Sunday, 28 February 2010
Ayah dan Ibu menurut al-Sunnah
Menderhaka Kepada Ibu Bapa
WANITA yang derhaka kepada ibu bapa termasuk dalam senarai mereka yang dicintai iblis. Oleh kerana ibu telah melahirkan kita, sehinggakan Allah menyebutkan bahawa redha Allah tergantung kepada redha ibu bapa.
“Dan Rabb-mu telah memerintahkan supaya kamu jangan beribadahselain kepada-Nya, dan hendaklah kamu berbuat baik kepada ibu-bapamu. Jika salah seorang diantara keduanya atau kedua-duanyasampai berumur lanjut dalam pemeliharaanmu, sekali-kali janganlah kamu mengatakan kepada keduanya perkataan “ah” dan jangan kamu membentak mereka dan ucapkanlah kepada mereka perkataan yang mulia. Dan rendahkanlah dirimu terhadap mereka berdua dengan penuh kesayangan dan ucapkanlah: “Ya Rabbi, kasihanilah mereka kedua-duanya, sebagaimana mereka berdua telah menyantuni aku waktu kecil.”
(Al’Israk: 23-24)
Allah memerintahkan agar manusia berbakti kepada kedua ibu bapa mereka dan mentaati mereka. Bagi wanita ketaatan merekasebelum mereka berkahwin adalah kepada kedua ibu-bapa mereka dan selepas berkahwin, kepada suami mereka. Menyakiti hati kedua mereka adalah merupakan dosa yang amat besar.
Oleh kerana mengherdik ibu bapa sudah termasuk perbuatan dosa besar, apalagi memutuskan hubungan dengan mereka. Ianya merupakan perbuatan seperti mana yang diumpamakan dalam sebuah peribahasa, “kacang lupakan kulitnya.”
Islam melarang memutuskan tali silaturrahim apalagi dengan ibu bapa. Kalau seorang anak perempuan memutuskan perhubungan dengan ibu bapanya, suaminya yang akan menanggung dosa sekiranya dilakukan dengan perintah suami.
Ibu telah melahirkan dalam keadaan yang payah dan sukar, manakala bapa pula bertungkus lumus dari pagi hingga petang mencari nafkah demi anak-anak. Memandangkan kepada jasa-jasa yang sedemikian hebatnya, adalah tidak wajar apabila sang anak melupakan jasa-jasa tersebut.
Merupakan kewajipan anak untuk mengetahui akan hak dan jasa baik ibu bapanya. Ia tidak boleh melakukan perbuatan yang menyebabkan ibu bapanya marah atau murka kepadanya, ia tidak boleh berdusta atau berbohong kepada kedua-duanya.
2-Mentaati perintah kedua-duanya selagi tidak bertentangan dengan perintah Allah.
3-Melihat wajah mereka dengan kasih sayang merupakan ibadah.
4-Mendoakan mereka berdua dengan doa yang baik.
5-Menjaga hati mereka berdua dan menggembirakan mereka.
6-Menjalinkan silaturrahim dengan sahabat-sahabat mereka.
7-Menziarahi kubur ibu bapa jika mereka telah meninggal dunia
Thursday, 18 February 2010
Kehakiman Syariah- Jangan Campur Tangan
Turut membidas tindakan merotan oleh kerajaan ialah Persatuan Badan Bertindak Wanita (Awam).
Dalam kenyataan akhbarnya, Awam menuntut Menteri Dalam Negeri menjelaskan mengapa hukuman dijalankan secara rahsia.
Presidennya, Sofia Lim Siu Ching berkata hukuman itu dijalankan dengan niat jahat dan bertentangan dengan kepentingan awam yang mendapat perhatian seluruh dunia.
"Menteri Dalam Negeri perlu menjelaskan mengapa hukuman dijalankan tergesa-gesa sedangkan beberapa persoalan berhubung kes Kartika masih belum selesai," katanya.
Kumpulan hak asasi manusia antarabangsa, Amnesty International (AI) juga mahukan Malaysia menamatkan segera apa yang dilabelkan mereka sebagai 'wabak merotan'AI juga mendakwa pihak berkuasa di negara ini telah merotan ribuan lelaki selain kes berprofail tinggi tiga wanita berkenaan.
Kumpulan yang berpangkalan di London itu berkata lebih 35,000 orang, kebanyakan mereka bukan rakyat Malaysia - dirotan atas kesalahan imigresen sejak 2002.
Menurut timbalan pengarah Asia-Pasifik AI, Donna Guest "ribuan kes berkenaan merujuk kepada wabak merotan yang mula berleluasa di Malaysia."
"Kerajaan Malaysia perlu menghapuskan hukuman merotan yang memang kejam dan zalim tanpa mengira apa jua kesalahan mereka," Katanya dalam satu kenyataan akhbar hari ini.
Hukuman kuno
Majlis Peguam dengan keanggotan 13,500 ahli juga membidas tindakan merotan tiga wanita berkenaan.
Menurut badan perundangan itu, ahli-ahlinya telah meluluskan satu resolusi tiga tahun yang menolak sebatan sebagai satu bentuk hukuman kerana beranggapan ia hukuman kuno dan tidak selaras dengan konsep masyarakat penyayang.
“Pendapat kami selaras dengan norma-norma hak asasi antarabangsa yang membantah hukuman merotan dan juga hukuman membabitkan bentuk jasmani yang dianggap kejam, tidak berperikemanusiaan serta memalukan.," kata pengerusinya, Ragunath Kesavan (kanan).
Tambahnya lagi, hukuman merotan ke atas wanita adalah juga bertentangan dengan Seksyen 289, Akta Kanun Jenayah.
"Adalah memeranjatkan, kerajaan hanya mengumumkan perkara itu (merotan tiga wanita berkenaan) setelah hukuman sudah dilaksanakan," katanya juga dalam satu kenyataan akhbar hari ini.
Poligami Boleh Melanjutkan Usia.
Wednesday, 17 February 2010
Kereta Tiruan China
Bukan sahaja di China, malah negara Taiwan juga terkenal dengan hasil tiruannya. Bezanya di sini Taiwan suka meniru jenama Jepun. Korea? Korea pun suka meniru jenama Jepun tetapi China pun lebih rakus dengan meniru jenama di serata dunia. Orang kata, pukul habis.
Smart vs er. Chinese Smart
Honda CRV vs Laibao SRV
Vauxhall Frontera vs Landwind
Daewoo Matiz vs Chery QQ
Mercedes C vs Geely Merrie 300
Di China tiada masalah kerana undang-undang negara mereka membenarkan syarikat automotif membuat kereta tiruan buatan China daripada mana-mana model di serata dunia. Tujuan asal undang-undang sebegini dilaksanakan adalah untuk membolehkan rakyat memiliki model seakan kereta luar tanpa mengimport model tersebut disebabkan akibat dasar tertutup China suatu masa dulu. Tetapi dasar yang sama masih diguna pakai walaupun polisi perdagangan china lebih terbuka sekarang.
Itulah sebabnya syarikat automotif antarabangsa mempunyai masalah dalam mengembangkan penjualan kereta di sana, terutamanya model-model pertengahan mewah. Rasanya dasar sebegini dijangka tidak dapat bertahan lama kerana tekanan dari negara luar China, dan lambat laun polisi rekabentuk dan hakcipta akan terpaksa digunapakai untuk menarik pelabur luar masuk ke pasaran China.
