Sunday 13 March 2011

PENGALAMAN-Terima kasih Ya Allah.

Aku sampai di Lapangan Terbang Jeddah pada waktu malam.Sungguh gembira tidak dapat aku gambarkan.Itulah pertama kali aku menjejakkan kaki di bumi arab dan semoga niat aku untuk mengerjakan umrah di Makkah akan tercapai.
Bas sudah sedia menunggu.Hampir satu jam aku berada di dalam bas.Setelah lama bas tersadai barulah bergerak.Dalam hatiku mungkin mereka ada jadual perjalanan yang perlu dipatuhi.Bas melalui kegelapan malam menuju ke Madinah.
Sampai sahaja di Madinah aku menunggu lagi di lobby Hotel Burhanudin (kalau tak silap.Dah lupa) untuk daftar masuk.Waktu itu rasanya hampir 3 pagi.Mungkin. Setengah jam menanti barulah aku mendapat kunci bilik.Alhamdulillah..hilang segala penat lelah perjalanan.
Aku mandi memebersihkan diri dan terus tidur.Subuh nanti hendak ke Masjid Nabawi yang terletak berhampiran hotel.Lebih kurang 100 meter jaraknya.
Allah menguji aku.Aku terlewat bangun Aku bergegas mengambil wuduk dan terus ke masjid.Alangkah sedihnya aku buat pertamakalinya telah tertinggal sembahyang berjemaah di masjid nabi ini.Aku rasa tersangatlah sedih.Memang ada hari hari yang lain tetapi aku diuji di hari yang pertama.Aku redha.
Orang ramai sudah selesai bersolat subuh.Tetapi masih ramai yang beribadat.Tidak kurang juga yang melepak dan berbaring.
Aku terus mendirikan solat subuh berseorangan.Sebaik sahaja aku bangun rakaat kedua terasa bahu ku dicuit.
Aku terus bertukar niat menjadi imam.kerana seseorang sudah masbuk.Aku membaca AlFatihah sedikit kuat sekadar didengari makmum itu.
Setelah memberi salam aku berzikir dan berdoa.semasa aku ralit berdoa pak arab tersebut bangun meninggalkan aku.Aku terus berdoa.Tanpa aku sedari airmata aku membasahi pipi.Inilah kebesaran Allah.
Fikiran aku teringat  kisah di surau pejabat.Aku sering mengelak untuk mengimami solat di surau pejabat.
"Aku tak boleh jadi imam kat surau ini.Aku hanya nak jadi imam kat masjid nabawii".Kataku sering bergurau dengan teman teman.Tetapi kalaulah boleh..Alhamdulillah.
Hari itu pertama kali menjejaki masjid nabi aku telah menjadi imam.Walaupun hanya seorang Arab makmumnya namun aku yakin dan pasti Allah telah mengabulkan doaku meskipun gurauan .(tapi aku sangat mengharap)..
YaAllah ,Sesungguhnya Engkau Maha Pemberi sesuatu dan Engkau Maha Pengasih lagi  Penyayang..
Aku keluar dari masjid dan menceritakan kepada isteriku akan hasratku telah dimakbulkan.

No comments:

Post a Comment