Saturday 12 October 2013

SAJAK-3 Panggilan Allah

Tuhan.......
Setiap kali panggilanMu.
Bersyukur aku.
Dapat mengadap.
Dan mampu persembahkan.
Apa yang Engkau mahu.

Tuhan......
Setiap tahun panggilanMu.
Bersukur aku .
Dapat melaluinya.
Namun masih belum mampu .
Menjalani Rukun itu
Menunaikan apa yang Engkau mahu.

Tuhan......
Setiap kali tersedar.
Bersyukur aku.
Dapat menghela nafas lagi.
Namun aku tidak mampu.
Malah aku takut .
Untuk bertemu Kamu .
Kerana iman dan amal.
Belum pasti membelaku.
Jika tiada Rahmat dariMu.

Tuhan.....
Tiga panggilan dariMu.
Membuatkan aku tahu.
Menilai siapa aku.


...is

No comments:

Post a Comment