Kita sering berselawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w. Kita juga sangat mengetahui siapakah Nabi Muhammad itu. Sempena menyambut akan hari Keputeraan Baginda s.a.w pada 26 Febuari 2010M bersamaan dengan 12 Rabiulawal 1431H ,marilah kita mengimbas kembali biodata Penghulu segala Nabi ini .Kita jangan sekali kali lupa tentang diri baginda serta pengorbanan yang telah Baginda lakukan untuk seluruh umat di dunia ini.
Amatlah malang sekali sekiranya kita tidak mengetahui perihal Baginda sedangkan Bagindalah yang akan memberi shafaat kepada kita di Padang Mashar nanti.Oleh itu di samping kita menyelami peribadi Baginda,jangan lupa berselawatlah kepada Baginda setiap saat dan waktu.
Seperti firman Allah surah Al-ahzab :56:
إِنَّ اللَّهَ وَمَلَائِكَتَهُ يُصَلُّونَ عَلَى النَّبِيِّ يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا صَلُّوا عَلَيْهِ وَسَلِّمُوا
Sesungguhnya Allah dan malaikatNya berselawat (memberi Segala penghormatan dan kebaikan) kepada Nabi (Muhammad s.a.w); Wahai orang-orang Yang beriman berselawatlah kamu kepadanya serta Ucapkanlah salam sejahtera Dengan penghormatan Yang sepenuhnya.
Dari Abu Hurairah ra. bahawa Nabi bersabda :-
من صلى عليَّ واحدة صلى الله عليه بها عشراً“
Barangsiapa yang berselawat keatas aku 1 kali, Allah akan berselawat keatasnya 10 kali” [hadith sahih riwayat Muslim].
SEJARAH RINGKAS RASULULLAH SAW
BIODATA RASULULLAH SAW
1· Nama: Muhammad bin ‘Abdullah bin ‘Abdul Muttalib bin Hashim
2· Tarikh lahir: Subuh Isnin, 12 Rabiulawal / 20 April 571M (dikenali sebagai tahun gajah; sempena peristiwa tentera bergajah Abrahah yang menyerang kota Ka’abah)
3· Tempat lahir: Di rumah Abu Talib, Makkah Al-Mukarramah
4· Nama bapa: ‘Abdullah bin ‘Abdul Muttalib bin Hashim
5· Nama ibu: Aminah binti Wahab bin ‘Abdul Manaf
6· Pengasuh pertama: Barakah Al-Habsyiyyah (digelar Ummu Aiman. Hamba perempuan bapa Rasulullah SAW)
7· Ibu susu pertama: Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab)
8· Ibu susu kedua: Halimah binti Abu Zuaib As-Sa’diah (lebih dikenali Halimah As-Sa’diah. Suaminya bernama Abu Kabsyah)
USIA 5 TAHUN
1· Peristiwa pembelahan dada Rasulullah SAW yang dilakukan oleh dua malaikat untuk mengeluarkan bahagian syaitan yang wujud di dalamnya.
USIA 6 TAHUN
1· Ibunya Aminah binti Wahab ditimpa sakit dan meninggal dunia di Al-Abwa’ (sebuah kampung yang terletak di antara Mekah dan Madinah)
2· Baginda dipelihara oleh Ummu Aiman (hamba perempuan bapa Rasulullah SAW) dan dibiayai oleh datuknya ‘Abdul Muttalib.
USIA 8 TAHUN
1· Datuknya, ‘Abdul Muttalib pula meninggal dunia.
2· Baginda dipelihara pula oleh bapa saudaranya, Abu Talib.
USIA 9 TAHUN (Setengah riwayat mengatakan pada usia 12 tahun).
1· Bersama bapa saudaranya, Abu Talib bermusafir ke Syam atas urusan perniagaan.
2· Di kota Busra, negeri Syam, seorang pendita Nasrani bernama Bahira (Buhaira) telah bertemu ketua-ketua rombongan untuk menceritakan tentang pengutusan seorang nabi di kalangan bangsa Arab yang akan lahir pada masa itu.
USIA 20 TAHUN
1· Terlibat dalam peperangan Fijar. Ibnu Hisyam di dalam kitab ‘Sirah’ , jilid 1, halaman 184-187 menyatakan pada ketika itu usia Muhammad SAW ialah 14 atau 15 tahun. Baginda menyertai peperangan itu beberapa hari dan berperanan mengumpulkan anak-anak panah sahaja.
2· Menyaksikan ‘ perjanjian Al-Fudhul’; perjanjian damai untuk memberi pertolongan kepada orang yang dizalimi di Mekah.
