Friday 11 March 2011

Kerana Tangan Manusia Kemurkaan Allah

Ramai yang tidak menyedari bahawa bumi dan dunia ini menghampiri kemusnahan akibat dari kejahilan,kerakusan dan sifat tamak manusia mengejar kemewahan.
Manusia mengkhianati kurnian Allah dengan memusnahkan kehidupan  dan keindahan alam maya ini hanya untuk keuntungan dan kepuasan diri sendiri.Penebangan hutan hutan untuk tujuan pembalakan , pertanian serta pembangunan telah merosakkan ekosistem serta mengakibatkan kejadian tanah runtuh dan kemusnahan binatang juga hutan semulajadi di negara ini.
Begitu juga dengan pembinaan dan industri pengilangan  yang mengakibatkan pembuangan sisa sisa toksid serta penggunaan racun serangga yang berleluasa keatas tanaman tanaman pertanian.Akibat daripada itu pencemaran udara bukan sahaja tidak dapat dikawal malah mengundang pelbagai penyakit ke atas manusia dan tumbuh tumbuhan..
Apa yang menjadi persoalannya ialah disebabkan terlalu taksub dengan pembangunan da prasarana sehingga kerajaan membiarkan projek projek yang melibatkan kepupusan hutan hutan dan hidupan liar.Alangkah pelik apabila kita ingin menikmati keindahan hutan hijau maka kita terpaksa membayar untuk memasuki Taman Negara,Taman Botanik ,Zoo Negara dan sebagainya.
Bukan hanya di darat tetapi di pantai pun mereka bertindak menodai keujudan semulajadinya.Contoh seperti
penambakan laut untuk meluaskan tapak serta pembinaan 'water chalet atau lagun atau jambatan yang secara langsung merosakkan karangan laut yang hidup di dasarnya.
Maka tidak hairanlah kerana kerakusan manusia untuk mengejar kepuasan hanya akan mengundang kemurkaan Allah sahaja.
Firman  Allah dalam Surah ar-Ruum ayat 41  yang bermaksud:
“ Telah timbul pebagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia; (timbulnya yang demikian) kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian daripada balasan perbuatan-perbuatan buruk yang mereka telah lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat).” )




Selagi manusia tidak beriman dengan ayat ayat Al_Quran maka jangan  hairan apabila kita sering mendengar mala petaka dan kerosakan yang berlaku seperti Tsunami,banjir lumpur ,tanah runtuh ,gempabumi dan sebagainya.
Fikir fikirkanlah..

No comments:

Post a Comment