Tuesday 15 October 2013

SAJAK-Jangan Biarkan aku

Aku mampu berkata 'Ya'
Aku mampu berkata 'Tidak'
Aku mampu berkata 'Jangan'
Aku mampu berkata 'Boleh'
Aku mampu berkata 'Teruskan'
Aku mampu berkata 'Berhenti'
Aku mampu berkata apa sahaja
Jika aku mahu

Aku bukan penunggu dungu
Yang kau biarkan terus sepi
Aku juga bukan pemikir curang
Yang selalu berprejudis

Aku bosan jika dilayan begini
Aku rimas jika dilayan begini
Aku tidak suka jika dilayan begini
Semua membuat aku sakit

Aku mahu kau mengerti
Aku mahu kau tahu
Aku mahu kau peduli
Kerana aku ambil tahu
Kerana aku ambil endah
Kerana aku ada jiwa kecil itu

Tapi semuanya berbunyi enak
Seolah berdua  yang menepuk
Sedangkan mungkin aku
Bertepuk sendiri.

Namun minda sering bertanya
'Mampukah aku berkata semua itu'

Biarlah....sekadar penyedap hati.

....is

No comments:

Post a Comment