Thursday 10 October 2013

SAJAK-Engkau Maha Pengampun

Tuhan...
Aku ingin bertanya.
Dapatkah aku bertemu Kamu.
Dgn membawa runtunan hati .
Sedih hiba mengadapMu.
Mengharap Rahman dan Rahim.
Sedangkan Kau tahu aku banyak dosa.

Tuhan ...
Aku ingin bertanya.
Adakah tangisanku ini dapat menutup murkaMu.
Atau Kau bertambah bengis memandangku.
Kerana tangisan dan kekesalan aku.
Bukan tiket pelepasan di Mahsyar.

Tuhan ....
Aku ingin meminta.
Benarkanlah dengan RahmatMu.
Aku melintas titian itu sepantasnya.
Menuju Al Jannah.
Kerana Engkau telah merahmati aku.
Meskipun bekalanku tidak seberapa.
Namun Kau masih terima selainnya.
Kerana Engkau Maha Pengampun.
Atas segala dosa dan salahku.
Dengan hanya airmata
Taubat Nasuha aku bersuci.


....is

No comments:

Post a Comment