Saturday 12 October 2013

SAJAK- Kecelaruan

Aku lihat jauh kedalam matamu.
Aku nampak rindu di dasarnya.
Kau jua katakan begitu.
Terasa bergetar degup jantungku.
Hati bagai dipalu.
Tika mengatur bicara.
Saling ingin bercerita.
Seakan masa tidak cukup buat kita.
Bila jasad berdekatan.
Hati jadi bercelaru .
Berdebar bergetar dan terketar.
Lidah kelu mengetap bibir.
Terlalu asyik merindu.
Bila bersama rasa terharu.
dipegang disentuh dimanja .
Biarkan saja berlalu.
Kerana kita tidak berdaya.
Meniru Laila dan Majnun.
Romeo dan Juliet.
Samson dan Delailah.
Dalam gerakan cinta.
Di Jabbal Rahmah ini.
Tangan diangkat doa dipohon.
Disatukan seperti Adam dan Hawa.
Bersatu kerana cinta.
Berpisah kerana tiada sempurna.

....Is

No comments:

Post a Comment