Thursday 18 February 2010

Poligami Boleh Melanjutkan Usia.

Umum mengetahui kebaikan aktiviti riadah, pengambilan makanan secara waras dan tidur yang mencukupi akan meningkatkan tahap kesihatan dan melanjutkan usia seseorang individu.
Ia juga boleh ditingkatkan lagi sekiranya seseorang itu berhenti merokok dan juga, menurut kajian, mengamalkan poligami!Ia berdasarkan kajian Dr Virpi Lummaa, pengkaji ekologi di Universiti Sheffield, United Kingdom yang membentangkan pendapatnya itu di mesyuarat tahunan International Society for Behavioral Ecology di Ithaca, New York.
Kajian itu, menurut Lumma, menunjukkan lelaki yang berkahwin lebih daripada seorang didapati hidup lebih lama berbanding lelaki yang tidak mengamalkan poligami.Pendapat itu berdasarkan kajian ke atas sekumpulan lelaki berusia lebih 60 tahun di 140 buah negara yang mengamalkan (atau membenarkan poligami), yang hidup lebih lama -- sehingga 12% -- berbanding satu kumpulan lain lelaki daripada 49 negara yang umumnya mengamalkan monogami.
Menurut Neil Strauss yang menulis buku mengenai kelangsungan hidup manusia, maklumat itu didapatinya melalui komen penyampai program perbualan tabloid TV terkenal Opray Winfrey yang juga merupakan pejuang isu-isu berkaitan wanita dan turut mengambil pendirian menentang poligami.Coretan Strauss di laman Facebook awal bulan ini kemudiannya mengundang pelbagai reaksi daripada rakannya di laman itu, termasuk juga yang tidak yakin penemuan sains tersebut boleh diterima pakai di negara mereka.
Seorang rakannya meninggalkan komen: “Poligami mungkin boleh mendorong kepada sembilan tahun kehidupan lagi tetapi (sekurang-kurangnya di tempat saya tinggal), mungkin juga sembilan tahun penjara.”Alasannya, kerana banyak negara termasuk Amerika Syarikat meletakkan poligami sebagai perbuatan jenayah di bawah undang-undangnya.Tetapi Malaysia, dan 47 buah negara lain, amalan poligami dibolehkan oleh undang-undang negara.

No comments:

Post a Comment