Thursday 10 October 2013

SAJAK-Aku Dambaanmu

Melihat dari kejauhan.
Kau mendengar perkhabaranku.
Kau berbisik dan berbicara bisu.
Aku tahu kau menghayalkan lelaki ini.

Duhai dirimu....
Yang bersembunyi.
Kenalilah aku sebanyak mungkin.
Dari kilasan bayang dan keterampilan.
Adakah aku ini benar benar untukmu.
Adakah aku bisa membuat kau melirik.
Bisa membuat kau berpaut padaku.
Bisa membuat dunia ini gempar.
Kerana memiliki lelaki luarbiasa ini.

Wahai aku....
Yang didambakan.
Aku yakin dan pasti bahawa esok.
Tidak sama dengan hari ini.
Aku lelaki penuh kasihsayang dan romantis.
Getaran rindu dan cinta saling berbisik.
Dengan melodi drama yang asyik.
Mengangkat gelaran Permaisuri.
Membawa kau bertahkta dilangit.
Menghirup angin dingin As Salam.
Dari Syurga Firdausi.


....is

No comments:

Post a Comment