Saturday 9 April 2011

SAJAK- Ibu

Ku ciptakan sajak ini sebagai luahan kasih sayang buat ibu.Aku sedar aku tidak mampu menjaga ibu sepertimana ibu pernah memelihara  aku dari kecil hingga aku dewasa.Namun aku sedaya upaya menjalankan tanggungjawab aku  meskipun aku tahu ianya tidak setimpal dengan budi dan jasa serta  pengorbanan agungmu.
 
Setitik air susu yang masuk ke mulut
besar hajat ibu nak melihat aku hidup
air susu ibu tiada ternilai harganya
walau wang beribu dan harta berjuta.
Kulihat wajah ibu sejak muda sampai tua
dahi berkedut seribu uban putih penuh di kepala
aku tahiu ibu banyak jasanya
air tangan ibu seribu bau seribu rasa
terima kasih ibu.
Sejak kecil hingga aku besar
nyamuk seekor pun tidak diberi menggigit aku 
kerana aku kau jaga.
makan minum dan pakaian tidak pernah kurang
mendidik aku dengan penuh kasih sayang.
Pabila besar baru aku sedar
tidak ternilai ibu menabur jasa dan budi
seluruh kehidupan sanggup menjadi lilin
membakar diri 
rela berkorban memlihara aku seorang.
Ibu yang sudah tua
duduk sendiri memerhatikan anak anak
mengharapkan suatu hari
pabila anak sudah berjaya
ingin menumpang kasih kiranya masih bernyawa.
Selama ini ibu seperti hamba
hari ini aku ingin membalas jasanya
sakit demam makan minum pakaianmu
biar aku yang jaga
biar ibu senang di masa tua.
Ibu tidak mengharapkan harta dari anak anak
menjenguknya sebentar
sudah terubat rindu dikalbu.
Aku tidak akan lupa pada jasa dan budimu.
Oh Ibu!  ...Oh Ibu!
aku sayang padamu
 


No comments:

Post a Comment