Jauh bukan terpisah...
Dekat bukan disamping.
Biar dekat maupun jauh
Jika hati tidak mengingati
Jarak pasti menjadi duri
Dan tidak bisa tuk dilalui
Bermenung pada kenangan.
Mengundang kepiluan ,
Andai dapat kuundurkan masa
Ingin ku ulang semula tarian itu
Biarpun tidak rata
Akan ku tari jua mengikut alunan.
Andai dicantum seluruh benua.
Luas lagi rasa cintaku padamu.
7 lautan berjaya kurenangi
Namun aku lemas ditasik cintamu.
Ku lepaskan layar kasih
Namun ombak rindu yang memukul.
Apakan daya aku
Telah tewas didasar hatimu.
Aku teruk dilambung ombak
Dipukul gelombang
Di henyak kepantai..
Namun aku sudah lali semua itu
Selagi kau ada diseberang sana
Setia menantiku..
Lautan luas sanggup ku rentasi.
Thursday, 31 October 2013
Sunday, 27 October 2013
SAJAK-Dalam Masa Yang Sama
Dalam masa yang sama.....
Aku jadi diam dan terpaku
Aku jadi lemah dan bisu
Khabar yang menyengat
Seluruh dinding hati
Dan mencakar perasaan
Hampir terbakar segala senyuman
Dalam masa yang sama....
Hatiku redup dan berlayar
Jauh ke tengah samudera
Mengimbau angin2 rasa yang bersisa
Sewaktu terucap kalimah itu.
Biarpun samudera dimataku
Terlebih hebat geloranya
Dari arus hati yang berombak.
Dalam masa yang sama...
Hujan yang menitis ini
Menghilangkan daya upayaku
Pertahankan bisanya racun
Menjalari setiap urat nadi
Kerana kau ulitkan
Satu rasa dalam satu jiwa
Yang masih punya keutuhan
Mengasihi nahkoda lain
Yang pastinya punya kelebihan
Melayarkan bahtera itu.
Dalam masa yang sama....
Dalam gerimis ini
Ku tarik kembali hamparan
Permaidani hati
Yang pernah kuberi dulu
Hanya bicara dan ucapan
Selamat berbahagia untuk
Yang pernah mencuri rasa ini.
......is
Tuesday, 22 October 2013
SAJAK- Angananku
Aku seperti selalu
Meredah kabus sutra ini
Menguji kesetiaan dia
Yang bukan ke mana mana
Namun aku sengaja mengujinya
Tetapi banyak airmata yang tumpah
Sekadar memuaskan hati
Dia baik ...
seorang yang terlalu bererti
Membina salasilah cinta dan rinduhati
Dahulunya layu dan hampir mati
Saban hari disirami dibajai
Akhirnya berbunga kembali
Haruskah aku sedar diri
Sedang dia terlalu sukar dimiliki
Ada duri dan onak menanti
Jika hati yang kuturuti
Kupijak kulanggar pasti
Biar berdarah dan jadi saksi
Betapa aku ingin memiliki
Dari dulu masih berpaksi.
Tegak dan terus berdiri.
Wahai Bidadari......
Apa yang aku angankan
Dan apa yang aku hasratkan
Mungkin jadinya tak pasti
Sedang kau tak mampu
Memasuki angananku.
.......is
Meredah kabus sutra ini
Menguji kesetiaan dia
Yang bukan ke mana mana
Namun aku sengaja mengujinya
Tetapi banyak airmata yang tumpah
Sekadar memuaskan hati
Dia baik ...
seorang yang terlalu bererti
Membina salasilah cinta dan rinduhati
Dahulunya layu dan hampir mati
Saban hari disirami dibajai
Akhirnya berbunga kembali
Haruskah aku sedar diri
Sedang dia terlalu sukar dimiliki
Ada duri dan onak menanti
Jika hati yang kuturuti
Kupijak kulanggar pasti
Biar berdarah dan jadi saksi
Betapa aku ingin memiliki
Dari dulu masih berpaksi.
Tegak dan terus berdiri.
Wahai Bidadari......
