Monday 21 October 2013

SAJAK-Aku Teruskan Jua


Menutup ihsan yang terbuka
biarkan sahaja hingga terbit sedar
Dalam diri yang gelap gelita
Tanpa penyuluh penunjuk jalan
Aku terus pedulikan dia
Kerana aku ada hati
Yang hangat membara mengembara
Setiap ceruk dan sudut
Mencari redha dan kasih
Yang hampir tenggelam
bersama puin puin amarahmu

Tidak mengapa...
Selagi bulan masih bercahaya
Selagi bintang masih mengerlip
Di situ pungguk memendam rasa
rindu dendam semua terasa
namun tiada siapa yang suka

Peduli apa aku...
Apa yang tidak aku lakukan
Ku kepal cinta menjadi gunung
Ku titis rindu menjadi lautan
Ku tenun kasih menjadi awan
Ku lentur sayang menjadi lukisan
Ku tatang semuanya menjadi tulisan

Apakah dia tidak sedar?


....is


No comments:

Post a Comment