Perang di Gaza pun dah berakhir setelah gencatan senjata diumumkan oleh Presiden Israel, keadaan dah semakin reda walaupun penderitaan umat Islam Gaza semakin perit. Semasa perang impian mereka inginkan syahid, namun selepas perang impian ingin memiliki rumah dan hidup seperti orang lain akan mula menjelma.
Menurut seorang dari mereka, "kami lebih rela berada dalam khemah di atas tanah milik kami kerana pengalaman orang-orang terdahulu mengajar kami". Suatu ketika dahulu apabila Israel menyerang, mereka meninggalkan tanah mereka, kemudian didapati orang Israel mendirikan penempatan baru diatas tanah milik mereka.Teringat pula laporan beberapa hari sebelum gencatan senjata diumumkan, pekan Rafah di Mesir telah dikosongkan oleh penduduk Mesir kerana takutkan peluru dan bom yang mungkin keluar dari sasaran dan mengenai mereka. Namun dalam masa yang sama tiada pula laporan yang menunjukkan bahawa umat Islam Gaza ingin melarikan diri dari kawasan tersebut, mereka cuma berpindah ke tempat yang lebih selamat. Itulah bezanya rakyat di dua negara berjiran ini.
Kesan lain pula dijelaskan oleh Doktor dari Norway yang turut merawat penduduk Gaza. Yang mana beliau menyatakan bahawa Israel menggunakan sejenis senjata yang mengandungi unsur yang boleh membunuh secara perlahan dalam tempoh 6 bulan pesakit terkena serangan tersebut. Marilah kita sama-sama doakan agar Allah melindungi umat ini daripada kesan senjata tersebut.Bermacam-macam cerita dipaparkan namun yang nyata tentera Israel telah memusnahkan banyak bangunan, membunuh ramai kanak-kanak, wanita dan orang tua sehingga disifatkan oleh penduduk Gaza sebagai dayus. Mereka takut untuk berdepan dengan pejuang Palestin, cuma menghancurkan apa yang ada didepan mereka. Laporan menunjukkan bahawa pejuang Israel yang menemui syahid kurang dari 200 orang, lebih seribu lagi adalah orang-orang awam yang tidak berdosa.
Tetapi apabila melihat apa yang dilakukan oleh tentera Israel terasa amat sukar, mereka menghancur lumatkan rumah-rumah penduduk Gaza. Begitulah sifat Yahudi, apabila mereka gagal mengalahkan pejuang Hamas, maka mereka menghancurkan rumah-rumah milik penduduk Gaza dengan harapan rakyat akan bangkit menolak Hamas.
Sememangnya perbuatan mereka ini agak keterlaluan, tapi itulah yang diharapkan oleh pemimpin mereka yang akan bertanding dalam pilihanraya mereka nanti. Ingin menunjukkan kejaguhan mereka dengan menghancurkan kehidupan orang lain.Ketika ini jugalah terlihat ramai wanita Palestin terkedu dan lemah semangat, apa tak nya melihat rumah milik mereka hancur lumat, malah terdapat juga mayat-mayat yang terhimpit dibawah runtuhan bangunan ini. Tapi ramai yang memilih untuk tinggal di tapak rumah mereka yang telah hancur lebur tersebut serta mengutip apa-apa yang masih tinggal dan boleh digunakan lagi.Betapa pedih dan sayu melihat penderitaan ini. Rakyat Palestin kini memilih untuk terus tinggal di bumi mereka sendiri, tidak ingin lagi menjadi pelarian seperti dulu. Mereka ingin susah berada ditanah milik sendiri, malah mereka sanggup mempertahankan apa saja. Begitulah kehebatan mereka.Menurut seorang dari mereka, "kami lebih rela berada dalam khemah di atas tanah milik kami kerana pengalaman orang-orang terdahulu mengajar kami". Suatu ketika dahulu apabila Israel menyerang, mereka meninggalkan tanah mereka, kemudian didapati orang Israel mendirikan penempatan baru diatas tanah milik mereka.Teringat pula laporan beberapa hari sebelum gencatan senjata diumumkan, pekan Rafah di Mesir telah dikosongkan oleh penduduk Mesir kerana takutkan peluru dan bom yang mungkin keluar dari sasaran dan mengenai mereka. Namun dalam masa yang sama tiada pula laporan yang menunjukkan bahawa umat Islam Gaza ingin melarikan diri dari kawasan tersebut, mereka cuma berpindah ke tempat yang lebih selamat. Itulah bezanya rakyat di dua negara berjiran ini.
Kesan lain pula dijelaskan oleh Doktor dari Norway yang turut merawat penduduk Gaza. Yang mana beliau menyatakan bahawa Israel menggunakan sejenis senjata yang mengandungi unsur yang boleh membunuh secara perlahan dalam tempoh 6 bulan pesakit terkena serangan tersebut. Marilah kita sama-sama doakan agar Allah melindungi umat ini daripada kesan senjata tersebut.Bermacam-macam cerita dipaparkan namun yang nyata tentera Israel telah memusnahkan banyak bangunan, membunuh ramai kanak-kanak, wanita dan orang tua sehingga disifatkan oleh penduduk Gaza sebagai dayus. Mereka takut untuk berdepan dengan pejuang Palestin, cuma menghancurkan apa yang ada didepan mereka. Laporan menunjukkan bahawa pejuang Israel yang menemui syahid kurang dari 200 orang, lebih seribu lagi adalah orang-orang awam yang tidak berdosa.
No comments:
Post a Comment