Thursday 10 October 2013

SAJAK-Tuhan ...Jagailah dia

Tuhan ..
jagalah dia untuk ku.
Kerana aku tidak mampu lagi.
Meleraikan ikatan tangan yg tersimpul mati.

Tuhan...
Gagahkanlah langkahku.
Untuk aku kembali semula.
Menjejaki hari2 yg lalu.
Dan membawanya semula kedakapanku.

Duhai malam yang dingin.
Aku ingin memohon simpati.
Dari indahnya bintangmu.
Bawalah rasa kasihku kepadanya.
Dari ghairahnya bulanmu.
Sampaikan rasa rinduku kepadanya.
Dan dari lembutnya anginmu.
kirimkan lah cintaku kepadanya.

Tuhan...
Jagailah dia untuk ku.
Kerana sebentar lagi.
Aku kan hadir melepaskannya.
Dari rasa dan penderaan jiwa.
Melayari dan menyusuri.
Sebuah kemanisan layar asmara.


.....is

No comments:

Post a Comment