FAM Perlu Kembalikan Kemeriahan LIga Malaysia
Pada masa itu kemeriahan liga bolasepak tempatan amat dikagumi oleh bukan sahaja rakyat tempatan tetapi seluruh dunia.Dari Eropah , Afrika, Timut Tengah hinggalah Asia serta Tenggara Asia liga ini seolah olah memanggil pemain pemain luar bermain di sini.
Tuesday, 16 February 2010
Kemarau-Cacatan Suhu Tinggi
Monday, 15 February 2010
Krisis Ekonomi Beri Kesan Kepada Kesihatan Mental Masyarakat
PAKAR Psikologi menjangkakan krisis ekonomi yang mendorong kepada pembuangan kerja dan pengangguran seperti yang berlaku kebelakangan ini bakal meningkatkan lagi risiko penyakit
kemurungan di kalangan masyarakat iaitu antara cabang masalah kesihatan mental. Jangkaan berkenaan berpandukan kepada corak pertambahan masalah kemurungan ketika negara dilanda krisis ekonomi sekitar 1990-an, apabila masalah kemurungan atau tekanan dengan ciri kemurungan meningkat antara 10 hingga 20 peratus. Justeru, persediaan awal perlu dilakukan bagi menyedarkan masyarakat mengenai kemurungan termasuk petanda penyakit dan kepentingan mendapatkan rawatan.
Presiden Persekutuan Psikiatri dan Kesihatan Mental ASEAN (AFPMH), Prof Dr Mohamad Hussain Habil, berkata kemurungan yang tidak dirawat menyebabkan pesakit menderita sendirian, hilang keupayaan untuk hidup serta mendorong rasa untuk membunuh diri sebagai langkah keluar daripada masalah yang membelenggu.
“Malangnya tidak semua pesakit tahu mengenai penyakit dihadapi dan akhirnya gagal mendapatkan rawatan sewajarnya kerana tidak berjumpa pakar psikiatri. Hakikatnya dianggarkan 10 hingga 15 peratus pesakit yang mendapatkan rawatan di klinik biasa sebenarnya mengalami kemurungan.
Memandangkan doktor berkenaan gagal mengenal pasti penyakit sebenar, mereka tidak mendapat rawatan sempurna. Kebanyakan hanya datang berjumpa pakar psikiatri apabila keadaan mereka sudah teruk,” katanya.
Beliau berkata, rawatan yang diberikan oleh doktor bukan pakar hanya boleh merawat gejala secara sementara seperti sakit badan atau sakit kepala yang lazim berlaku seiring dengan masalah kemurungan. Malah ia juga boleh menyebabkan pesakit ketagih kepada ubat seperti ubat tidur. Lebih malang, sesetengahnya sanggup mendapatkan rawatan bomoh apabila masih mengalami kemurungan.
“Stigma juga menghalang pesakit mendapat rawatan sempurna. Ramai menganggap seseorang itu gila kalau berjumpa pakar psikiatri walaupun sebenarnya banyak masalah mental yang tidak ada kaitan dengan gila.
Tidak kurang juga yang menganggap kemurungan sebagai masalah biasa. “Ada perbezaan antara kemurungan dengan kesedihan. Kemurungan menjadi satu penyakit apabila kesedihan yang dialami berpanjangan sehingga lebih dua minggu. Gejala lebih teruk apabila ada perasaan ingin membunuh diri. Kedua, masalah gangguan hidup seperti tidak boleh bekerja, tidak boleh melakukan aktiviti keluarga seperti menjaga anak atau memasak dan ketiga, menyebabkan kesengsaraan sehingga membabitkan anak-anak dan keluarga,” katanya.
Kajian The Malaysian Burden of Disease and Injury pada 2000, melaporkan kemurungan sebagai penyebab kedua utama ketidakupayaan di kalangan wanita Malaysia dengan kira-kira 12.7 peratus terjejas dan pada tempat kedua dalam segmen lelaki yang mana 7.2 peratus hidup dalam keadaan tidak berupaya disebabkan penyakit itu. Menjelang 2020, kemurungan menjadi punca kedua kehilangan upaya, pekerjaan dan pembelajaran selepas penyakit jantung, diikuti dengan kemalangan jalan raya di tempat ketiga.
Dr Hussain ditemui pada bengkel media bertema, Hari Kesakitan dan Kemurungan Malaysia Pertama anjuran Eli Lily (M) Sdn Bhd bersama AFPMH dan Persatuan Psikiatri Malaysia (MPA). Bengkel bertujuan menjelaskan kesan kemurungan di samping membincangkan kepentingan diagnosis awal dan betul itu turut dihadiri Presiden MPA, Dr Yen Teck Hoe dan tiga pakar psikologi Pusat Perubatan Universiti Malaya, Dr Ting Joe Hang, Dr Nor Zuraida Zainal dan Dr Jesjeet Singh Gill.
Dr Yen berkata, kemurungan disebabkan ketidakseimbangan dua bahan kimia dalam otak dan badan iaitu serotonin dan noradrenalin. Ia boleh berlaku kepada sesiapa saja tanpa mengira usia dan jantina, tetapi dengan petanda berbeza. Selain akibat tekanan seperti kehilangan kerja dan masalah kewangan, kemurungan juga boleh diwarisi daripada keturunan.
“Kemurungan tidak mengenal sesiapa, malah nama besar seperti Abraham Lincoln, Winston Churchill, Princess Diana, Brooke Shields dan Jim Carrey pernah mengalaminya. Brooke Shields misalnya, berjaya pulih daripada kemurungan selepas melahirkan bayinya. Ini menunjukkan tiada diskriminasi akibat kemurungan. Antara petanda yang perlu diperhatikan seperti hilang minat terhadap aktiviti yang sebelum ini menyeronokkan, sukar tidur, mudah marah, hilang tumpuan, menjadi lembab dan hilang atau pertambahan selera makan,” katanya.
Kajian juga menunjukkan kemurungan lebih kerap terjadi di kalangan wanita berbanding lelaki dengan nisbah 2:1. Antara puncanya, perubahan tahap hormon ketika pusingan haid, kehamilan, selepas bersalin dan menopaus.
Wanita menunjukkan kemurungan dengan gejala seperti putus asa, manakala lelaki pula cenderung menerusi kemarahan dan panas baran.
Prof Dr Nor Zuraida Zainal, berkata ada hubung kait yang tinggi antara kemurungan dengan penyakit kronik seperti barah, jantung, strok dan parkinson. Penyakit kronik menyebabkan jiwa tertekan dan menjejaskan psikologi pesakit dan menyebabkan kemurungan.
“Kesakitan menyebabkan kemurungan dan kemurungan juga menyebabkan kesakitan. Kemurungan boleh memburukkan lagi penyakit dan menjejaskan fizikal yang mengganggu keberkesanan rawatan penyakit kronik. Pesakit dengan kemurungan lazimnya menunjukkan tanda seperti kehilangan atau pertambahan berat badan, lesu, insomnia atau sukar tidur. Mereka yang mengalami sakit pada badan seperti sakit pinggang atau belakang juga mungkin adalah petanda awal kemurungan. Kira-kira 50 peratus kemurungan dikenal pasti dengan petanda ini,” katanya.
Gejala buang bayi, petanda masyarakat makin sakit.
