruh dunia dan Malaysia khususnya sangat mengharapkan era kegemilangan ini dikembalikan dalam liga kita.
Beberapa tindakan drastik pihak FAM perlu dilaksanakan. Salah satunya ialah dengan mengembalikan semula kegemilangan Liga Malaysia walau dengan apa cara sekalipun.Sikap menghalang dan memberhentikan kemasukan pemain pemain impot menampakkan sikap tidak professional FAM.Walaupun apa alasan nya seperti memberi kesan negatif kepada pemain pemain tempatan,ini adalah satu pemikiran yang di bawah tahap professional.
Saya ingin memberi idea.FAM boleh menghadkan pengambilan pemain impot oleh setiap pasukan negeri kepada 3 orang sahaja.Mereka ini hendaklah di letakkan setiap seorang di bahagian tengah dan pertahanan kecuali posisi penjaga gol dan penyerang(striker).Alasannya ialah FAM tidak akan ketandusan penjaga gol dan striker dari kalangan pemain tempatan. FAM boleh mengenakan tindakan tatatertib dan denda kepada pasukan pasukan negeri yang melanggar peraturan ini.
Tindakan pengambilan pemain pemain impot adalah untuk memeriahkan kembali liga kita yang semakin hambar dan membaikpulih reputasi FAM selaku badan yang bertanggung jawab dalam memajukan bolasepak negara ini.
Peminat peminat mahu melihat aksi aksi hebat dari pemain impot disamping kelibat pemain pemain tempatan yang melonjak hasil dari sikap positif FAM.Apabila kemeriahan bolasepak kembali dalam liga Malaysia ini ,kutipan stadium akan meningkat,pihak pihak swasta bekeyakinan untuk menjadi penaja,pemain pemain akan terbela dan FAM sendiri akan kembali ber reputasi.Tidak akan ada lagi pasukan pasukan negeri yang hutangnya tertunggak dan menjadi cercaan orang ramai.Mereka mampu menyelesaikan hal hal mengenai pembayaran kerana hasil kutipan tiket yang tinggi dan mutu permainan yang hebat.
Saya berkeyakinan sekiranya kita mahu melihat liga bolasepak kita kembali seperti dahulu dan pasukan negeri tidak dihimpit masalah kewangan bertindak lah denagn bijak.salah satu caranya ialah tunjukkan sikap professional kita dan bertindaklah secara professional.Kalau masih dengan cara yang sama kembalilah ke era amatur.Tiada siapa yang mahu mencemuh dan tiada siapa yang mahu ambil tahu.Oleh itu FAM tepuk dada dan tanyalah minda .

No comments:

Post a Comment