Apa yang aku angankan
Dan apa yang aku hasratkan
Mungkin jadinya tak pasti
Sedang kau tak mampu
Memasuki angananku.
.......is
Monday, 21 October 2013
SAJAK-Aku Teruskan Jua
Menutup ihsan yang terbuka
biarkan sahaja hingga terbit sedar
Dalam diri yang gelap gelita
Tanpa penyuluh penunjuk jalan
Aku terus pedulikan dia
Kerana aku ada hati
Yang hangat membara mengembara
Setiap ceruk dan sudut
Mencari redha dan kasih
Yang hampir tenggelam
bersama puin puin amarahmu
Tidak mengapa...
Selagi bulan masih bercahaya
Selagi bintang masih mengerlip
Di situ pungguk memendam rasa
rindu dendam semua terasa
namun tiada siapa yang suka
Peduli apa aku...
Apa yang tidak aku lakukan
Ku kepal cinta menjadi gunung
Ku titis rindu menjadi lautan
Ku tenun kasih menjadi awan
Ku lentur sayang menjadi lukisan
Ku tatang semuanya menjadi tulisan
Apakah dia tidak sedar?
....is
SAJAK- Tiada Siapa Yang Tahu
Tiada siapa tahu luka yg didalam
Luar nampak sihat
Diri menanggung sakitnya.
Luar nampak senyuman
Di dalam derita bersalut duka..
Alangkah perit dan pedih spt ditusuk sembilu...
Jika tiada penawar membalut rindu..
Tangisan berairmata
Kepiluan menghiris kalbu
Tersedu merembes duka
Menjajar sengsara berderetan
Menyengat seluruh rasa dan deria
Kuatlah aku untuk semua rindu
Yang tak pernah habis mencengkam.
Duhai kasih....
Fahamilah dan bantulah
Pautkan rindu ini di dahan cintamu
Aku ingin hidup
Dengan rasa dan jiwa berdakapan
Rasa hangat kasihsayangmu.
.......is
Luar nampak sihat
Diri menanggung sakitnya.
Luar nampak senyuman
Di dalam derita bersalut duka..
Alangkah perit dan pedih spt ditusuk sembilu...
Jika tiada penawar membalut rindu..
Tangisan berairmata
Kepiluan menghiris kalbu
Tersedu merembes duka
Menjajar sengsara berderetan
Menyengat seluruh rasa dan deria
Kuatlah aku untuk semua rindu
Yang tak pernah habis mencengkam.
Duhai kasih....
Fahamilah dan bantulah
Pautkan rindu ini di dahan cintamu
Aku ingin hidup
Dengan rasa dan jiwa berdakapan
Rasa hangat kasihsayangmu.
.......is
Friday, 18 October 2013
SAJAK-Maafkan Aku
Maafkan aku
Kerana aku bukan seperti dulu
Dan aku mungkin tidak tahu
Ada hati yang menyimpan rindu
Maafkan aku
Kerana aku telah berubah
Memuja dan mendambakan
Dia yang satu
Yang saban waktu menemaniku
Yang saban waktu mendengari aku
Dan aku berasakan
Zalimlah aku
Andainya melepaskan cinta
Yang lama tersimpul mati
Aku kepingin mengikat
Hatiku dengan hatinya
Jiwaku dan jiwanya
Persis Jayaprana dan Layonsari
Namun entah bila
Aku tetap akan menunggu.
Hingga yang hadir itu
Pemisah Roh dan Jiwa
.....Izrael
....is
Kerana aku bukan seperti dulu
Dan aku mungkin tidak tahu
Ada hati yang menyimpan rindu
Maafkan aku
Kerana aku telah berubah
Memuja dan mendambakan
Dia yang satu
Yang saban waktu menemaniku
Yang saban waktu mendengari aku
Dan aku berasakan
Zalimlah aku
Andainya melepaskan cinta
Yang lama tersimpul mati
Aku kepingin mengikat
Hatiku dengan hatinya
Jiwaku dan jiwanya
Persis Jayaprana dan Layonsari
Namun entah bila
Aku tetap akan menunggu.
Hingga yang hadir itu
Pemisah Roh dan Jiwa
.....Izrael
....is