Dalam kejadian yang terbaru, seorang bayi telah ditemui mati selepas dibuang daripada atas sebuah flat. Seorang bayi lagi ditinggalkan dalam beg plastik yang diikat rapat. Lebih menyayatkan hati lagi apabila seorang pelajar melahirkan anak di sekolah dan memasukkan bayi yang baru lahir itu ke dalam beg sekolahnya.Bayi-bayi itu yang dibuang dan sesetengahnya dibiarkan mati hasil daripada keterlanjuran yang dilakukan oleh ibu mereka yang kebanyakannya masih muda remaja. Bayi yang dilahirkan itu hasil daripada perhubungan seks yang dilakukan secara haram dan pergaulan bebas yang sudah menjadi trend bagi masyarakat kita.
Kes Buang Bayi .
CRIME FIGHTING: Identify root causes first
Tackling the nation's social ills, especially the crime rate, head-on would also mean addressing the root causes of crime. Crime is primarily the outcome of multiple adverse social, economic, cultural, educational and family conditions that influence the mindset and activities of an individual.There is a direct cause-and- effect relationship between poverty and crime. Deprived and economically impoverished neighbourhoods breed criminal minds. The theft is committed initially out of survival instincts but later, the greed and desire for material gain leads to property crimes such as robberies, burglaries and auto thefts.In addition to lack of financial resources, poverty manifests itself in poor parental supervision, lack of educational opportunities, lack of meaningful employment options, poor housing and lack of hope. Failure in school and an unstable job situation can combine to push an individual into involvement in crime. Because of their poor educational background, their employment histories consist of mostly low-wage jobs with frequent periods of unemployment, which is another condition conducive to the nurturing of criminals.
Alcohol and substance abuse are often associated with criminal behaviour. Many offenders are under the influence of drugs or alcohol when offences are committed. Both drugs and alcohol impair judgment and reduce inhibitions, giving a person greater courage to commit a crime. Substance abuse and alcohol triggers anti-social and criminal behaviour among some people.
The presence of many illegal immigrants is another factor that needs to be addressed by the government. Their unwarranted presence is a threat to the security and social stability of our country. These illegal immigrants have been the source of many crimes such as house break-ins, snatch thefts, robberies and murders. Before we start looking for a solution to crime that actually works, we need to dig for the root causes of crime. Only then can we find solutions that deal directly with the source of the problem, as opposed to limiting ourselves to dealing with the symptoms through punitive measures. Punishment deals with the symptoms of crime, whereas prevention deals with the root causes.
MASYARAKAT MALAYSIA : DI MANA SIVIKNYA?
Posted by Bayan under Artikel Label: keruntuhan moral, remaja, sivik
Jangan! Jangan! Jangan! Dilarang! Dilarang! Dilarang! Sana-sini, di mana-mana jua tempat di Malaysia terdapat pelbagai ‘jangan’ dan larangan tentang pelbagai perkara. Jangan Merokok, Jangan Membuang Sampah Merata-rata, Jangan Meludah, Dilarang Memijak Rumput, Dilarang Masuk, Dilarang Berkelakuan Sumbang, Dilarang Bercakap dan sebagainya. Kita juga sering diingatkan dengan simbol-simbol larangan tertentu di mana-mana jua. Untuk apakah semua ini?.
Semua kata-kata dan simbol ‘larangan’ dan ‘jangan’ yang ada disekeliling kita adalah untuk mengingatkan kita yang sentiasa lupa dan leka, dan kadangkala buat-buat lupa dan buat-buat tidak nampak. Lupa dan leka bukan kerana hilang ingatan. tidak nampak pula bukan kerana cacat penglihatan. Itu semua berpunca dari suatu keadaan yang dinamakan ‘tiada atau kurang kesedaran SIVIK’.
Kamus Dewan edisi ketiga menginterpretasikan sivik sebagai ilmu tatarakyat dan hak serta perasaan tanggungjawab seseorang terhadap masyarakat. Ilmu tatarakyat pula dihuraikan sebagai ilmu berkenaan bagaimana seseorang hidup dalam masyarakatnya. Pendek kata, sivik yang sinonim dengan perkataan ‘kesedaran’ membawa kita kepada suatu aspek kesedaran mental dan fizikal untuk hidup bermasyarakat dengan terkandungnya nilai-nilai tanggungjawab, hormat-menghormati, amanah, ikhlas, beretika, bersatu padu dan sebagainya. Sampah dibuang merata-rata. Masalah pembuangan sisa pepejal domestik juga sering mendapat perhatian pelbagai pihak. Kerana tiada kesedaran sivik, sampah dibuang sesuka hati di kawasan semak-samun, tepi jalan raya (mungkin dicampak melalui kenderaan), premis terbengkalai, rumah kosong dan kawasan terpencil yang jauh daripada pandangan orang ramai. Malah yang lebih menyedihkan, segelintir masyarakat sewenang-wenangnya membuang sampah di dalam sungai dan longkang sehingga menyebabkan berlakunya banjir kilat dan pencemaran air yang serius. Mungkin ini disebabkan oleh ketiadaan tong sampah yang berdekatan atau mungkin juga masyarakat tidak didedahkan dengan cara-cara yang baik untuk membuang sampah. Kesan paling nyata, bungkusan sampah yang mengandungi pelbagai jenis sisa makanan akan menjadi tempat pembiakan paling ideal bagi nyamuk aedes.
Menurut Pengarah Kawalan Penyakit, Kementerian Kesihatan, Datuk Dr. Ramlee Rahmat sebanyak RM2.6 juta kompaun dikutip daripada individu dan premis yang didapati membiak nyamuk aedes di seluruh negara sejak awal tahun ini. Jumlah kompaun yang tinggi itu adalah sejajar dengan peningkatan bilangan mereka yang disyaki demam denggi iaitu 35,402 orang dan kira-kira 28 peratus atau 10,040 orang daripadanya disahkan positif. Sehingga kini, 72 orang meninggal dunia akibat demam denggi termasuk dua kematian melibatkan seorang kanak-kanak berusia sembilan tahun di Sabah dan seorang wanita berumur 53 tahun di Melaka (Utusan Malaysia, 20 Disember 2006). Mungkin peningkatan jumlah ini berkaitan dengan kejadian banjir yang berlaku di beberapa negeri di Malaysia. Ini kerana kejadian banjir sering memberi kesan bukan sahaja kemusnahan harta benda tetapi juga penyebaran pelbagai jenis penyakit seperti denggi, kepialu, taun dan pelbagai penyakit kulit yang lain.Menurut beliau lagi, kawasan pentadbiran Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ), Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dan Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) mencatatkan kutipan kompaun yang tinggi berbanding negeri-negeri lain. Adakah kawasan-kawasan yang tercatat di atas mengalami banjir yang besar tahun ini? Jika ya, kita terima alasan bahawa banjir menjadi punca nyamuk aedes cepat membiak. Jika tidak, mengapa kawasan tersebut mencatat jumlah kompaun tertinggi? Jawapannya sudah pasti kerana tiada kesedaran sivik di kalangan masyarakat lantas membuang sampah secara tidak betul. Itu baru kes demam denggi. Bagaimana pula dengan kes pencemaran alam sekitar yang melibatkan pembuangan sisa toksid dan pelepasan asap yang melampau dari kenderaan dan kilang-kilang? Kekurangan sivik juga sering dikaitkan dengan kemusnahan harta benda awam seperti lif, telefon awam, tandas awam, tempat menunggu bas, alatan permainan di taman permainan kanak-kanak dan banyak lagi. Memusnahkan harta benda awam atau lebih tepat, harta kerajaan (kerana kerajaan yang menghabiskan wang menyediakan kemudahan ini untuk rakyat), berlaku di mana-mana jua. Tidak kira sama ada di kampung atau di bandar. Perbuatan vandalisme seperti ini bukan sahaja merugikan wang rakyat malah boleh melibatkan nyawa. Wanita mengandung, warga tua dan orang kurang upaya adalah golongan yang paling perit menerima kesan vandalisme seperti kerosakan lif dan tempat menunggu bas.
