Tuesday 29 March 2011

Berbahagialah wahai isteriku...

Semalam aku celebrate my wife birthday.Biasanya aku candle light dinner dengan dia kat mana mana hotel atau restaurant..
Makan Italian food ke (ni yang dia paling suka) western ke atau arabic food. Paling best kalau pergi karaoke sambil celebrate harijadi dia dengan anak anak semua.Semalam lain dari yang lain.Aku syorkan pada dia supaya buat barbecue.Panggil adik beradik dia raikan bersama.Dia tak kisah.
Pagi pagi lagi aku dah ke pasar.Beli ayam, ikan cencaru (sedap kalau bakar),pari ,sosej dan udang.Daging kambing aku beli di Tesco dah siap sapu dengan perencahnya.Ikan kalau kena dengan kuah asam perhh!! sedap hingga menggigit jari. dan ayam  dengan black pepper pun dah memadai. Kemudian goreng nasi goreng cina . Simple simple aje.
Selepas wife aku perap kesemuanya, lepas solat Asar kitaorang pergi Sg.Buluh cari pokok pokok bunga.Aku ikut kan  ajer ..hari tu kan harijadi dia.. kopak aku seratus lebih.pasal pokok bunga ajer.Kita  orang buat gardening.
Lepas Maghrib adik beradik dia datang.  Ada yang bawa hadiah ada yang bawa kek dan ada yang bawa sampul..Entah apa aku pun tak tahu.Dia orang adik beradik memang rapat.
Rumah aku riuh rendah dengan gelak tawa .Aku lihat wajah isteri ku sangat ceria dan mungkin dia sangat bergembira pada hari itu kerana sambutan kali ini sangat berbeza.Aku pun puas berbelanja untuk menyambut hari jadinya.Semoga isteriku panjang umur ,murah rezeki dan berbahagia di dinia dan Akhirat.

No comments:

Post a Comment