USIA 25 TAHUN
1· Bermusafir kali kedua ke Syam atas urusan perniagaan barangan Khadijah binti Khuwailid Al-Asadiyah.
2· Perjalanan ke Syam ditemani oleh Maisarah; lelaki suruhan Khadijah..
3· Baginda SAW bersama-sama Abu Talib dan beberapa orang bapa saudaranya yang lain pergi berjumpa Amru bin Asad (bapa saudara Khadijah) untuk meminang Khadijah yang berusia 40 tahun ketika itu.
4· Mas kahwin baginda kepada Khadijah adalah sebanyak 500 dirham.
USIA 35 TAHUN
1· Banjir besar melanda Mekah dan meruntuhkan dinding Ka’abah.
2· Pembinaan semula Ka’abah dilakukan oleh pembesar-pembesar dan penduduk Mekah.
3· Rasulullah SAW diberi kemuliaan untuk meletakkan ‘Hajarul-Aswad’ ke tempat asal dan sekaligus meredakan pertelingkahan berhubung perletakan batu tersebut.
USIA 40 TAHUN
1· Menerima wahyu di gua Hira’ sebagai perlantikan menjadi Nabi dan Rasul akhir zaman.
USIA 53 TAHUN
2· Berhijrah ke Madinah Al-Munawwarah dengan ditemani oleh Saidina Abu Bakar Al-Siddiq.
3· Sampai ke Madinah pada tanggal 12 Rabiulawal/ 24 September 622M.
USIA 63 TAHUN
1· Kewafatan Rasulullah SAW di Madinah Al-Munawwarah pada hari Isnin, 12 Rabiulawal tahun 11H/ 8 Jun 632M.
ISTERI-ISTERI RASULULLAH SAW.
1. Khadijah Binti Khuwailid
2. Saudah Binti Zam’ah
3. ‘Aisyah Binti Abu Bakar (anak Saidina Abu Bakar)
4. Hafsah binti ‘Umar (anak Saidina ‘Umar bin Al-Khattab)
5. Ummi Habibah Binti Abu Sufyan
6. Hindun Binti Umaiyah (digelar Ummi Salamah)
7. Zainab Binti Jahsy
8. Maimunah Binti Harith
9. Safiyah Binti Huyai bin Akhtab
10. Zainab Binti Khuzaimah (digelar ‘Ummu Al-Masakin’; Ibu Orang Miskin)
ANAK-ANAK RASULULLAH SAW
1. Qasim
2. Abdullah
3. Ibrahim
4. Zainab
5. Ruqaiyah
6. Ummi Kalthum
7. Fatimah Al-Zahra’
ANAK TIRI RASULULLAH SAW
Halah bin Hind bin Habbasy bin Zurarah al-Tamimi (anak kepada Saidatina Khadijah bersama Hind bin Habbasy. Ketika berkahwin dengan Rasulullah, Khadijah adalah seorang janda).
IBU SUSUAN DAN SAUDARA SUSUAN
1.. Thuwaibah
i- Hamzah
ii- Abu Salamah Abdullah bin Abdul Asad
1. Halimah Al-Saidiyyah
i- Abu Sufyan bin Harith bin Abdul Mutallib
ii. Abdullah bin Harith bin Abdul ‘Uzza
iii. Syaima’ binti Harith bin Abdul ‘Uzza
iv. ‘Aisyah binti Harith bin abdul ‘Uzza
BAPA DAN IBU SAUDARA RASULULLAH SAW (ANAK-ANAK KEPADA ABDUL MUTTALIB)
1. Al-Harith 2. Muqawwam 3. Zubair 4. Hamzah * 5. Al-’Abbas * 6. Abu Talib 7. Abu Lahab (nama asalnya ‘Abdul ‘Uzza) 8. Abdul Ka’bah 9. Hijl 10. Dhirar 11. Umaimah 12. Al-Bidha (Ummu Hakim) 13.. ‘Atiqah # 14. Arwa # 15. Umaimah 16. Barrah 17. Safiyah (ibu kepada Zubair Al-’Awwam)
* Sempat masuk Islam.
# Ulama’ berselisih pendapat tentang Islamnya.
Sabda Rasulullah SAW:
“Sesiapa yang menghidupkan sunnahku, maka sesungguhnya dia telah mencintai aku. Dan sesiapa yang mencintai aku nescaya dia bersama-samaku di dalam syurga.” (Riwayat Al-Sajary daripada Anas )
No comments:
Post a Comment