Penggunaan telefon bimbit yang meluas di Malaysia mungkin menjadi penyebab meningkatnya kes kerosakan telefon awam. Perangkaan terkini yang diperolehi dari Suruhanjaya Komunikasi & Multimedia Malaysia (MCMC) menunjukkan terdapat 21.5 juta pengguna telefon bimbit di Malaysia (Bernama, 1 Disember 2006). Ini tidak bermakna telefon awam yang disediakan oleh kerajaan tidak digunakan sepenuhnya. Masih ada golongan tertentu dan situasi tertentu yang meletak telefon awam sebagai pilihan kedua jika berlaku masalah pada telefon bimbit. kemusnahan telefon awam memungkinkan pelbagai insiden yang tidak diingini pada waktu-waktu kecemasan.
Pembangunan kawasan perumahan di Malaysia memperlihatkan perkembangan yang memberansangkan. Projek-projek perumahan yang diluluskan oleh kerajaan dan Pihak Berkuasa Tempatan mensyaratkan setiap kawasan perumahan harus memiliki taman permainan atau taman rekreasi untuk kanak-kanak dan keluarga bersantai. Apa yang berlaku, taman permainan kanak-kanak menjadi tempat mat-mat gian dan pasangan muda-mudi melampiaskan nafsu masing-masing. Kadangkala, terdapat juga orang dewasa yang memanfaatkan sepenuhnya alatan permainan yang disediakan khas untuk kanak-kanak. Kita bukan sahaja ditayangkan dengan pemandangan-pemandangan menjijikkan tingkahlaku segelintir individu tersebut (penagih dadah dan pasangan bercinta), malah alatan permainan juga rosak dan hancur.
“Malaysia terlalu kotor dan hodoh, kami tidak akan mencadangkan negara yang selekeh ini kepada kawan-kawan kami…’’ dan “tandas awam terlalu kotor, sentiasa basah, berbau, tiada tisu dan sabun”. (dipetik daripada sebuah laman web tempatan) Inilah pendapat sekumpulan pelancong yang datang ke Malaysia baru-baru ini tentang tandas awam di Malaysia. Isu tandas kotor telah lama menjadi bahan perbincangan sehingga diadakan Ekspo dan Forum Kebersihan Tandas Kebangsaan 2006 di Sunway Lagoon Resort Hotel, Subang Jaya pada bulan Ogos tahun lalu. Beberapa pendekatan juga telah di senaraikan sebagai garis panduan untuk pihak-pihak yang terlibat dan masyarakat dalam usaha memelihara dan memartabatkan kebersihan tandas di negara ini. Apa yang berlaku, sehingga kini tandas awam tetap menjadi bahan ‘kutukan’ pelancong dari luar. Banyak perkara dalam kehidupan seharian kita memerlukan penerapan dan penghayatan kesedaran sivik. Keluar dari rumah untuk ke tempat kerja, jika berkenderaan sendiri mantapkanlah kesedaran sivik dengan memakai tali pinggang atau topi keledar. Patuhi tanda-tanda isyarat yang telah ditetapkan. Gunakan bahasa dan isyarat yang sopan kepada pengguna jalan yang lain. Kawal kemarahan dan banyakkan bersabar. Bagi yang berkenderaan awam seperti bas, teksi, komuter, atau apa sahaja jenis kenderaan yang memerlukan anda berkongsi dengan orang lain, juga mementingkan kesedaran sivik. Namun, peristiwa yang biasa berlaku adalah warga tua, orang kurang upaya, wanita mengandung, dan kanak-kanak dibiarkan berdiri sepanjang perjalanan. Berebut-rebut semasa menaiki atau turun daripada kenderaan. Sampah juga dibuang sewenang-wenangnya. Walaupun perkara-perkara sebegini dianggap ‘kecil’ dan remeh, ia tetap memberi kesan terutamanya kepada persekitaran.
Pemandangan ‘sampah’ menghiasi mana-mana jua tempat di Malaysia dan juga pemandangan ‘sampah’ yang menghiasi mentaliti dan tabiat segelintir rakyat Malaysia. Perkara-perkara kecil lain yang sering dipandang remeh oleh rakyat Malaysia termasuklah melintas di landasan keretapi, merokok tanpa menghiraukan orang sekeliling, tidak memandang kiri-kanan sewaktu melintas sehinggalah kepada perkara-perkara yang melibatkan jenayah besar seperti buli, ugut, ragut, melepak, lumba haram, mencuri, rasuah, dadah dan sebagainya.
Kesan-kesan perlakuan yang tiada kesedaran sivik sebegini bukan sahaja menyebabkan masyarakat sekeliling tidak selesa malah jika sikap tidak bermoral ini diteruskan kerajaan akan kerugian berjuta ringgit semata-mata mahu memperbaiki kemudahan yang telah rosak ataupun mengadakan kempen-kempen untuk menyedarkan masyarakat tentang banyak perkara. Jenayah besar yang melibatkan nyawa manusia juga boleh berlaku jika aspek sivik tidak diambil kira dalam kehidupan seharian.
Tidak kira sekecil atau sebesar manapun perkara yang dilakukan bertitik tolak daripada kesedaran sivik dan harus direnungi oleh semua lapisan masyarakat daripada kanak-kanak hinggalah kepada warga tua. Kerajaan juga pernah melancarkan kempen ‘Kesedaran Sivik Bermula dari Rumah”. Ini bermakna bagaimana kita menghargai harta peribadi dan bagaimana kita, ‘berkelakuan’ terhadap apa yang kita sayangi dan miliki, begitulah juga kita harus meletak nilai yang positif terhadap apa sahaja di sekeliling kita sebagai perkara yang perlu dipelihara dan disayangi. Seperti bidalan lama, ‘tengadah membilang layas, menangkup membilang lantai’ iaitu berfikir semasak-masaknya sebelum melakukan sesuatu perkara. Jangan jadikan kempen dan isu sebegini sebagai ‘fenomena bermusim’. Apa yang ditafsirkan sebagai fenomena bermusim ialah apabila sesuatu isu yang berbeza diperkatakan dan ditangani pada masa yang berbeza. Sebagai contoh, isu merokok diperkatakan apabila ramai orang memperkatakannya sehingga wujudnya Kempen Tak Nak. Begitu juga dengan kempen Kitar Semula dan Kempen Budi Bahasa Budaya Kita yang dicanangkan apabila wujud peryataan oleh pelancong asing bahawa rakyat Malaysia pengotor dan kurang ajar. Anti rasuah, anti dadah dan anti jenayah hanya diberi perhatian yang serius apabila wujud peristiwa-peristiwa yang menggemparkan.
Selain itu, isu banjir, keselamatan jalan raya, kebocoran soalan peperiksaan, jenayah ragut, mat rempit dan sebagainya hanya sibuk dibincangkan apabila ada kes-kes yang dilaporkan sedangkan isu-isu tersebut memang berlaku sepanjang masa. Apa yang jelas, masyarakat hanya mengamalkan nilai sivik apabila kempen mengenainya dimulakan oleh kerajaan. Apabila kempen tersebut tidak heboh diperkatakan, tabiat lama dimulakan kembali. Jangan sampai ‘sudah terhantuk baru tengadah’.
