Sunday 13 March 2011

PENGALAMAN-Secebis Kisah 12 Tahun Yang Lalu

Petang itu aku singgah di warung mamak berdekatan dengan rumah aku.Hajat hati nak pekena teh tarik dengan mee goreng.sudah  dua tiga hari aku terliur mee goreng mamak.Nak kata mengidam tak pulak.sedang aku menghirup teh tiba tiba terdengar suara memberi salam.lantas aku menjawap .Rupa rupanya  Abang Jai,jiran aku jugak.Dia ni orang kuat Majlis.
Dia pun memesan serupa macam aku.Ada cerita katanya.Aku merapatkan sedikit kerusi tampak lebih selesa.
"   Aku nak tukar perjuanganlah Mail" .Tiba tiba dia bersuara setelah senyap seketika.Aku hairan lantas bertanya padanya."Abang nak tukar perjuangan apa. Macam nak berperang ajer.Saya tak faham "
"Kamu percaya tak yang Anwar meliwat? Tiba tiba soalan itu dihamburkan pada saya.
"Kenapa abang tanya saya.Dalam hal ini saya takkan percaya selagi saya tidak melihat dengan mata saya sendiri..Lagipun tak masuk akal".kata saya .
"itula .Abangpun tak percaya.Ini semua mesti fitnah untuk menjatuhkan dia.Anwar ni hebat orangnya.Segala galanya dia arif.Mungkin ada orang dengki kat dia".ulasnya panjang lebar.
"Dari cara penangkapannya , penderaan dalam penjara dan barang barang bukti pun sudah menampakkan dia dianiaya.Saya senang saja bang."
"Saya orang Islam.Saya tidak boleh bersekongkol dengan fitnah ini.Saya tidak melihatnya dengan mata sendiri..Kalaupun dia meliwat saya juga tidak percaya sebab saya tidak melihatnya.Berdosa bang."tegas saya.
"Saya tak mahu makan daging mayat saudara sendiri" Biarlah Allah menentukan nasibnya.".kata saya lagi.
"Abang pun tidak percaya dan abang akan keluar barisan dan masuk bulatan."katanya.
"Barisan apa dan bulatan apa bang?" tanya saya pura pura tidak mengeerti..
"Aku akan masuk PAS". Katanya dengan tegas.
"Jangan main masuk ajer bang kalau nak main main baik tak payah." Duga saya.
"Aku sudah fikir masak masak.Hanya PAS saja wadah yang memperjuangkan Islam .Bangsa sendiri memalukan bangsa sendiri.Apa punya melayu."rungutnya.
"Kalau abang sudah buat keputusan esok saya beri borang keahlian.".janji saya.
Abang Jai tersenyum puas.Dia kembali menyuap mee yang sudah hampir sejuk.
Semenjak itu dia benar benar Istiqamah dalam perjuangannya.
Inilah secebis kisah 12 tahun yang lalu.Sekarang abang Jai  sudah meninggal dunia.Semoga Allah memberi rahmat ke atas roh abang Jai.Amin.

No comments:

Post a Comment