Stress
• Depression,
• Avoid giving in to alcohol, smoking and other substance abuses while under constant stress.
Hak Suami Dan Isteri
1. “…Dan isteri-isteri itu mempunyai hak yang sama seperti kewajipan yang ditanggung oleh mereka (terhadap suami) dengan cara yang sepatutnya (dan tidak dilarang oleh syarak); dalam pada itu orang-orang lelaki (suami-suami itu) mempunyai satu darjat kelebihan atas orang-orang perempuan (isterinya). Dan (ingatlah), Allah Maha Berkuasa lagi Maha Bijaksana.”
(Al-Baqarah 2: 228)
2. “Kaum lelaki itu adalah pemimpin dan pengawal yang bertanggungjawab terhadap kaum perempuan, oleh kerana Allah telah melebihkan orang-orang lelaki (dengan beberapa keistimewaan) atas orang-orang perempuan dan juga kerana orang -orang lelaki telah membelanjakan (memberi nafkah) sebahagian daripada harta mereka. Maka perempuan-perempuan yang soleh itu ialah yang taat (kepada Allah dan suaminya), dan yang memelihara (kehormatan dirinya dan apa jua yang wajib dipelihara) ketika suami tidak hadir bersama, dengan pemeliharaan Allah dan pertolongan-Nya dan perempuan-perempuan yang kamu bimbang melakukan perbuatan derhaka (nusyuz) hendaklah kamu menasihati mereka dan (jika mereka berdegil) pulaukanlah mereka di tempat tidur dan (kalau juga mereka masih degil) pukullah mereka (dengan pukulan ringan yang bertujuan mengajarnya). Kemudian jika mereka taat kepada kamu, maka janganlah kamu mencari-cari jalan untuk menyusahkan mereka. Sesungguhnya Allah Maha Tinggi lagi Maha Besar.”
(An-Nisa’ 4: 34)
Tidak bermakna suami harus mengeluarkan apa saja perintah dan isteri wajib taat sepanjang masa, setiap ketika tanpa membantah. Dalam ayat di atas (al-Baqarah 2: 228) Allah menyatakan dengan jelas (Dan isteri-isteri itu mempunyai hak yang sama seperti kewajipan yang ditanggung oleh mereka (terhadap suami) dengan cara yang sepatutnya) atau istilah asal yang digunakan di dalam al-Quran “al-ma’ruf”. Dalam tafsirnya, az-Zamakhsyari berkata al-ma’ruf bermaksud yang tidak dilarang oleh syarak dan juga kebiasaan manusia. Maka suami isteri tidak harus membebankan pasangannya perkara yang tidak ada kena-mengena dengan haknya dan tidak boleh berkasar ke atas satu sama lain. Setiap pihak mesti menunaikan kewajipannya dengan cara yang sebaik-baiknya. Al-Qurtubi pula menaqalkan kata-kata Ibn Abbas: Hak isteri ke atas suami adalah persahabatan serta pergaulan yang baik sebagaimana hak suami ke atas isteri adalah mentaati apa yang dimintanya.
Justeru, hak suami ke atas isteri dibatasi dengan sempadan makruf. Jika suami meminta atau memerintahkan isteri agar melakukan sesuatu yang haram maka tidak wajib ke atas isteri mentaatinya. Begitu juga jika suami menghalang isteri melakukan perkara yang difardukan Allah, maka isteri tidak boleh patuh kepada larangan tersebut.
Maka tidak harus bagi suami:
1. Menyuruh isteri berhias atau menggunakan perhiasan yang dilarang oleh syarak seperti memakai rambut palsu, memanjangkan kuku dan mengecatnya dengan bahan yang menghalang air ketika berwuduk atau mandi wajib.
"Allah melaknat wanita yang menyambung rambut dan meminta supaya disambungkan."
(Al-Bukhari)
2. Menghalang isteri ke masjid untuk beribadah atau menghadiri majlis ilmu. Rasulullah s.a.w. bersabda (maksudnya):
"Apabila isterimu meminta izin untuk ke masjid, janganlah engkau menghalangnya."
(Al-Bukhari)
3. Menyekat isteri menunaikan fardu haji bersama mahramnya.
4. Menghalang isteri menziarahi kaum kerabatnya, khususnya kedua-dua ibu bapanya kerana ini boleh menyebabkan putusnya silaturahim yang sangat dibenci oleh Allah dan Rasul. Sehubungan dengan itu, para fuqahak berpendapat sekiranya isteri mempunyai ibu bapa yang sakit atau tua yang memerlukan jagaannya, sedangkan suami menghalangnya, maka isteri tidak wajib taat, sama ada ibu bapa itu Muslim atau kafir.
5. Sekiranya isteri memiliki kepakaran atau pekerjaan tertentu yang masyarakat memerlukan khidmatnya seperti bidan, pemandi jenazah atau lain-lain, maka suami tidak harus menghalang isterinya daripada menjalankan tanggungjawab tersebut.
6. Memaksa isteri melakukan hubungan kelamin pada selain daripada qubul. Rasulullah s.a.w. bersabda maksud:
“Sesiapa yang menyetubuhi isteri pada duburnya maka dia terlaknat.”
(Sunan Abu Daud)
Kesimpulannya, isteri yang taat akan diganjari syurga. Suami pula jangan mencari neraka dengan kuasa dan amanah yang Allah beri sebagai pemimpin dalam rumahtangga.
Berbuat Baik Pada IbuBapa
SETIAP anak wajib berbakti dan mentaati ibu bapa demi membahagiakan kehidupan mereka melalui hari tua. Islam meletakkan ibu bapa pada kedudukan mulia.
Banyak bakti yang boleh dilakukan kepada ibu bapa. Bakti itu dalam bentuk material dan hubungan kasih sayang. Ini bersesuaian dengan fizikal ibu bapa yang semakin uzur dan memerlukan lebih perhatian.
Antara bakti perlu dilakukan setiap anak terhadap ibu bapa.
1. Memberi bantuan keewangan
Ada ibu bapa yang berdepan dengan masalah kewangan. Mereka tidak dapat lagi melakukan tugas seharian disebabkan faktor usia. Jika bekerja, tetapi tidak mencukupi untuk menampung perbelanjaan keluarga yang semakin meningkat.
Justeru menjadi tanggungjawab anak memberi nafkah atau bantuan kewangan kepada ibu bapa. Sumbangan itu tidak seberapa berbanding yang dibelanjakan ibu bapa untuk membesar dan mendidik anak.
2. Menyediakan tempat tinggal
Dalam kes ibu bapa yang hilang tempat tinggal atau tidak sesuai untuk didiami, menjadi tanggungjawab anak menyediakan tempat tinggal lebih sesuai kepada ibu bapa.
Paling baik jika ibu bapa dibawa tinggal bersama agar dapat menjamin keselamatan dan keperluan harian mereka diuruskan dengan baik.
3. Memberi kasih sayang
Kasih sayang adalah sebagai membalas kasih sayang yang selama ini dicurahkan ibu bapa. Jadi, seharusnya kasih sayang itu dibalas sebaik-baiknya.
Anak yang baik tidak melupakan jasa dan kasih sayang ibu bapa. Anak soleh sentiasa memohon kepada Allah agar ibu bapa mereka diberkati dan dicucuri rahmat.
Firman Allah bermaksud: “Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua seperti mereka mencurahkan kasih sayang memelihara dan mendidikku ketika kecil.” (Surah al-Isra, ayat 24)
4. Memberi perhatian
Ibu bapa yang diabaikan akan kesunyian. Mereka terasa disisih dan dan seperti tidak dipedulikan. Hal ini memberi tekanan perasaan dan menyebabkan kemurungan. Keadaan ini jika berterusan memberi kesan kepada kesihatan fizikal dan mental ibu bapa.
Ramai ibu bapa yang disisihkan dan dihantar ke rumah penjagaan orang tua. Sukar diterima akal anak mendakwa tidak mampu menjaga ibu bapa, sedangkan mereka mampu menjaga dan membesarkan beberapa anak.
5. Memenuhi permintaan
Ibu bapa sering memerlukan bantuan anak untuk melaksanakan sesuatu keperluan. Permintaan itu mungkin dalam bentuk kewangan, tenaga dan masa.
Memenuhi permintaan ibu bapa perlu diutamakan berbanding melakukan tugas lain. Sesungguhnya, memenuhi permintaan ibu bapa lebih baik berbanding melakukan ibadat sembahyang sunat, berpuasa sunat dan seumpamanya.
Malah, keutamaan berbakti kepada ibu bapa lebih utama daripada berjihad di medanperang. Diriwayatkan daripada Bukhri dan Muslim, Ibnu Umar berkata: “Saya telah bertanya kepada Nabi Muhammad SAW: “Apakah perbuatan disukai oleh Allah?” Lalu Baginda bersabda: “Sembahyang pada waktunya dan berbakti kepada kedua ibu bapa serta berjihad pada jalan Allah.”
6. Melakukan apa yang disukai
Ibu bapa tentu mengharapkan anaknya melakukan sesuatu yang baik pada pandangan mereka. Melakukan perkara yang tidak sukai ibu bapa bermakna melakukan perbuatan derhaka.
Anak derhaka kepada ibu bapa tidak mendapat keberkatan dalam kehidupannya. Sesiapa derhaka kepada ibu bapa disegerakan balasan di dunia dan tidak terlepas di akhirat.
Sabda Rasulullah bermaksud: “Dua kejahatan yang disegerakan balasan di dunia ialah zina dan menderhaka kepada kedua-dua ibu bapa.” (Hadis riwayat at-Tirmizi).
Dalam hadis lain diriwayatkan al-Hakam bermaksud: “Semua dosa akan ditangguhkan Allah, yakni balasan menurut kehendak-Nya hingga ke hari kiamat, kecuali balasan menderhaka kepada kedua-dua ibu bapa. Maka, sesungguhnya Allah menyegerakan balasan kepada pelakunya pada masa hidupnya sebelum mati.”
7. Bercakap dengan lemah lembut
Satu cara menjaga perasaan ibu bapa adalah bercakap lemah lembut dengan mereka. Suara hendak direndahkan dan jangan membantah permintaan mereka.
Firman Allah bermaksud: “Tuhanmu telah memerintahkan, supaya kamu tidak menyembah selain Allah, dan hendaklah berbuat santun terhadap kedua-dua orang tua.. Jika salah seorang telah lanjut usianya atau kedua-duanya telah tua, janganlah sekali-kali engkau berani berkata ‘cis’ terhadap mereka dan janganlah engkau suka menggertak mereka. Tetapi, berkatalah dengan sopan santun dan lemah lembut.” (Surah al-Israk, ayat 23).
Sesungguhnya, anak ditegah membantah kata-kata ibu bapa dengan suara tinggi atau bermaksud merendahkan kedudukan ibu bapa.. Lebih baik berdiam diri daripada berkata-kata yang mungkin menyinggung perasaan ibu bapa. Kemudian jika ada kesempatan, gunakan cara yang lembut untuk menjelaskan keadaan sebenar.
8. Menghadiahkan kejayaan
Jadi, jika memperoleh kejayaan dalam pelajaran, mendapat pekerjaan, dinaikkan pangkat dan seumpamanya, seharusnya dimaklumkan kepada ibu bapa. Ibu bapa dibawa bersama-sama dalam majlis untuk meraikan kejayaan itu.
9. Meluangkan masa bersama-sama
Anak yang tinggal berasingan dengan ibu bapa perlu kerap meluangkan masa mengunjungi mereka. Ibu bapa berasa senang menerima kunjungan dan menatap wajah anaknya.
10. Mendoakan kebaikan untuk ibu bapa
Anak perlu sentiasa mendoakan kebaikan untuk ibu bapanya. Amalan mendoakan kebaikan untuk ibu bapa perlu diteruskan walaupun mereka meninggal dunia.
Sabda Rasulullah bermaksud: “Apabila meninggal seseorang itu, maka terputuslah segala amalannya, melainkan tiga perkara iaitu sedekah jariah yang berterusan memberi manfaat, ilmu yang memberi kebaikan diajarkan kepada orang lain dan anak yang soleh yang sentiasa mendoakan kebaikan kepada kedua ibu bapanya.” (Hadis riwayat Muslim).
Kebaikan dilakukan anak terhadap ibu bapa sebenarnya amat kecil. Anak tidak mampu untuk membalas jasa ibu bapa sepenuhnya biarpun dia berbakti sepanjang hayatnya.
Gunakan kesempatan yang ada untuk melakukan bakti terhadap ibu bapa sebaik mungkin. Masa untuk anak berbakti kepada ibu bapa sebenarnya semakin suntuk. Lambat laun ibu bapa akan meninggal dunia. Bertindaklah sebelum terlambat, selagi ibu bapa atau salah seorangnya masih hidup.
Sunday, 14 February 2010
Biodata Nabi Muhammad S.A.W
Amatlah malang sekali sekiranya kita tidak mengetahui perihal Baginda sedangkan Bagindalah yang akan memberi shafaat kepada kita di Padang Mashar nanti.Oleh itu di samping kita menyelami peribadi Baginda,jangan lupa berselawatlah kepada Baginda setiap saat dan waktu.
Seperti firman Allah surah Al-ahzab :56:
Ø¥ِÙ†َّ اللَّÙ‡َ ÙˆَÙ…َÙ„َائِÙƒَتَÙ‡ُ ÙŠُصَÙ„ُّونَ عَÙ„َÙ‰ النَّبِÙŠِّ ÙŠَا Ø£َÙŠُّÙ‡َا الَّØ°ِينَ آمَÙ†ُوا صَÙ„ُّوا عَÙ„َÙŠْÙ‡ِ ÙˆَسَÙ„ِّÙ…ُوا
Sesungguhnya Allah dan malaikatNya berselawat (memberi Segala penghormatan dan kebaikan) kepada Nabi (Muhammad s.a.w); Wahai orang-orang Yang beriman berselawatlah kamu kepadanya serta Ucapkanlah salam sejahtera Dengan penghormatan Yang sepenuhnya.
Dari Abu Hurairah ra. bahawa Nabi bersabda :-
من صلى عليَّ واØدة صلى الله عليه بها عشراً“
Barangsiapa yang berselawat keatas aku 1 kali, Allah akan berselawat keatasnya 10 kali” [hadith sahih riwayat Muslim].
SEJARAH RINGKAS RASULULLAH SAW
BIODATA RASULULLAH SAW
1· Nama: Muhammad bin ‘Abdullah bin ‘Abdul Muttalib bin Hashim
2· Tarikh lahir: Subuh Isnin, 12 Rabiulawal / 20 April 571M (dikenali sebagai tahun gajah; sempena peristiwa tentera bergajah Abrahah yang menyerang kota Ka’abah)
3· Tempat lahir: Di rumah Abu Talib, Makkah Al-Mukarramah
4· Nama bapa: ‘Abdullah bin ‘Abdul Muttalib bin Hashim
5· Nama ibu: Aminah binti Wahab bin ‘Abdul Manaf
6· Pengasuh pertama: Barakah Al-Habsyiyyah (digelar Ummu Aiman. Hamba perempuan bapa Rasulullah SAW)
7· Ibu susu pertama: Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab)
8· Ibu susu kedua: Halimah binti Abu Zuaib As-Sa’diah (lebih dikenali Halimah As-Sa’diah. Suaminya bernama Abu Kabsyah)
USIA 5 TAHUN
1· Peristiwa pembelahan dada Rasulullah SAW yang dilakukan oleh dua malaikat untuk mengeluarkan bahagian syaitan yang wujud di dalamnya.
USIA 6 TAHUN
1· Ibunya Aminah binti Wahab ditimpa sakit dan meninggal dunia di Al-Abwa’ (sebuah kampung yang terletak di antara Mekah dan Madinah)
2· Baginda dipelihara oleh Ummu Aiman (hamba perempuan bapa Rasulullah SAW) dan dibiayai oleh datuknya ‘Abdul Muttalib.
USIA 8 TAHUN
1· Datuknya, ‘Abdul Muttalib pula meninggal dunia.
2· Baginda dipelihara pula oleh bapa saudaranya, Abu Talib.
USIA 9 TAHUN (Setengah riwayat mengatakan pada usia 12 tahun).
1· Bersama bapa saudaranya, Abu Talib bermusafir ke Syam atas urusan perniagaan.
2· Di kota Busra, negeri Syam, seorang pendita Nasrani bernama Bahira (Buhaira) telah bertemu ketua-ketua rombongan untuk menceritakan tentang pengutusan seorang nabi di kalangan bangsa Arab yang akan lahir pada masa itu.
USIA 20 TAHUN
1· Terlibat dalam peperangan Fijar. Ibnu Hisyam di dalam kitab ‘Sirah’ , jilid 1, halaman 184-187 menyatakan pada ketika itu usia Muhammad SAW ialah 14 atau 15 tahun. Baginda menyertai peperangan itu beberapa hari dan berperanan mengumpulkan anak-anak panah sahaja.
2· Menyaksikan ‘ perjanjian Al-Fudhul’; perjanjian damai untuk memberi pertolongan kepada orang yang dizalimi di Mekah.
USIA 25 TAHUN
1· Bermusafir kali kedua ke Syam atas urusan perniagaan barangan Khadijah binti Khuwailid Al-Asadiyah.
2· Perjalanan ke Syam ditemani oleh Maisarah; lelaki suruhan Khadijah..
3· Baginda SAW bersama-sama Abu Talib dan beberapa orang bapa saudaranya yang lain pergi berjumpa Amru bin Asad (bapa saudara Khadijah) untuk meminang Khadijah yang berusia 40 tahun ketika itu.
4· Mas kahwin baginda kepada Khadijah adalah sebanyak 500 dirham.
USIA 35 TAHUN
1· Banjir besar melanda Mekah dan meruntuhkan dinding Ka’abah.
2· Pembinaan semula Ka’abah dilakukan oleh pembesar-pembesar dan penduduk Mekah.
3· Rasulullah SAW diberi kemuliaan untuk meletakkan ‘Hajarul-Aswad’ ke tempat asal dan sekaligus meredakan pertelingkahan berhubung perletakan batu tersebut.
USIA 40 TAHUN
1· Menerima wahyu di gua Hira’ sebagai perlantikan menjadi Nabi dan Rasul akhir zaman.
USIA 53 TAHUN
2· Berhijrah ke Madinah Al-Munawwarah dengan ditemani oleh Saidina Abu Bakar Al-Siddiq.
3· Sampai ke Madinah pada tanggal 12 Rabiulawal/ 24 September 622M.
USIA 63 TAHUN
1· Kewafatan Rasulullah SAW di Madinah Al-Munawwarah pada hari Isnin, 12 Rabiulawal tahun 11H/ 8 Jun 632M.
ISTERI-ISTERI RASULULLAH SAW.
1. Khadijah Binti Khuwailid
2. Saudah Binti Zam’ah
3. ‘Aisyah Binti Abu Bakar (anak Saidina Abu Bakar)
4. Hafsah binti ‘Umar (anak Saidina ‘Umar bin Al-Khattab)
5. Ummi Habibah Binti Abu Sufyan
6. Hindun Binti Umaiyah (digelar Ummi Salamah)
7. Zainab Binti Jahsy
8. Maimunah Binti Harith
9. Safiyah Binti Huyai bin Akhtab
10. Zainab Binti Khuzaimah (digelar ‘Ummu Al-Masakin’; Ibu Orang Miskin)
ANAK-ANAK RASULULLAH SAW
1. Qasim
2. Abdullah
3. Ibrahim
4. Zainab
5. Ruqaiyah
6. Ummi Kalthum
7. Fatimah Al-Zahra’
ANAK TIRI RASULULLAH SAW
Halah bin Hind bin Habbasy bin Zurarah al-Tamimi (anak kepada Saidatina Khadijah bersama Hind bin Habbasy. Ketika berkahwin dengan Rasulullah, Khadijah adalah seorang janda).
IBU SUSUAN DAN SAUDARA SUSUAN
1.. Thuwaibah
i- Hamzah
ii- Abu Salamah Abdullah bin Abdul Asad
1. Halimah Al-Saidiyyah
i- Abu Sufyan bin Harith bin Abdul Mutallib
ii. Abdullah bin Harith bin Abdul ‘Uzza
iii. Syaima’ binti Harith bin Abdul ‘Uzza
iv. ‘Aisyah binti Harith bin abdul ‘Uzza
BAPA DAN IBU SAUDARA RASULULLAH SAW (ANAK-ANAK KEPADA ABDUL MUTTALIB)
1. Al-Harith 2. Muqawwam 3. Zubair 4. Hamzah * 5. Al-’Abbas * 6. Abu Talib 7. Abu Lahab (nama asalnya ‘Abdul ‘Uzza) 8. Abdul Ka’bah 9. Hijl 10. Dhirar 11. Umaimah 12. Al-Bidha (Ummu Hakim) 13.. ‘Atiqah # 14. Arwa # 15. Umaimah 16. Barrah 17. Safiyah (ibu kepada Zubair Al-’Awwam)
* Sempat masuk Islam.
# Ulama’ berselisih pendapat tentang Islamnya.
Sabda Rasulullah SAW:
“Sesiapa yang menghidupkan sunnahku, maka sesungguhnya dia telah mencintai aku. Dan sesiapa yang mencintai aku nescaya dia bersama-samaku di dalam syurga.” (Riwayat Al-Sajary daripada Anas )
Kesan Perang Gaza
Menurut seorang dari mereka, "kami lebih rela berada dalam khemah di atas tanah milik kami kerana pengalaman orang-orang terdahulu mengajar kami". Suatu ketika dahulu apabila Israel menyerang, mereka meninggalkan tanah mereka, kemudian didapati orang Israel mendirikan penempatan baru diatas tanah milik mereka.Teringat pula laporan beberapa hari sebelum gencatan senjata diumumkan, pekan Rafah di Mesir telah dikosongkan oleh penduduk Mesir kerana takutkan peluru dan bom yang mungkin keluar dari sasaran dan mengenai mereka. Namun dalam masa yang sama tiada pula laporan yang menunjukkan bahawa umat Islam Gaza ingin melarikan diri dari kawasan tersebut, mereka cuma berpindah ke tempat yang lebih selamat. Itulah bezanya rakyat di dua negara berjiran ini.
Kesan lain pula dijelaskan oleh Doktor dari Norway yang turut merawat penduduk Gaza. Yang mana beliau menyatakan bahawa Israel menggunakan sejenis senjata yang mengandungi unsur yang boleh membunuh secara perlahan dalam tempoh 6 bulan pesakit terkena serangan tersebut. Marilah kita sama-sama doakan agar Allah melindungi umat ini daripada kesan senjata tersebut.Bermacam-macam cerita dipaparkan namun yang nyata tentera Israel telah memusnahkan banyak bangunan, membunuh ramai kanak-kanak, wanita dan orang tua sehingga disifatkan oleh penduduk Gaza sebagai dayus. Mereka takut untuk berdepan dengan pejuang Palestin, cuma menghancurkan apa yang ada didepan mereka. Laporan menunjukkan bahawa pejuang Israel yang menemui syahid kurang dari 200 orang, lebih seribu lagi adalah orang-orang awam yang tidak berdosa.
Batu Terapung
Hypertension And Diabetes
Grossman E, Messerli FH.
Department of Internal Medicine D and Hypertension Unit, The Chaim Sheba Medical Center, Tel-Hashomer, Israel. grosse@post.tau.ac.il
Both essential hypertension and diabetes mellitus affect the same major target organs. The common denominator of hypertensive/diabetic target organ-disease is the vascular tree. Left ventricular hypertrophy and coronary artery disease are much more common in diabetic hypertensive patients than in patients suffering from hypertension or diabetes alone. The combined presence of hypertension and diabetes concomitantly accelerates the decrease in renal function, the development of diabetic retinopathy and the development of cerebral diseases. Lowering blood pressure to less than 130/80 mm Hg is the primary goal in the management of the hypertensive diabetic patients. Beta-blockers have been reported to adversely affect the overall risk factor profile in the diabetic patient. In contrast, calcium antagonists, angiotensin-converting enzyme inhibitors and angiotensin receptor blockers have been reported to be either neutral or beneficial with regard to the overall metabolic risk factor profile. Combination therapy is usually required to achieve blood pressure goal in diabetic patients. The addition of aldosterone antagonists may be beneficial in patients with resistant hypertension and low levels of serum potassium. Aggressive control of blood pressure, cholesterol and glucose levels should be attempted to reduce the cardiovascular risk of diabetic hypertensive patients.
Saturday, 13 February 2010
Sungai Dalam Laut
Dan Dialah yang membiarkan dua laut mengalir (berdampingan) ; yang ini tawar lagi segar dan yang lain masin lagi pahit; dan Dia jadikan antarakeduanya dinding dan batas yang menghalangi." (Q.S Al Furqan:53)
Jika Anda termasuk orang yang gemar menonton rancangan TV `Discovery' pasti kenal Mr.Jacques Yves Costeau, ia seorang ahli oceanografer dan ahli selam terkemuka dari Perancis. Orang tua yang berambut putih ini sepanjang hidupnya menyelam ke perbagai dasar samuderadi seantero dunia dan membuat filem dokumentari tentang keindahan alam dasar laut untuk ditonton di seluruh dunia.
Pada suatu hari ketika sedang melakukan eksplorasi di bawah laut, tiba-tiba ia menemui beberapa kumpulan mata air tawar-segar yang sangat sedap rasanya kerana tidak bercampur/tidak melebur dengan air laut yang masin di sekelilingnya, seolah-olah ada dinding atau membran yang membatasi keduanya. Fenomena ganjil itu memeningkan Mr. Costeau dan mendorongnya untuk mencari penyebab terpisahnya air tawar dari air masin di tengah-tengah lautan. Ia mulai berfikir, jangan-jangan itu hanya halusinansi atau khalayan sewaktu menyelam. Waktu pun terus berlalu setelah kejadian tersebut, namun ia tak kunjung mendapatkan jawapan yang memuaskan tentang fenomena ganjil tersebut.
Sampai pada suatu hari ia bertemu dengan seorang profesor muslim, kemudian ia pun menceritakan fenomena ganjil itu. Profesor itu teringat pada ayat Al Quran tentang bertemunya dua lautan ( surat Ar-Rahman ayat 19- 20) yang sering diidentikkan dengan Terusan Suez . Ayat itu berbunyi "Marajal bahraini yaltaqiyaan, bainahumaa barzakhun laa yabghiyaan..
."Artinya: "Dia biarkan dua lautan bertemu, di antara keduanya ada batas yang tidak boleh ditembus." Kemudian dibacakan surat Al Furqan ayat 53 di atas.
Selain itu, dalam beberapa kitab tafsir, ayat tentang bertemunya dua lautan tapi tak bercampur airnya diertikan sebagai lokasi muara sungai, di mana terjadi pertemuan antara air tawar dari sungai dan air masin dari laut. Namun tafsir itu tidak menjelaskan ayat berikutnya dari surat Ar- Rahmanayat 22 yang berbunyi "Yakhruju minhuma lu'lu`u wal marjaan" ertinya
"Keluar dari keduanya mutiara dan marjan." Padahal di muara sungai tidak ditemukan mutiara.
Terpesonalah Mr. Costeau mendengar ayat-ayat Al Qur'an itu, melebihi kekagumannya melihat keajaiban pemandangan yang pernah dilihatnya di lautan yang dalam. Al Qur'an ini mustahil disusun oleh Muhammad yang hidup di abad ke tujuh, suatu zaman saat belum ada peralatan selam yang canggih untuk mencapai lokasi yang jauh terpencil di kedalaman samudera. Benar-benar suatu mukjizat, berita tentang fenomena ganjil 14 abad yang silam akhirnya terbukti pada abad 20. Mr. Costeau pun berkata bahawa Al Qur'an memang sesungguhnya kitab suci yang berisi firman Allah, yang seluruh kandungannyamutlak benar. Dengan seketika dia pun memeluk Islam.
Allahu Akbar...! Mr. Costeau mendapat hidayah melalui fenomena teknologi kelautan. Maha Benar Allah yang Maha Agung.
Shadaqallahu Al `Azhim.Rasulullah s.a.w. bersabda: "Sesungguhnya hati manusia akan berkarat sebagaimana besi yang dikaratkan oleh air." Bila seorang bertanya, "Apakah caranya untuk menjadikan hati-hati ini bersih kembali?"
Rasulullah s.a.w. bersabda, "Selalulah ingat mati dan membaca Al Quran."
Jika anda seorang penyelam, maka anda harus mengunjungi Cenote Angelita, Mexico. Disana ada sebuah gua. Jika anda menyelam sampai kedalaman 30 meter, airnya air segar (tawar), namun jika anda menyelam sampai kedalamanlebih dari 60 meter, airnya menjadi air asin, lalu anda dapat melihat sebuah "sungai" di dasarnya, lengkap dengan pohon dan daun daunan.
Setengah pengkaji mengatakan, itu bukanlah sungai biasa, itu adalah lapisan hidrogen sulfida, nampak seperti sungai... luar biasa bukan? Lihatlah betapa hebatnya ciptaan Allah SWT.